Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel johor bahru

Seharian di Colombia Asia Hospital

Imej
Seharian di Colombia Asia Hospital. Satu hari aku kat sini semalam. Ye lah. Doktor ada 3 kes. Dua kelahiran normal, satu cesarean. Memula sampai. Tunggu jugak sampai jam 12. Sekali tanya nurse, doktor ada kes. OK. Fine. So, balik dulu, lepas sembahyang jemaat baru datang balik. Semasa tunggu, tetiba ada kes lagi. OK. Tunggu lagi. Doakan permudahkan kelahiran tu. Hari ni hari orang, hari kita belum tau. Harap semua berjalan baik. Then doktor masuk balik. Alhamdulillah. Baby semua ok. InsyaAllah. Doc kata maybe boy. Tapi bulan depan baru leh confirm. Lebih ke situ la katanya. Balik singgah pulai jaya jap n ronda pasar ramadan jap. Gerai pun dah tak banyak. Tu yang aku suka kot. Hehehe...

Kad Ucapan Selamat Hari Raya dari Muhammad Haziq Ziqri

Imej
Kad Ucapan Selamat Hari Raya dari Muhammad Haziq Ziqri. Semalam. Ziqri buat kad raya kat sekolah dia. Cikgu dia ajar katanya. Ni khas untuk abah mama dia kata. Hehehe.

Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jama'ie Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jama'ie Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Majlis ini disempurnakan semalam bertempat di Pusat Kokurikulum Johor. Lambat sikit haplod. Masalah line yang agak slow sikit semalam, disamping... gambo pun agak banyak. Tetamu kami semalam adalah mufti Johor sendiri. Dimulakan dengan majlis khatam al-quran, seterusnya penyampaian hadiah pemenang sudut Ramadan, sedikit tazkirah oleh dato' mufti sendiri dan diteruskan dengan majlis iftar. So... let's the picas do the talking. Enjoice!

Seharian melayan pelabelan

Imej
Seharian melayan pelabelan. Perghhh. Hari ni memang menarik. Satu demi satu query diteliti. Tiba masa untuk semak pada tapak. Turun ke dua sekolah dengan bilangan mismatch terbanyak. OK. Nampak cam a bit OK. Perlu sedikit penambaikan lagi. Sesambil tu beronline sesama team yang lain. Banyak lagi yang diperolehi. Perbetul lagi. Sekarang ni tak sabar nak nunggu data baru untuk buat sampling baru. Yihuuu... Sesambil tu layankan kalender yang baru aku jumpa tersorok lam printer tak dihargai. Huhuhu. Pastu nengokkan bunga telur yang bakal diberi untuk majlis khatam quran esoknya.

Pagi Ahad yang gemilang

Imej
Pagi Ahad yang gemilang. Seronok tul pagi ni. Layan bulan yang hampir penuh dulu, sementara nunggu adik inaz. A bit jem kat tempat biasa. Alah bisa tegal biasa la. Sampai sampai lif dah terbuka. Dedua pulak tu. Sekali masuk... jeng jeng jeng... dapat jogging naik sampai aras 5. Habis meeting. Ada 4 ferrero rocher atas meja. Sib baik puasa kan... hehehe

Jom ke Majid Murtabak Nombor 1, Kampung Kurnia, Johor Bahru

Imej
Jom ke Majid Murtabak Nombor 1, Kampung Kurnia, Johor Bahru. Semalam. Mama ada kursus. Kat Majidi. So. Masa balik singgah kat majid. Leh tahan tempat ni sekarang. Banyak gerai tambahan. Marbeles. siap ada kotak baru.

Calculating the shortest route

Imej
Calculating the shortest route. Sekarang dah banyak cabang jalan dari rumah di gelang patah dengan tempat kerja. Cabaran utama... jalan paling dekat dan tak banyak trafik. Yang biasa ni lah. 24km++. Lalu jalan sayur. Gelang patah. Nusa perintis. Medini. Horizon hill. Pagi tadi aku lalu route b. 22km++. Nusantara. Nusa cemerlang. Horizon hill. Esok ada dua route lagi nak ngetest.

Jom gerak

Imej
Jom gerak. Sempat lagi tu. Amik tugasan sebelum balik. kena setelkan ppt pasal 14 inisiatif nooo...

Edisi lama : Majlis Perpisahan Encik Zainal

Imej
Edisi lama : Majlis Perpisahan Encik Zainal. Pun edisi lama yang tak pernah dikeluarkan sebelum ini. Awal Januari lepas di the zone, JB. Gajet digunakan... Sony Experia Neo. Layannn...

Journey back from Bengkel Kerja Perlaksanaan Dashboard Prestasi PPD

Imej
Journey back from Bengkel Kerja Perlaksanaan Dashboard Prestasi PPD. Kengkonon leh sampai lam kul 8 - 9 la kekdahnya. Campur tolak jam, berenti bagai... jam 1 pagi baru aku sampai rumah di gelang patah. Huhuhuhu... Sengsangat la penatnya... Read on...

Last Ramadan on Johor Bahru

Imej
Last Ramadan on Johor Bahru. 4 Ogos merupakan Ramadan terakhir kami di Johor Bahru, sebelum kami bertolak pulang ke Baling keesokan harinya. So, banyak nak disetelkan pada hari ni. Tak nak ada yang terlepas sebelum pulang berhari raya di kampung nanti. Read on...

Minggu akhir Ramadan di Johor Bahru

Imej
Minggu akhir Ramadan di Johor Bahru. Banyak aktiviti luar berlangsung mingu minggu akhir nih. Aku dah tak rasa cam puasa dah pun. Kerja datang tak putus putus. Dari awal Ramadan lagi. Masa berlalu macm air terjun. Yang paling best lagi, masa ni la Ziqri kena Chicken Pox. Sudah. Aku ja yang berjaya buatkan dia makan ubat. Orang lain, jangan harap la. So, kena amik cuti selang selang just nak jaga dan pastikan dia makan ubat on time. Read on...

Ke klinik jugak akhirnya

Imej
Ke klinik jugak akhirnya. Lama aku tahan ni kalau nak ikutkan. Sebelum cuti raya lagi. Rasa sakit sikit, sapu ubat, sakit, sapu. OK. Tapi lepaih kena jem ituhari, yang sampai 14 jam on the road tuh... (sapa soh balik hari Ahad kan... ekekeke), pastu balik sini masih tak dapat rest yang cukup; akhirnya, pagi tadi kaki aku bengkak jugak akhirnya. Uih uih uih. Tapi aku try jugak gi opis hari ni sebab aku rasa lepas aku telan ubat dan sapu krim (yang dah lama dah tu, sakit masa TPM turun Johor itu hari yang sampai aku sibuk tak hengat donia tuuu..). Akhirnya, sebelah petang tadi aku dah tokleh tahan lagi dah. Ayoyoyo... Balik sampai umah, terus ajak orang umah gi klinik. Aku bawak balik tadi pun slow ja pasal dok tahan sakit jah... Read on...

Back to town

Imej
Back to town. Semalam, tiba masanya untuk kami kembali ke bumi Johor. Harap harap jalan ok. Tapi... a bit sesak jugak, terutama untuk kawasan rnr, tol dan kawasan berbukit. Kena 4 kawasan yang jem teruk. Kes eksiden. Apa pun, harap anda semua yang memandu pulang ke destinasi anda berhati hati. Sabar itu separuh daripada iman. Aku semalam bergerak hampir 15 jam on the road. :) Read on...

Bengkel "Hands-On" Aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Negeri Johor untuk Penyelaras Sistem

Imej
Bengkel "Hands-On" Aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Negeri Johor untuk Penyelaras Sistem. 8 dan 9 Julai, juga bertempat di PKG Majidee; bengkel pemantapan untuk Penyelaras Sistem SPS telah dijalankan kepada sekolah-sekolah daerah Johor Bahru. Kami datang sebagai pemerhati sahaja. Just melihat sejauh mana keberkesanan kursus bagi memastikan sekolah yang akan dilatih dapat menggunakan SPS dengan baik terutama dari segi kesahan data. Read on

Jerebu mula kelihatan, on my birthday

Imej
 Jerebu mula kelihatan, on my birthday. Ish ish ish. Pepagi bangun nengok dah ada dua present, from the kebudaks; atas meja. TQ TQ. Pastu terus ke opis. Dah Nampak tanda tanda jerebu pagi nih. hokaloh...tapi sempat gi makan murtabak cheese spesel kat kampong melayu lagi tu ngan azlan. balik; makin menebal. Mama ajak gi kedai. nak beli hadiah katanya. Dah keluar sebijik peti sejuk baru... malamnya tolong wat kolaj doraemon untuk rumah sukan mama. read on...

Jom pulang ke kota

Imej
Boleh pulak terbiar entry ni. Dah haplod dah pun, tinggal nak tulis sesikit dan post aje. Hari ni sempat kot. Ye lah. dua hari outstation. Hari ni jer ada kat pejabat. Ambik sikit masa rehat untuk hapdet entry ni. K. Esok lusa nak outstation lagi. So, read on bab kami gerak balik ke kota JB ...

The Big Bad Wolf Book Sale Johor 2013 Again...

Imej
The Big Bad Wolf Book Sale Johor 2013 Again... dan dalam masa... tak sampai dopopatjam gara-gara adik inaz tak puas hati buku dia sikit kalau nak banding ngan buku kakak dia dan adik ziqri dia. Huhuhu... layan ajer la. Waktu rehat amik diaorang. Bawak semua buku homework sekali. Siapkan lam bilik aku kat opis. So, petang ni aku wat kerja berteman. Ramai bodyguard bak kata ramai orang yang aku jumpa. OK ler tu. Aku setel kije, diaorang pun setel kije. Habis ja waktu kije, terus gerak ke danga city mall.. Yihuuu...

The Big Bad Wolf Book Sale Johor 2013

Imej
The Big Bad Wolf Book Sale Johor 2013. Semalam aku dah janji dengan kebudak untuk ke danga city mall. tapi pasal habih penuh kereta sebab borong susu kat mydin semalam, dan si ziqri pun dah buat hal tahap gilosss nyer.. big bad wolf ditunda ke hari ini. Balik ja kije, kebudak dah bersiap. Langsung keluar. Hala ke danga city mall. Book sale ni bermula jemaat lepas dan akan berlangsung sampai ahad depan, 2 jun. So, don't miss it. Bukan senang nak dapat buku berkualiti pada harga lelong cenggini. ni pun, esok aku akan gi sana lagi sebab si inaz tak puas hati, buku dia dua buah ja berbanding kakak dan ziqri yang hampir 10 memasing. ayoyoyoyo...

Restoren Tajri, lagi

Imej
Restoren Tajri, lagi dan lagi. Ahahaha... sebab... senang nak parking. order cepat. Boleh tahan la. Dan biasanya order yang aku buat, aku dapat. Ahahaha... Jom kita layan restoren ni pulak. Bukannya jauh pun, taman nusantara ja.