Catatan

First set of picas on my SJ4000 testover

Imej
First set of picas on my SJ4000 testover. Semalam baru aku ada mood nak ngetest. Snap snap snap. Malam baru transfer. Pagi ni baru hapdet. Tersimpan jam aku nyer galaxy camera. Sebab. Aku dah lama main ultra wide dedulu. Pas jual aku nyer cam. Dah main normal lens ja. So. Bila dapat balik ultra wide, dia macam jadi gian lama berulang semula la. Snap sana. Snap sini. Quite ok camera dia. Of coz la tok leh lawan dslr. What do you expect from an action cam kan. Low light pun biasa biasa ajer la. Apa. Tapi bab 170degree tu memang mengembalikan nostalgia lama aku ler. Ekekeke. Abis kebudak sektor jadi bahan snappan aku pagi tu. Hehehehe. Tunggu hasil gi putrajaya pulak. Enjoice!!!

Tambahan Foto kenangan Atuk dan Nenek Kedah mengerjakan haji di Mekah part uno

Imej
Tambahan Foto kenangan Atuk dan Nenek Kedah mengerjakan haji di Mekah part uno. Ni semalam baru masuk. Ada lebih kurang 900++. So maybe berentry entry lah kita yer. Layan part uno ni dulu.

Unboxing xBase SJ4000 Helmet Sports Camera Camcorder DV1080P Full HD 12MP Waterproof

Imej
Unboxing xBase SJ4000 Helmet Sports Camera Camcorder DV1080P Full HD 12MP Waterproof. Akhirnya. Sampai jugak akhirnya. Cuma mood aku masih tarak lagi untuk terus test. Nanti aku cerita la masa aku dah mula snap nanti. La ni. Mood aku hanya untuk unboxing saja dulu. Rasanya. Orang yang rapat ngan aku semua tau peel aku bila aku nak beli kamera. Aku akan amik masa yang lama untuk study apa yang aku akan beli. Kadang-kadang sampai dua tiga bulan. Just study mender tu ngan pesaing-pesaingnya. Ramai yang tanya apasal aku tak beli gopro ajer. Jawap dia. Aku boleh dapat mender yang hampir sama level just dengan harga 1/5 dari gopro. lagi pun aku nak guna ni untuk jenjalan lasak ngan mandi manda ja. So, apa salahnya aku beli yang ni ajer kan. Apa pun nanti aku akan buat review khas pasal mender ni nanti. La ni. Yok kita tengok apa yang ada dulu.

Berakhir sudah kontroversi GDEXku

Imej
Berakhir sudah kontroversi GDEXku. Alhamdulillah. Petang ni selesai juga akhirnya kontroversi bungkusan aku. Tu pun. dari 15 sampai 20 jugak. Kesnya. Bungkusan keluar 3 hari berturut-turut. Tapi. Tak pernah sampai ke tangan aku. Masuk hari ketiga. Bukan saja GDEX yang aku serang. Ngan Lazada. Ngan KPDNKK. Semua aku buat aduan dan follow through. At last. Semalam. Semua bagi respon dan pagi ni GDEX JB sendiri dah maklum akan pastikan hari ni jugak aku pasti dapat bungkusan aku. Alhamdulillah. Selesai semua. Hmmm... nak amik gambo lam ayor pun susah. Hish..

Hari kedua Bengkel pembangunan Dashboard KPI Pengarah JPN Johor

Imej
Hari kedua Bengkel pembangunan Dashboard KPI Pengarah JPN Johor. Hari ni lebih mencabar. Nak gabungkan 70 sub kpi ke dalam satu table yang aku kasi kod nama "Jiwa lara". Pasal memang blank berkali kali. Nak cari solution. Ngan abam gediks yang masih mengganggu jiwa aku lagi. Walaubagaimanapun. Berjaya jugak kita dapat. Cuma pasni aku nak kena teliti balik formula terutama untuk kira decreace tu.

Syafiqah and friends on Hari Anugerah Cemerlang SA Nusa Perintis

Imej
Syafiqah and friends on Hari Anugerah Cemerlang SA Nusa Perintis. Ni masa aku kasi kamera kat iqa ahad lepas. Posing sakan no.

SEMAKAN CALON KE SESI SERLAHAN SENI PENGAMBILAN MURID KE TINGKATAN 1 (SATU) SEKOLAH SENI MALAYSIA AMBILAN 2015

Imej
SEMAKAN CALON KE SESI SERLAHAN SENI PENGAMBILAN MURID KE TINGKATAN 1 (SATU) SEKOLAH SENI MALAYSIA AMBILAN 2015 Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Calon ke Sesi Serlahan Seni Pengambilan murid  ke Tingkatan 1 (SATU) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2015  akan bermula pada 20 Oktober hingga 26 Oktober 2014. Sila layari url berikut untuk membuat semakan. http://apps5.moe.gov.my/essem/permohonan/ Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Abang Ziqri dan plastisinnya

Imej
Abang Ziqri dan plastisinnya. Pagi ni pergi tadika. Orang ada tiga ja. Mama minta balik rumah aje. Kat rumah apa lagi. Sambung main plastisin dia la. Apa lagi.

Hari pertama Bengkel pembangunan Dashboard KPI Pengarah JPN Johor

Imej
Hari pertama Bengkel pembangunan Dashboard KPI Pengarah JPN Johor. Tumpuan utama. Database. Semak. Teliti. SubKPI ada 70 rupanya. Boleh tahan. Sempat blank dua tiga kali. Esok. Pembangunan akan dimulakan. Caiyokk!!!

Perubahan baru pekan Gelang Patah

Imej
Perubahan baru pekan Gelang Patah. Kawasan ni dulunya adalah kawasan taman permainan kanak-kanak. Kini dah dibangunkan gerai-gerai yang lebih tersusun dan selesa. Kita nantikan lagi perubahan-perubahan baru di sini.