Urusan di petang Khamis

©2010mknaceunlimitedPetang ni memang dah janji nak selesaikan banyak urusan di bank dengan mama. Tapi yang bestnya bila harini Dila cuti pulak. Jadi, nak tak nak petang ni aku tutup pusat akses. Lepas dah siap sesi fotografi dengan atlit-atlit sekolah, aku terus kemas barang-barang dan bersiap untuk balik. Nak wat camner kan.

So, bila mama tanya nak kemas ke tidak; aku pun suruh dia berkemas jugak. Aku target urusan kat bank akan ambik masa, jadi ngam-ngam la habis tu terus ambik iqa kat sekolah agama. Sekali... Tuhan memang mempermudahkan urusan. Tak sampai setengah jam dah setel semua. Aikk.. Termangu jap. Leh blank terus.. Apa kita nak buat ni??

Last-last pergi makan tengahari sesama, pergi kedai Ah Liang sesama. Senang citer, dah jadi program berdating la pulak.. Hahaha.. Best tul. Boleh blank cenggitu jer petang ni. Mudah-mudahan akan sentiasa dipermudahkan segala urusan aku selepas ni. Tapi walau apa pun.. kita hanya boleh merancang..

::Klik untuk cerita penuh::


©2010mknaceunlimited
Amaran kerajaan Malaysia. Jangan merokok kerana ianya merbahayakan kesihatan. Tapi kalau ambik gambar bekas abu rokok takpe. Tapi pastikan anda berada jauh-jauh sekurang-kurangnya 5 meter. Sila bawa bersama kayu ukur anda kemana-mana. Kalau nak free leh amik pita ukur kat IKEA..

©2010mknaceunlimited
Jenuh melantak la kita che abang oiii.. petang ni. Yang abang gi order sampai dua gelas tu leh habis ka? See the leg la beb.. Setakat dua gelas ni seminit leh habis..

©2010mknaceunlimited
Disana mintak nasi goreng ikan masin, disini mintak nasi goreng kampung, disinun bungkus mihun sup..

©2010mknaceunlimited
Dah kul baper ni bang.. Kul 3. Pasni nak gi mana? Kita gi kedai Ah Liang. Hutang custom album tu hari pun tak bayo lagi ni. Sempat ke? Ngam ngam ho la..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied