Catatan

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Tidak Bersama Pemimpin Zalim

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Tidak Bersama Pemimpin Zalim عَنْ كَعْبِ بْنِ عُجْرَةَ قَالَ خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْ دَخَلَ وَنَحْنُ تِسْعَةٌ وَبَيْنَنَا وِسَادَةٌ مِنْ أَدَمٍ فَقَالَ إِنَّهَا سَتَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ يَكْذِبُونَ وَيَظْلِمُونَ فَمَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَصَدَّقَهُمْ بِكِذْبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ وَلَيْسَ بِوَارِدٍ عَلَيَّ الْحَوْضَ وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَيُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ وَهُوَ وَارِدٌ عَلَيَّ الْحَوْضَ Dari Ka'ab bin Ujrah ia berkata, "Rasulullah SAW pernah keluar atau masuk menemui kami, ketika itu kami berjumlah sembilan orang. Dan di antara kami ada bantal yang diperbuat dari kulit. Baginda lalu bersabda: "Sesungguhnya akan ada setelahku para pemimpin yang berbuat pendustaan dan kezaliman. Barangsiapa mendatangi mereka kemudian membenarkan pembohongan mereka, atau membantu mereka dalam kezalimann

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Melaksanakan Perintah Rasulullah SAW

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Melaksanakan Perintah Rasulullah SAW عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو سُفْيَانَ أَنَّ هِرَقْلَ قَالَ لَهُ سَأَلْتُكَ مَاذَا يَأْمُرُكُمْ فَزَعَمْتَ أَنَّهُ أَمَرَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَالصِّدْقِ وَالْعَفَافِ وَالْوَفَاءِ بِالْعَهْدِ وَأَدَاءِ الْأَمَانَةِ قَالَ وَهَذِهِ صِفَةُ نَبِيٍّ Abdullah bin Abbas RA berkata, telah mengkhabarkan kepada kami Abu Sufyan bahawa Raja Herkulis berkata kepadanya: "Aku telah bertanya kepadamu apa yang dia (Nabi Muhammad) perintahkan kepada kalian, lalu kamu menjawab bahawa dia memerintahkan kalian untuk solat, bersedekah (zakat), menjauhkan diri dari berbuat buruk, menunaikan janji dan melaksanakan amanah". Lalu dia berkata; "Ini adalah diantara sifat-sifat seorang Nabi". (HR Bukhari No: 2484) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Rasulullah SAW memerintahkan agar melaksanakan ketaatan kepada Allah dengan ibadat yang wajib sebagai seorang Musli

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Pemimpin Yang Allah Tutup Rahmat dan Bantuan

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Pemimpin Yang Allah Tutup Rahmat dan Bantuan مَنْ وَلَّاهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ شَيْئًا مِنْ أَمْرِ الْمُسْلِمِينَ فَاحْتَجَبَ دُونَ حَاجَتِهِمْ وَخَلَّتِهِمْ وَفَقْرِهِمْ احْتَجَبَ اللَّهُ عَنْهُ دُونَ حَاجَتِهِ وَخَلَّتِهِ وَفَقْرِهِ "Barangsiapa yang Allah 'azza wajalla serahkan kepadanya sebahagian urusan orang muslim (kepimpinan) namun ia menutup diri dari melayani keperluan mereka dan kefakiran mereka, nescaya Allah menutup diri darinya dan tidak melayani keperluannya, serta kefakirannya (pada hari kiamat)." (Sunan Abu Daud No: 2559) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Setiap orang yang diberikan tanggungjawab kepimpinan perlu memiliki sikap amanah menunaikan kewajipan mereka yang berada di bawah kepimpinannya. 2.  Antara tanggungjawab kepimpinan ialah sentiasa memenuhi keperluan mereka di samping membantu kesusahan yang dialami. 3.  Pemimpin yang tidak mengindahkan keperluan dan kesusahan orang yang berada di bawah kepim

Maybank2u : Pendaftaran Akaun Tabung Haji

Imej
Maybank2u : Pendaftaran Akaun Tabung Haji. Perasan atau tak. Ada fungsi semakan baki, pindahan dan pendaftaran haji bagi akaun Tabung Haji menerusi Maybank2u. Dulu memang la aku pun tak tengok. Akaun pun takde. Bila dah ada, tiba la masa untuk aktifkan fungsi ni kan. Cara pengaktifan adalah kita perlu daftar menerusi ATM Maybank terlebih dahulu. Apapun. Sebelum pergi. Pastikan ambil dua perkara penting dari buku bank Tabung Haji iaitu Nombor Akaun di muka pertama dan Nombor Siri buku di muka terakhir. Dah ada dua benda ni baru pergi ATM. Prosedur kat ATM Masukkan Kad ATM Pilih Tabung Haji Pilih Daftar Akaun Tabung Haji Ke Kad ATM Masukkan Nombor Akaun Tabung Haji Tekan Ya Masukkan Nombor Siri Buku Akaun Tabung Haji Tekan Ya Selesai Buka balik Maybank2u lepas dah daftar tu tengok dah aktif dah. Alhamdulillah. Simple je sekarang ni kan. Nak terus daftar haji pun boleh dengan syarat dah ada RM1300 dalam akaun lah. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Tiga Golongan Mendapat Azab

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Tiga Golongan Mendapat Azab عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثَةٌ لَا يُكَلِّمُهُمْ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ قَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ وَلَا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ شَيْخٌ زَانٍ وَمَلِكٌ كَذَّابٌ وَعَائِلٌ مُسْتَكْبِرٌ Dari Abu Hurairah RA dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: " Ada tiga orang yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat, dan tidak mensucikan mereka." Abu Mu'awiyah menyebutkan, "Dan tidak melihat kepada mereka. Dan mereka mendapatkan siksa yang pedih: iaitu orang tua yang berzina, pemimpin yang pendusta, dan orang miskin yang sombong." (HR Muslim No: 156) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Tiga golongan yang tidak mendapat rahmat Allah di hari kiamat dan tidak dibersihkan dosanya serta mendapat siksa yang pedih: a.  Orang tua yang berzina b.  Pemimpin yang berbohong c.  Orang miskin yang

Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Bestmart, Taman Nusa Bestari

Imej
Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Bestmart, Taman Nusa Bestari. Dari Sutera Mall kita gerak ke Bestmart. Ni port makan dedolu. Jaman aku ngan mama masih ngajar kat Tun Aminah ler kan. Pusing kiri kanan. Aku nak mihun celup. Sekali semua yang fishball aku suap ke mulut si Inaz. Kekeke. Cili dia memang pedas tahap dewa beb. Mama amik nasi ayam biasa, makan dengan ici dan inaz amik nasi ayam black pepper. Iqi makan mee goreng mamak dan iqa makan nasi sama tomyam campur. Cari pisang goreng tak jumpa. Rupanya baru nak setting tempat. Haisshhh. Meronda jap kat dalam sambil aku melepak nunggu dalam kereta. Panas boleh tahan hari ni.

Yok Jenjalan : Sutera Mall, Taman Ungku Tun Aminah

Imej
Yok Jenjalan : Sutera Mall, Taman Ungku Tun Aminah. Seterusnya kami langsung ke Sutera Mall. Dalam perjalanan ke JB dari Puteri Harbour memang jenuh google. Nak gi art gallery la. Nak gi upside down house la. Nak gi AEON Dato Onn la. Last sekali. Aku terus aje gerak ke Sutera Mall. Ada banyak jugak tempat best kat aras 4 dia tu. Inaz cam biasa. Nak main Ice Skating. Iqi dan Ici pulak sibuk main pasir kat My Wonderland. Sejam RM8. Belasah aje ler. Iqa sibuk nak main Escape Room. Sekali main RM34++. Sekali. Dah fully booked untuk yang level 1. Di suggest untuk main level 3. Tapi iqa ngan inaz tak berani nak main. Takde rezeki la iqa. Tengok lain masa ye. Inaz terus je masuk Skating Rink. Sehari RM20. Dah tak kira jam lagi dah. Belasah aje. Keluar lebam lebam jugak kaki pasal jatuh tadi. Haiiisshhh. Pastu sempat diaorang merayap jap around Sutera Mall. Tak dan nak posing ramai ramai sebab semua ada agenda dan lokasi memasing yang berbeza

Dr. Haji Zainal Aalam Bin Hassan dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Kementerian Pendidikan Malaysia

Imej
Dr. Haji Zainal Aalam Bin Hassan dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Kementerian Pendidikan Malaysia. Tahniah diucapkan atas pelantikan YBhg Dr. Haji Zainal Aalam Bin Hassan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Kementerian Pendidikan Malaysia. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Yok Jenjalan : Puteri Harbour, Iskandar Puteri

Imej
Yok Jenjalan : Puteri Harbour, Iskandar Puteri. So. Lokasi pertama kami meronda sepanjang cuti ni adalah Puteri Harbour. Mulanya nak singgah Kota Iskandar dulu. Tengok. Masih tutup untuk kerja-kerja mengemas Ekspo Johor Berkemajuan itu hari. Langsung aje keluar dan gerak ke sini. Parking. Bebetul depan koleksi arca-arca gergasi ni. Betul ke aku tibai ni. Hahaha. Posing kat beberapa lokasi. Semuanya dibuat guna buluh. Setel kat situ gerak ke club house. Tak ramai sangat. Sunyi. Maybe sebab hari kerja. Kat sini aku dah mula lepak. Terus lepak kat kerusi bawah pokok je. Mama dan yang lain on lagi. Merayap ke Hello Kitty dan Toys r Us. Masak. Hahaha. K. Setel sini. Next place...

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Munafik Tulen

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Munafik Tulen عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَلَّةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَلَّةٌ مِنْ نِفَاقٍ حَتَّى يَدَعَهَا إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ Dari Abdullah bin Amru dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Ada empat perkara, barangsiapa yang empat perkara tersebut ada pada dirinya maka dia menjadi orang munafik sejati, dan apabila salah satu sifat dari empat perkara tersebut ada pada dirinya, maka pada dirinya terdapat satu sifat dari kemunafikan hingga dia meninggalkannya: jika berbicara selalu bohong, jika diamanahkan dia khianat, jika berjanji selalu ingkar, dan jika berbantah dan bertengkar dia melampaui. (HR Muslim No:88) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Setiap Muslim perlu menjauhkan diri dari memiliki sifat orang munafik. 2.  Ba