The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Allah Mencintai Sifat Lemah Lembut


The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Allah Mencintai Sifat Lemah Lembut

عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَا عَائِشَةُ إِنَّ اللَّهَ رَفِيقٌ يُحِبُّ الرِّفْقَ وَيُعْطِي عَلَى الرِّفْقِ مَا لَا يُعْطِي عَلَى الْعُنْفِ وَمَا لَا يُعْطِي عَلَى مَا سِوَاهُ

Daripada Aisyah RA isteri Nabi SAW bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah itu Maha Lembut. Dia mencintai sikap lemah lembut. Allah akan memberikan pada sikap lemah lembut sesuatu yang tidak Dia berikan pada sikap yang keras dan juga akan memberikan apa-apa yang tidak diberikan pada sikap lainnya."
 (Sahih Muslim No: 4697) 
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya.

2.  Allah mencintai orang yang memiliki sikap lemah lembut sama ada dalam pertuturan, penulisan juga perbuatan.

3.  Sifat berlemah lembut dan santun akan melahirkan kasih sayang

4.  Allah tidak akan memberi sikap berlemah lembut kepada orang yang memiliki sikap keras.

5.  Sikap keras dan kasar akan menyebabkan orang menjauh dari kebenaran. Dalam berdakwah, Allah tetap memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun agar menasihati Firaun dengan lemah lembut. Allah Ta’ala berfirman,

فَقُولَا لَهُۥ قَوۡلٗا لَّيِّنٗا

“Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut.” (Thaha: 44)

Setiap kita perlu bersifat lemah lembut dengan orang lain sama ada dalam pertuturan, penulisan mahupun perbuatan. Berusaha menghindari sifat keras atau kasar dalam setiap tindak laku kita. 

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

28hb Nov  2022
03hb Jamadil Awal 1444H
https://youtube.com/shorts/HTo2ypoQy2k?feature=share
--- 
#‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam