The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Taat Perintah Allah SWT Ikut Sunnah Nabi SAW


The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Taat Perintah Allah SWT  Ikut Sunnah Nabi SAW

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَرْجِسَ قَالَ :رَأَيْتُ الْأَصْلَعَ يَعْنِي عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ يُقَبِّلُ الْحَجَرَ وَيَقُولُ: وَاللَّهِ إِنِّي لَأُقَبِّلُكَ وَإِنِّي أَعْلَمُ أَنَّكَ حَجَرٌ وَأَنَّكَ لَا تَضُرُّ وَلَا تَنْفَعُ وَلَوْلَا أَنِّي رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبَّلَكَ مَا قَبَّلْتُكَ

Daripada ‘Abdullah bin Sarjis RA berkata; Aku pernah melihat al-Ashla' iaitu ‘Umar bin Al-Khattab RA mencium Hajar Aswad dan berkata: "Demi Allah, sesungguhnya aku pasti akan menciummu, meskipun aku tahu kamu hanyalah sebiji batu yang tidak dapat memberi mudharat dan tidak pula dapat memberi manfaat. Sekiranya aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, nescaya aku tidak akan menciummu." (HR Bukhari, No: 1597) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Allah SWT yang mencipta seluruh makhluk dan Allah berkuasa atas segala sesuatu. Setiap ciptaan-Nya tidak dapat mendatangkan sesuatu kebaikan mahupun keburukan kecuali dengan keizinan dan kehendak-Nya.

2.Setiap Muslim hendaklah mentaati segala perintah Allah SWT selari dengan petunjuk Sunnah Nabi SAW. 

3.Perlu difahami bahawa perintah Allah SWT ada yang dihukumkan sebagai wajib, sunat, makruh, haram dan harus berdasarkan kaedah-kaedah hukum yang telah disepakati oleh ulama. Contohnya perbuatan mencium hajar aswad. Para sahabat Nabi SAW mengikuti amalan tersebut sebagai ittiba’ (ikutan sunnah) tanpa banyak persoalan kerana mereka melihat amalan tersebut dilakukan oleh Nabi SAW. 

4.Dalam mazhab Syafie hukum mencium hajar aswad adalah sunat. Namun perlu diingat, ketika melakukan perbuatan mencium hajarul aswad itu tidak menzalimi orang lain dengan menarik atau menyakiti orang lain. Dibimbangi perkara sunat itu menjadi haram. Moga menjadi peringatan buat mereka yang sekarang ini menjadi tetamu duyufurahman di Makah.

5.Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui hikmah dan kepentingan disebalik sesuatu pensyariatan. Justeru, sebagai seorang hamba-Nya yang Muslim, maka wajiblah setiap perintah-Nya dilaksanakan manakala setiap larangan-Nya hendaklah dijauhi mengikut kemampuan tanpa perlu dipersoalkan kenapa ianya disyariatkan.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

15hb Jun 2023
26hb Zulkaedah 1444H
https://youtube.com/shorts/VgaX2eWCJmQ?feature=share
--- 
#‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #1Hari1Hadis #Hadis10Saat ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#Samsung‬ ‎#DJI #Fujifilm #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #IniStyleKita

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam