Posted by : mohamad khairul nizam Rabu, 6 Januari 2010



Perghhh.. Leh tahan gak problem kereta Proton Savvy ni kan. Tahun ni kira masuk tahun keempat aku pakai keter ni. Setakat yang diketahui dari berborak dengan rakan-rakan yang sesama pakai kereta Savvy, kereta ni ada 3 major problem.

1. Kereta tak boleh / sangat susah nak start
2. Kereta tersengguk-sengguk tahap cipan masa berjalan
3. Tombol Air-cond tak leh pakai

Aku dah berjaya memenuhkan senarai checklist ini dan begitu jugaklah dengan beberapa rakan yang lain. Sesetengah lagi masih berdoa supaya dijauhkan musibah ini. Baca lagi untuk tahu masalah sebenar dan penyelesaiannya.

Masalah 1 : Kereta tak boleh / sangat susah nak start

Kena kat aku : Aku memang tensen giler masa kena ni. Siap ada sekali kat trafic light. Enjin tetiba mati dan takleh nak hidup. Hangin satu badan tu. Bini aku siap perkenal cara baru untuk start keter la, kena pusing dengan slow la, kena pusing dengan lembut la. Ntah apa-apa la.
Penyebab : Speed sensor kotor / loose



Penyelesaian : Bawak gi kedai servis proton edar yang berdekatan. Cakap masalah ko. Jangan bagitau ko tahu bender ni. Dengar dulu dia kata apa. Kalau dia cakap pasal sensor tu kira betul la tu. Speed sensor ni letaknya kat bawah, dedekat gearbox sana tu. So, proses nak ke situ tu memang makan masa sikit. Nak paling susah kalau pakai AMT macam keter aku ni ha. Siap ada satu bender lain lagi atas dia. Maybe untuk automatic tu kot.
Kos : Paling murah member dapat RM30, paling mahal RM300 (ntah apa mak nenek dia ketuk tak tau la). Aku kena RM50.
Masa servis : Lebih kurang 1 - 2 jam.


Masalah 2 : Kereta tersengguk-sengguk tahap cipan masa berjalan

Kena kat aku : Masa aku tengah overtake. Perggghh... Memang berderau darah aku. Ada keter kat depan lak tu. Orang rumah siap terjerit-jerit lagi. Memang giler aaa...
Penyebab : Ignition coil rosak



Penyelesaian : Bawak gi kedai servis proton edar yang berdekatan. Cakap masalah ko. Jangan bagitau ko tahu bender ni. Dengar dulu dia kata apa. Kalau dia cakap pasal coil tu kira betul la tu. Coil ni memang giler sikit. Walau rosak satu cable jer, satu set korang kena tukar. Tahan jer ler
Kos : Paling murah member dapat RM290, paling mahal RM580. Kena pandai carik. Kalau jumpa kat kedai spare-part leh dapat murah. Aku kena dekat-dekat RM300
Masa servis : Lebih kurang 1 - 2 jam.


Masalah 3 : Tombol air-cond rosak

Kena kat aku : Masa pusing-pusing air-cond rasa sama jer dari 0 sampai 2. Sekali boleh cabut la pulak tombol tu.
Penyebab : Pemegang dalam dia dah patah.



Penyelesaian : Suruh jer tukau baru
Kos : Paling murah member dapat RM45, paling mahal RM95. Aku kena RM58.
Masa servis : Terus siap.

70 Responses so far.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Followers

Blog Archive


Get your own Digital Clock



Mkn Ace

Reka Lencana Anda

Google+ Followers

Top 10 hapdeted blok

10 Newly Ping Worldwide from
Fotolia




Get listed at www.millionbloglist.com
Follow me on Twitter

the place where everything around us being photographed




free counters
Komuniti CERITA.com
Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Since ©2007 | Renewed ©2012 | mknaceulimited.blogspot.com™. Dikuasakan oleh Blogger.

- Copyright © mknace unlimited™|The Colours of Life -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -