Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel mama

Rombongan ke Poliklinik Gelang Patah

Imej
Musim-musim cenggini, nak tak nak; memang kena jugak la berulang ke klinik. Tetambah mama dengan hidung berdarah lak semalam kan. Pagi tadi masih ada lagi yang keluar. Adik ngan Iqa lak tak habis-habis lagi ngan batuk dan selsema dia. Mama macam biasa akan call klinik dulu.. Hello.. Hello.. Poliklinik Gelang Patah sini.. Sapa doktor yang ada sekarang ni.. Doktor Manisha.. OK, sekarang jugak saya datang.. Dah standard dah kat sini. Kalau Doktor Manisha yang ada mesti ramai yang pergi. Kalau yang lain tu, tengok keadaan jugak la. Kalau dah teruk tu nak tak nak kena la jugak pergi kan. Doktor manisha ni lain sikit. Memang cool dan baik. Dia memang seorang doktor yang baik. Tu kalau time dia, orang memang beratur punya.. Sampai jer dapat nombor 59. Sekarang ni nombor 58. Wahhh.. Ini sudah bagus. Berkat hari raya agaknya. Kalau tak pun pasal sekarang ni kul 2 petang agaknya. Baru jer masuk. Habis periksa semua. Settle. Mama, macam aku cakap semalam. Panas. Iqa ngan adik batuk + selsema. Bal

Jalan-jalan cari makan di Tun Aminah

Imej
Lepas jer program kat sekolah habis tadi, aku terus suruh bebudak tolong kemas dan settlekan semua peralatan high risk kat dewan. Iqa dari tadi dok sibuk nak suruh aku hantar ke sekolah agama sebelah petangnya. Aku memang dah tak larat sangat dah ni dan aku tau iqa pun dah tak larat. Tanya memember lain pun kebanyakannya tak hantar anak-anak gi sekolah agama hari ni. Iqa tak yah gi la sekolah agama petang ni. Iqa nak gi jugak. Abah dah penat, abah tau iqa pun dah penat jugak kan. Nanti ustaz tanya nak bagi tau apa. Cakap la sekolah iqa ada majlis hari ni. Abah dah penat sangat. Iqa tak nak cakap camtu. Habis Iqa nak cakap apa? Iqa cakap abah tak kasi gi sekolah agama. Pastu dia terus nangis. Ya Allah.. Beza tul Iqa ngan adik dia ni. Kalau adik dia dah terlompat-lompat dah ni ila aku cakap cenggini. Jamin oleh lever brothers lah.. Last-last ambik mama dia. Mama dia pun pujuk dia jugak. Pastu aku ajak gi tempat favourite dia, makan maggi sup. Yup.. terus senyap. Masuk keter balik terus t

Urusan di petang Khamis

Imej
Petang ni memang dah janji nak selesaikan banyak urusan di bank dengan mama. Tapi yang bestnya bila harini Dila cuti pulak. Jadi, nak tak nak petang ni aku tutup pusat akses. Lepas dah siap sesi fotografi dengan atlit-atlit sekolah, aku terus kemas barang-barang dan bersiap untuk balik. Nak wat camner kan. So, bila mama tanya nak kemas ke tidak; aku pun suruh dia berkemas jugak. Aku target urusan kat bank akan ambik masa, jadi ngam-ngam la habis tu terus ambik iqa kat sekolah agama. Sekali... Tuhan memang mempermudahkan urusan. Tak sampai setengah jam dah setel semua. Aikk.. Termangu jap. Leh blank terus.. Apa kita nak buat ni?? Last-last pergi makan tengahari sesama, pergi kedai Ah Liang sesama. Senang citer, dah jadi program berdating la pulak.. Hahaha.. Best tul. Boleh blank cenggitu jer petang ni. Mudah-mudahan akan sentiasa dipermudahkan segala urusan aku selepas ni. Tapi walau apa pun.. kita hanya boleh merancang.. :: Klik untuk cerita penuh :: Amaran kerajaan Malaysia. Jangan me

Mari menjahit langsir

Imej
Banyak gak yang tanya, apasal cepat sangat mengecat rumah? Ni tambah satu lagi. Meh kita jahir langsir raya la pulak. Mama dari pagi sibuk dok menjahit langsir. Mana leh jadi kan. Asik dok ngecat dinding jer. Langsir pun kena la jugak jalan kan. Kenapa cepat sangat kitaorang buat preparation raya ni. Sapa leh jawab. Cepat, cepat... Jawapan simple jer.. Sebab sekarang ni cuti sekolah la. Pas ni mana ada masa dah nak wat preparation. Kalau boleh pun lepas balik sekolah jer ler kan. Tengok bahagian sisi ni dah siap dah. Tinggal nak tarik masking tape jer. Kengkonon semua blok angin tu nak cat putih. Last-last, dalam jer warna putih. OK gak kan. Adik sibuk gak ngan Iqa. Ke hulu ke hilir. Tapi yang diaorang buat adalah, selain dok memantau progress; mereka juga berjaya menambahkan kerja-kerja pembersihan selepas itu. Betul tak dik? ps : Bila masa aku nak baca untuk PTK esok ni, LOL? Foto Montaj

HP mini untuk mama

Imej
Lama gak aku nak belikan laptop mini ni untuk hadiah birthday mama. Pas aku dah puas survey satu Malaysia(??!), hari ni baru aku beli. Sebuah laptop HP mini untuk mama untuk harijadi dia. Happy Birthday.. Chiaoooo... _________________________________________________________________________ Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com