The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jawatan Adalah Amanah


The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jawatan Adalah Amanah

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا تَسْتَعْمِلُنِي قَالَ فَضَرَبَ بِيَدِهِ عَلَى مَنْكِبِي ثُمَّ قَالَ يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيفٌ وَإِنَّهَا أَمَانَةُ وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ إِلَّا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا

Daripada Abu Dzar RA dia berkata, saya berkata, "Wahai Rasulullah SAW, tidakkah anda menjadikanku sebagai pegawai (pejabat)?" Abu Dzar berkata, "kemudian baginda menepuk bahuku dengan tangan baginda seraya bersabda: "Wahai Abu Dzar, kamu ini lemah (untuk memegang jawatan) padahal jawatan merupakan amanah. Pada hari kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi sesiapa yang mengambilnya dengan haq dan melaksanakan tugas dengan benar." 

(HR Muslim No: 3404) 
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Jawatan adalah suatu tanggungjawab dan amanah (taklif), bukan satu kemuliaan atau kebanggaan. 

2.  Segala amanah dan tanggungjawab yang diterima akan disoal di hari kiamat. Menteri, wakil rakyat memiliki tanggungjawab yang besar untuk membawa kesejahteraan rakyatnya tanpa mengira kelompok dan golongan. Seorang suami memiliki tanggungjawab besar menafkahkan isteri dan mendidik serta membesarkan anak-anak menjadi keluarga soleh dan diredhai Allah.

3.  Apabila kita tidak berlaku adil dan tidak mampu mewujudkan kehidupan yang lebih baik bagi pihak yang kita pimpin, maka janganlah sekali-kali kita biarkan amanah jawatan tersebut. Apabila seorang wakil rakyat tidak mampu melaksanakan amanah untuk membawa kehidupan rakyatnya menuju kesejahteraan dan keadilan, maka gantikanlah dengan yang lebih baik dan beramanah. Amanah adalah sesuatu yang ringan disebut namun berat untuk dilaksanakan. 

4.  Mereka yang hanya merebut pangkat dan kedudukan untuk kemuliaan dunia demi harta dan kehormatan, akan menyesal di hari kiamat kelak.

5.  Semoga kita tidak menjadi hina disisi Allah dengan menyalahgunakan  jawatan yang diperolehi hasil kepercayaan orang ramai.  Berusahalah menunaikan tanggung jawab dengan bersungguh-sungguh kerana jawatan adalah suatu amanah.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#TeguhBersama
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

21hb Okt  2022
24hb Rabiul Awal 1444H
https://youtube.com/shorts/yeAIPOvVn9w?feature=share
--- 
#‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam