Keseronokan pagi di JB

Klik untuk gambar yang lebih besar
Ngopi pes dari skyscrapercity.com dengan jayanya.. Tumpang, tumpang
Pagi ni alhamdulillah.. dapat jugak aku rasa betapa nikmatnya traffic jem sebelum sampai ke pejabat; ye lah. aku MC dua hari, senin dan selasa; rabu khamis, aku sampai pejabat jam 6.30 pagi, diulang, sampai ke pejabat ya.. Sebab aku masih tak dapat nak belen kaki aku lagi kan. So, lepas subuh ja terus aku kuar. Pagi ni saja aku nak kuar cam biasa; asyik dok dengar orang cakap ja pasal jem ni kan, nak jugak rasa. Dan hasilnya.. berbaloi-baloi, rasa cam lebih baik aku sampai opis jam 6.30 dari cenggini.

Di JB, kalau korang dari skudai la kan. Ada 2 tempat biasa yang akan mula sesak. Memula kat tampoi. Tadi pun biasa ja. Pasal aku ada kat tampoi tadi masih awal. Baru 6.30 pagi. Jem tadi pun lebih kepada ada tayar lori pecah kat tengah jalan. Memasing dok ngelak. Cerita pasal tayar lori ni, ada segelintir pemandu lori atau bas nih, kalau tayar dia pancit; dia akan bawak ja sampai tayar tu rabak dan terlepas cenggitu ja. Pengalaman aku dulu masa aku naik sebijik bas nih. Selamba ja dia bawak. Bila tayar dah terlepas siap ketawa lak tu. Dia tak pikir agaknya kalau kalau terkena penunggang motor ka, keter kat belakang ka. Saja ja.

OK.. balik ke cerita jem balik. Tempat kedua memang maintain sepanjang zaman agaknya. Tak lain tak bukan depan angsana tu. Jalan dah besar nanti tak tau la kan. Sini memang tempat favourite jem sepanjang jaman untuk JB. Sejak jaman berjaman tuh.. Kat sini aku dah start tensen dah..

Untuk sampai ke pejabat aku kat glendening aku akan ada dua tempat lagi yang akan jem dan memang jem best punya pagi ni. Pertama kat depan RTM. Ni sebab keter nak pecah dua. Biasa la kawasan sekolah kan. Lepas pada tu sampai la kita ke kawasan yang dijamin jem waktu sekolah sahaja iaitu depan star1, star2, sigs.. sekolah kiri kanan tu. nak pulak minggu minggu awal nih.. memang la.. sib baik esok dah cuti..

Apapun.. selamat pagi JB..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar Enjoice...Sharing is power!!!

Ulasan

Taufan Bin Ribut berkata…
jb mmg cam ni...nak2 yang nak g keje singapore...bawak moto cam nak g belumbe...
Zura Tahir berkata…
byk nye moto....

tp bahaya btul biarkan tayar smpai tercabut sendiri...giler...
mie berkata…
xpenah sampai jb lagi
kena gi ni..

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied