Catatan

Double team @ Angsana

Imej
Double team @ Angsana. Sejak aku masuk wad hari tu. Memang akan pecah dua. Satu team shopping. Satu team lepak. Dah sah sah team aku ler kan. Hahaha. Seronok team shopping hari ni. Sakan. Aku start ngan ngurut. Pastu lepak di Medan Selera. Team Shopping pun akan bergerak sama ke Medan Selera. Setel semua makan aku sambung lepak lagi. Kali ni ngan Fiqri la. Seronok pulak nengok keletah dia dok main kipas kipas tu. Pakai gigi tu yang tak tahan tu. Kekeke.

Tetamu dari jauh

Imej
Tetamu dari jauh. Tak sangka boleh jumpa abang wan. KUM Sabah. Kat Asam Pedas depan medan selera. Turun ja dari lif tengok tengah berselfie dengan cucu dia. Saja gi interface kat belakang. Photobomb gitu. Hehehe. Terkejut dia nengok aku. Selamat Hari Raya. Meh Johor tak cakap pun. Rupanya dah berjalan satu semenanjung. Dari utara sampai selatan. Esok petang baru balik. Alhamdulillah. Dapat kesempatan beraya bersama ye. Ada jodoh jumpa lagi.

Urut kaki @Ivy6 Beauty Shop Julai

Imej
Urut kaki @Ivy6 Beauty Shop Julai. Lepak sini jap. Memang pas ni jadi rutin aku kot untuk urut kaki setiap bulan. Bila? Time Iqa balik semula ke asrama. Kekeke. Sementara dia beli makanan dan keperluan. Aku lepak sini. Tapi ni aku lepak lambat sikit. Kebetulan masa sampai Izwan gi turun makan. So. Aku turun dulu ke Johan. Setelkan pembelian kamera si Iqa tu. Naik. Izwan masih ada sedikit urusan. Lepak jap sambil nunggu. Dia sampai ja terus sesi urut bermula. Pedih gak kaki kiri aku kena urut. Bengkak sikit katanya. Kes naik tangga itu hari la. Tapi pastu dah sedap dah. Memang lepas ni idak ler lagi aku nak panjat tangga tanpa ada pertimbangan lengkap. Hahaha.

Syafiqah's Instax Mini 8

Imej
Syafiqah's Instax Mini 8. At last. Iqa nak jugak Instax ni. Aku suruh dia fikir supaya beli kamera digital. Pakai SD card leh ambil gambo beriu ribu. Tak nak. Nak instax jugak. Pakai duit kutipan sendiri masa raya itu hari. Pasal dari awal aku kata. Nak. Bagi abah duitnya. Ish ish ish. Dia bebetul cari duit. Pastu. Ada beberapa syarat tambahan lagi. Apa pun. Dah lama dia survey. Last last gi Johan kat Angsana. Dapat RM339 per set of cam, bag dan 20 pc of film. Tambah lagi RM50 untuk a set of 20 pc of film lagi. TQ KS aka King aka Kwan. Hehehe. Punya la bernama nama. Mulanya nak purple, pastu nak pink. Last last pink. Amik gambo sekali guna cam oleh KS. Nanti mau film lagi leh datang cari dia. Harap dapat harga yang OK lagi la.

Isu Penjualan Air Kangen Dengan Pelbagai Akuan Kesihatan

Imej
Isu Penjualan Air Kangen Dengan Pelbagai Akuan Kesihatan. Alhamdulillah. Akhirnya pihak berkuasa memainkan peranan yang baik dalam menangani isu yang makin menjadi-jadi ni. Aku sebagai rakyat marhaen tumpang gembira. Cukup-cukuplah rakyat dimomok dengan perkara-perkara begini. Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil maklum laporan mengenai penjualan air Kangen dengan pelbagai akuan kesihatan yang telah menjadi perbincangan hangat netizen dan telah “viral” di media sosial. Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan Malaysia memandang serius pengiklanan makanan yang mengelirukan orang ramai dengan pelbagai akuan kesihatan. Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa air minuman berbungkus yang dijual perlu dilesenkan terlebih dahulu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kegagalan mematuhi peraturan tersebut adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi tempoh dua (2) t

Aidilfitri 1437H : Our Memory on Day Four

Imej
Aidilfitri 1437H : Our Memory on Day Four. Hari ni dah makin reda sikit dah. Kalau ikut hari ni dah hari last. Sib baik MB sangat prihatin. Kalau tak... pagi ni aku dah terpacak kat STF ngantor iqa. Pagi ni Mak Long Tampin pulak sampai. Dah lama tak jumpa. Dayah pun pun form 5 dah. Hehehe. Gaya cakap macam la diri tu masih muda. Kui kui kui.

Aidilfitri 1437H : Our Memory on Day Three

Imej
Aidilfitri 1437H : Our Memory on Day Three. Lambat sikit update kali ni. Kaki ada sikit sengal. Kes naik tangga raya kedua tu. Tak tau la nak kata gatai ka apa ka. Ish ish ish. Hari ni hujan sepanjang pagi. Lepak je. Petang ke malam ramai yang berkunjung balas. Pak Lang, Cik Uji, Busu. Snap seround. Pastu. Malamnya. Semua dah balik, ajak ucu keluar jap. Cari Acustop. Hehehe. Sebelum melarat kan.

Aidilfitri 1437H : Our Memory on Day Two

Imej
Aidilfitri 1437H : Our Memory on Day Two. Terus gerak pulang tadi lepas dapat call dari mak yang. Sampai sampai deme semua dah ada kat depan rumah. Baru sampai dari kedah. Turun senai terus singgah sini. Siap bawak pelam epal ngan ketupat palas dari nenek kedah. Balik aje mak yang, abang izad sampai. Pun dari jauh jugak. Baru meronda gelang patah. Abang izad nak gerak, eppie pulak sampai. Full malam ni. Siap amik resepi tu. Kekeke.

Raya raya @ Tun Aminah

Imej
Raya raya @ Tun Aminah. Selesai di Lima Kedai, lajak terus ke Tun Aminah. Rumah Cik Wi pulak. Sakan kat sini. Adik Inaz dengan kucen. Siap ada kucen depan, kucen belakang, kucen belah tengah. Sambung sesi makan makan. Sambung sesi photoshoot. Layannnzzz... Call ucu. Takde. Dah sampai Batu Pahat. Mak Yang call. Nak sampai rumah. So. Stop dulu sesi raya raya ni.

Raya raya @ Lima Kedai

Imej
Raya raya @ Lima Kedai. Ya. Sesi pertama kami di rumah pak lang di Lima Kedai. Nenek Yang Melaka pun ada. Ramai lagi yang ada. Pak Ngah Man ada. Cik Uji ada. Cik Wi pun ada. Meriah wa cakap lu. Ziqri pun tensen ja kat sini terganggu dengan Iman. Kekeke.