AidilAdha 2021 : Tarikh Melihat Anak Bulan


AidilAdha 2021 : Tarikh Melihat Anak Bulan. Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidiladha adalah pada petang Sabtu, 10 Julai bersamaan 29 Zulkaedah menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah iaitu Hari Raya Aidiladha yang ditetapkan melalui radio dan televisyen. 

Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab. Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan untuk melihat anak bulan Zulhijah pada petang hari tersebut di 28 lokasi di seluruh negara. Lokasi tersebut adalah :

1. Pontian Kecil
2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, 
3. Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, 
4. Bukit Melawati, Kuala Selangor
5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat 
6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak
8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, 
9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi 
11. Menara Alor Setar 
12. Bukit Besar, Kuala Terengganu
13. Bukit Geliga, Kemaman
14. Pulau Perhentian, Besut 
15. Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Mukim Merang, Setiu, Terengganu 
16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh 
17. Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai 
18. Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Kota Bharu
19. Esplanade Luak, Miri 
20. Teluk Bandung, Kuching
21. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan
22. Bukit Tanjong Batu, Nenasi
23. Gunung Berinchang, Cameron Highlands 
24. Bukit Pelindong, Kuantan
25. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah
26. Menara Kuala Lumpur
27. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya 
28. Menara Pandang, Masjid Al-Hussain Kuala Perlis

**Cutoff foto dari internet dan video dari RTM

--- 
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam