Kem Orientasi Mowgli - Day 1

©2010mknaceunlimitedPetang jemaat lepas bermula la Kem Orientasi Mowgli kat sekolah aku, mana lagi kalau bukan sk taman tun aminah 1. Masa nak gi sekolah iqa sibuk nak ikut. Tak sedar diri dia sakit ka apa. Sampai nangis-nangis nak ikut. Mana leh kasi. Badan panas membara lagi tu.

Sampai dewan jer bebudak dah ada. Pas aisah sampai baru aku set dewan. Panggil bebudak pasang lcd apa ke semua tu. Pastu aisah terus buat pengenalan pasal persetiaan pengakap. Habis jer tu, aku handle riadah lak. Main bola pakai kain pelekat. Besh... Banyak perbetul kain dari main bola. Hazim lak jadi commentator.. Habis segala nama kumpulan jadi nama binatang, ayam la, biawak la, lembu la, kambing la. hahaha.. bebudak suka hati. Pas dah settle baru pasang kemah. Malangnya kemah ada empat jer.. so, malam ni bebudak tido lam dewan jer la nampaknya..

Sebelah malam lak, fail-fail tugasan mula dibagi ke bebudak. Pastu bebudak scout si aisah pun dah mula datang. Depa take over ngan si aisah. Pastu aku pun balik. sian lak kat si iqa kat umah tu. aktiviti malam tu diteruskan lagi dengan tayangan movie jungle book dan burung hantu.. sambung esokk...

::Klik untuk cerita penuh::


©2010mknaceunlimited
Senarai kehadiran pelajar.. 53 semua termasuk 3 urusetia..

©2010mknaceunlimited
Persetiaan pengakap.. hapal jangan tak hapal.. sapa tak tau kita gelek perut dia guna beskal budak kat belakang tu..

©2010mknaceunlimited
Perrghhh.. si Fauzan pun sibuk menyalin persetiaan..

©2010mknaceunlimited
Kita test seround dulu.. haaa. sapa tak lancar gelek tali pusat perut dia.. siap baca kat lcd lagi..

©2010mknaceunlimited
Bagi seploh minit tukau baju riadah, minum petang, turun ke padang

©2010mknaceunlimited
Menu kita petang ni adalah seketoi karipap sama air teh-o..

©2010mknaceunlimited
Komentator merangkai apai rumah panjang mula menjalankan tugas menamakan semua kumpulan yang ada..

©2010mknaceunlimited
Geganas bebudak ni main.. memang gegila tul ahh..

©2010mknaceunlimited
Siap pasang kemah.. 4 jer leh pakai.. nak sumpat 50 orang.. tolonnn...

©2010mknaceunlimited
Makan malam.. siap wat tazkirah pada sesapa yang tak licinkan makanan dia.. hahahaha.. baru korang tau aaaa.. ada yang nangis nak abiskan makanan dia..

©2010mknaceunlimited
Malam ni kita belajar tepuk duluuu... tepukk gangstar... tepuk koka kola.. alamak.. nyamuk.. tepuk dahi ko...

©2010mknaceunlimited
Sapa hilangkan fail.. ko menjawab la..

©2010mknaceunlimited
Ini modul dalam fail.. kalau korang tak leh lengkapkan modul ni lepas cuti sekolah nanti korang masuk tahun 1 balik..

©2010mknaceunlimited
Wajah ceria 3 urusetia.. haaa.. dah lebel tinggi aaa korang..


Slideshow penuh


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied