Nissan Almera - How it's become reality

Nissan Almera - How it's become reality. Semua pelik kan. Tetiba ja aku boleh berubah fikiran. At last. Aku sedia untuk jual savvy aku dan amik kereta baru. Dan aku, terus terang cakap. Aku tak nak amik even proton or perodua; anymore. Cukup sekali. Yup. Maybe korang akan kata aku antara orang yang bang proton. Yup. Korang tak kena. Aku sayang savvy tu. Aku redha ja. Tapi sampai peringkat last tu. Tetiba aku terus jadi berani. Terus kata, kita amik ja kereta baru. Tak kisah la apa nak jadi.

Kisah bermula tanggal 29 November. Seronok tul bila jadi perhatian semua orang pepagi tu. Hari Jemaat. Aku start kereta. Aku gerak dengan RPM yang laju, tapi halaju paling cipan... 20kmh. Dapat bayang enjin mengaum tapi gerak cam siput. Terasa jadi mister bean la pulak. Time dia bawak lari basikal motor orang tua tu. Haa... cam tu la aku terasa. Terus call bos, hari ni saya amik cuti kecemasan. Terus hala ke bengkel. Ntah leh sampai ke idak tak tahu la aku. Sib aku baik sebab masa tu dah cuti sekolah. So, jalan lengang. Dalam sedar tak sedar, sampai jugak aku ke bengkel.

 Yang best nya. Bengkel pun tak bukak lagi. Nasib la kan. Duduk ja tunggu cam tunggul kayu depan ni sampai dia bukak. Poning poning. Apa dah jadi ni. Yang penting lam kepala memacam bermain di minda. Apasal la aku masih mengalami bende bende lagho cenggini. Tunggu punya tunggu sampai la kedai bukak. Tak ke bengong tu. Belasah ajer la kan. Lagipun aku nak kemana lagi hari tu kan.
At last, around 8.30, tokei bengkel pun tiba. Terus buka dan cari apa masalah dia. Cari punya cari rupanya minyak gearbox kering. Haik... Ada bocor ka. Dia sendiri tak berani nak cakap. Biar dia check menyeluruh katanya. So, dia topup dulu minyak tu. Dan yang bestnya. Langsung tak menitik keluar pun. Mushkil ni. Misteri habis cemana minyak ni boleh kering.
So, dia tak puas hati lagi. Terus sambung tester untuk ambik bacaan semua. Tetakut masalah lain lagi kan. Yang ni lama pasal dia nak ngetest satu persatu. At last. Around 3pm baru selesai semua dan mekanik dah berani beri jawapan. Jawapan dia... kereta abang OK! Pergghhhh!!!! Gilosss... Satu hari aku terbuang ngan at last jawapan dia gitu jer. Memang misteri habis jawapan itu. Dan bila aku bawak keluar dari bengkel. meme sah... kereta aku takde masalah langsung. Sooo... yang aku cam orang gila pagi tadi, aku mimpi ker? Yang sampai kering minyak tu kami satu bengkel salah pandang ka? Yang dia tuang balik minyak tu betui ka tak betui. Huiyo...



Esoknya aku ada appointment kat Nissan untuk Livina. Masa tu dah mula berkira-kira nak merayap tengok showroom dia.

Ni ler bender pertama yang kami nampak. Nissan Almera Nismo. Fuiyooo... Masuk dalam. Siap test drive dua kereta lagi. Almera dan Sylphy. Memang la mantop. K. Takper. Nak cari second choice dulu.

Ni kebetulan yang nyata. Tapi kat sini baru kami perasan. Masalah kami adalah bukan nak beli kereta baru, tapi... nak jual kereta lama. Hutang masih ada 14k, diaorang nak amik savvy aku 5k jer. Pergghhh... Lepas setel ngan si Arthur ni, balik; dan mula mengira. Kira punya kira, aku dah perabis 8k just untuk savvy tu ajer. abis semua simpanan dah keluar. dan bila kira balik memang belen yang tinggal boleh cover habis untuk savvy. Tapi aku akan kering abis la. Tapi. Hidup mesti berani. Semua aku keluarkan just untuk jual savvy tu ajer. Pasal apa. Aku dah bajet aku akan keluarkan semua jugak tahun depan untuk maintenance savvy. so, dia akan jadi sama aje kan. Apa jadi, duit aku akan habis jugak cuma keretanya berbeza. Just do it bak kata nike.

At last, setelah mengharungi segala bende bende bengong cam sistem down la masa nak setelkan abis savvy, nak tukar nama la, sistem batu JPJ la.. Savvy berjaya dijual dengan harga 5.5k dan Almera berjaya dikeluarkan. Alhamdulillah. Haaa... Yang lelain tu korang boleh browse blog aku untuk bulan disember ajer untuk tengok flow kitaorang lalui sebelum dapat kereta ni.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam