PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO SUKMA JOHOR 2020


PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO SUKMA JOHOR 2020. Sekretariat SUKMA Johor 2020 menjemput semua warganegara Malaysia untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo yang akan menjadi Logo Rasmi SUKMA 2020 dan identiti serta tanda pengenalan untuk digunapakai dalam semua aktiviti yang melibatkan temasya SUKMA Johor 2020. Muat turun syarat penuh dan borang penyertaan di pautan http://go.johor.my/sukma

SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN

  1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun dan ke atas.
  2. Peserta hanya boleh menghantar maksimum TIGA (03) penyertaan sahaja. Walaubagaimanapun, hanya satu logo akan dipilih sebagai pemenang.
  3. Semua penyertaan yang diterima oleh Sekretariat adalah hak milik Sekretariat SUKMA Johor 2020, dan Sekretariat berhak untuk meminda atau mengubahsuai ke atas logo yang terpilih bagi tujuan aplikasi dan cetakan sama ada di Media Cetak, Media Elektronik serta Media Sosial.

SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO

  1. Ciptaan dan reka bentuk mestilah baharu dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga.
  2. Penyertaan akan terbatal sekiranya hasil karya yang dikemukakan didapati tidak asli atau diciplak dari mana-mana karya tempatan mahupun dari luar negara.
  3. Peserta hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas setiap rekabentuk seperti logo, simbol dan warna yang digunakan.
  4. Reka cipta hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya DUA (2) warna tetapi tidak melebihi LIMA (5) warna. 
  5. Semua reka cipta hendaklah asli dan bersifat dinamik yang melambangkan transformasi sukan di negeri Johor sebagai satu agenda pembangunan di Johor dan seterusnya menyumbang serta memangkin kemajuan sukan di Malaysia.
  6. Berikut adalah elemen – elemen wajib yang perlu disertakan di dalam logo:
    • Belia / Millennial
    • Bertenaga
    • Inspirasi
    • Perpaduan
    • Sejagat
    • Bangsa Johor

PANEL PENILAI

  1. Penilaian akan dibuat oleh satu jawatankuasa penilai yang dibentuk berasingan.
  2. Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh panel penilai. Panel penilai berhak untuk membatalkan penyertaan pada mana-mana peringkat pertandingan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan.
  3. Logo yang terpilih akan digunapakai dan menjadi hak milik Sekretariat SUKMA Johor 2020.
  4. Para peserta dianggap bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan melalui penyertaan yang dihantar dan tidak boleh membuat sebarang tuntutan kepada pihak penganjur.
  5. Penganjur berhak mengguna semula, menerbit atau mempamerkan penyertaan di dalam apa jua bentuk media atau medium sama ada tempatan atau antarabangsa tanpa notis atau pembayaran kepada para peserta.

HADIAH PERTANDINGAN
Hanya SATU (1) reka bentuk logo sahaja akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini.
Pemenang akan menerima hadiah wang tunai berumlah RM3,000.00 beserta SIJIL PENGHARGAAN. Majlis penyampaian hadiah dan pelancaran rasmi logo akan dilakukan
dalam satu majlis yang akan dimaklumkan kemudian.

TEMPOH PERTANDINGAN

  1. Penyertaan boleh dihantar bermula pada Isnin, 15 Julai 2018 dan penyertaan ditutup tepat jam 12.00 tengah hari pada Selasa, 31 Julai 2018.
  2. Penyertaan lewat tidak akan diterima.

PENGHANTARAN PENYERTAAN

  1. Semua penyertaan hendaklah menggunakan Borang Penyertaan yang disediakan dan dihantar melalui email menggunakan format AI (Adobe Illustrator) atau JPEG dengan resolusi minimum 1280 x 960.
  2. Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang yang berasingan.
  3. Sila hantarkan penyertaan anda kepada Sekretariat SUKMA 2020 melalui email kepada sukma@johor.gov.my.

--- 
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Unknown berkata…
keputusan pertandingan logo sukma johor bila keluar?

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam