Sultan Johor Titah Pelaksanaan CBP Harus Sentiasa Dikaji

Sultan Johor Titah Pelaksanaan CBP Harus Sentiasa Dikaji


JOHOR BAHARU, 7 Mei (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim menegur kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) ke atas perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat.

"Saya minta kerajaan negeri dan PBT supaya tidak mengenakan CBP terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat dan meminta pengecualian daripada kerajaan persekutuan," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan ketiga Dewan Undangan Negeri Johor ke-13, di sini Khamis.

Baginda bertitah adalah tidak masuk akal untuk mengenakan CBP ke atas perkhidmatan sedemikian memandangkan perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab asas kepada rakyat dan tidak wajar ia menjadi beban kepada rakyat.

Pelaksanaan CBP yang bermula sebulan lepas juga harus sentiasa diteliti dan dikaji mengikut kesesuaian keadaan, titah baginda.

Mengenai pelaksanaannya, baginda bertitah kajian mendalam telah pun dibuat oleh kerajaan persekutuan sebelum sistem percukaian itu diluluskan, demi kepentingan kerajaan dan rakyat juga.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek dilaporkan sebagai berkata seramai 2,405 pegawai dan anggota penguat kuasa kementerian itu dibekukan cuti sejak sebulan lepas bagi memastikan setiap aduan mengenai pelaksanaan CBP diambil tindakan.

KPDNKK turut melantik 427 orang anggota penguat kuasa baru-baru ini untuk memantau aduan orang ramai.

Setakat 30 April, KPDNKK telah mengeluarkan 1,026 notis menerusi Ops Catut membabitkan kesalahan menaikkan harga barang.

Persidangan DUN akan bermula Ahad ini hingga 18 Mei.

Turut berangkat ke majlis perasmian ialah Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim.

-- BERNAMA

Foto dikongsi daripada FB : https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam