Isu Penjualan Air Kangen Dengan Pelbagai Akuan Kesihatan


Isu Penjualan Air Kangen Dengan Pelbagai Akuan Kesihatan. Alhamdulillah. Akhirnya pihak berkuasa memainkan peranan yang baik dalam menangani isu yang makin menjadi-jadi ni. Aku sebagai rakyat marhaen tumpang gembira. Cukup-cukuplah rakyat dimomok dengan perkara-perkara begini.

Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil maklum laporan mengenai penjualan air Kangen dengan pelbagai akuan kesihatan yang telah menjadi perbincangan hangat netizen dan telah “viral” di media sosial. Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan Malaysia memandang serius pengiklanan makanan yang mengelirukan orang ramai dengan pelbagai akuan kesihatan.
Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa air minuman berbungkus yang dijual perlu dilesenkan terlebih dahulu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kegagalan mematuhi peraturan tersebut adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi tempoh dua (2) tahun, serta air minuman berbungkus tidak berlesen yang dijual boleh rampas. Di samping itu, Seksyen 17 Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa iklan sesuatu makanan tidak boleh mempunyai sebarang akuan kesihatan. Kegagalan mematuhi seksyen tersebut adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan penjara selama tidak lebih daripada tiga (3) tahun atau denda atau kedua-duanya.

Setelah diteliti, penjualan dan pengiklanan air Kangen didapati tidak mematuhi peruntukan undang-undang seperti di atas dan Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sediada terhadap penjualan dan pengiklanan air Kangen yang didakwa mempunyai pelbagai akuan kesihatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang aduan mengenai penjualan/pengiklanan air Kangen atau mana-mana produk makanan/minuman lain yang diragui akuannya untuk menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau menyalurkan aduan tersebut melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq.
Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Rujukan tepi
[1] Larangan iklan 20 jenis penyakit.
http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/berita/04-dis-2012/berwaspada-dengan-iklan-iklan-haram.html
[2] Larangan Jual air Jampi.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/wawancara/amaran-tindakan-kepada-air-jampi-komersial-1.438411
[3] Evidence based Medicine.
http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0019483216301857
[4] Alkaline Water Beneficial?
http://m.huffpost.com/us/entry/7762588.html
[5] Hoax Alkaline water.
http://www.precisionnutrition.com/alkaline-water-legit-or-hoax
[6] keseimbangan pH darah.
http://www.medicinenet.com/script/main/mobileart.asp?articlekey=10001
[7] Ubat Gastric mungkin penyebab pneumonia.
http://www.m.webmd.com/heartburn-gerd/news/20101219/heartburn-drugs-linked-to-pneumonia-risk
[8] Alkalinization cause pneumonia.
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/8578208

P/s . Minum dibolehkan atas risiko sendiri. Tanpa melihat dari sudut kesihatan, sama juga dengan meminun air perigi, air sawah, air kolam, air jeram dll yang tidak melalui proses rawatan air. Bukan bermakna air Kangen tidak melalui proses rawatan, tetapi tidak ada pembuktian bahawa air Kangen itu sempurna dirawat semasa proses pengeluarannya.

Dr Suhazeli Abdullah
Fb.com/drsuhazeli


---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam