Catatan

All the best, be the best Iqa

Imej
All the best, be the best Iqa. Lama tak nulis dalam blog. Juga lama tak kemas dropbox. Gambar ni bertarikh 24 Ogos. Hantar iqa semula ke asrama. Atuk yang hantarkan bersama mama due to masalah kesihatan aku. Sampai sekarang memang perhubungan kami hanya menerusi phone. Hantar barang pun semua menerusi pos sahaja. Dah SOPnya gitu kita follow aje la. Minggu ni bermula percubaan SPM iqa. Semoga dipermudahkan segala urusan untuknya. All the best and be the best!

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0

Imej
BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0. BPN 2.0 adalah salah satu bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat akibat kesan pandemik COVID-19. Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan. Penerima BPN 2.0 adalah penerima yang telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini.  Penerima yang layak menerima BPN 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my. Permohonan baharu BPN 2.0 boleh dibuat mulai 15 Oktober 2020. Anda tidak perlu memohon BPN 2.0 sekiranya telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini. Pembayaran BPN 2.0 adalah seperti berikut : Pembayaran BPN 2.0 adalah seperti berikut: i. Fasa Pertama – penghujung Oktober 2020 ii. Fasa Kedua – Januari 2021 ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Sams

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Isi semula on 19 September 2020. Petronas Nusa Perintis. Actually ni dah kali kedua pengisian. Sebelum ni atuk yang isi masa hantar iqa ke STF itu hari. So, rekod tak reset semula. RM51.92, 31.275 liter bawak ke 550.4 km

Semakan Keputusan Biasiswa Perguruan Persekutuan, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2020

Imej
Semakan Keputusan Biasiswa Perguruan Persekutuan, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2020. Sila layari pautan berikut untuk melakukan semakan keputusan: http://epenawaran.moe.gov.my ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Pengarah Pendidikan Negeri Johor : Tahniah! Cikgu Haji Shaharuddin bin Saari

Imej
Pengarah Pendidikan Negeri Johor : Tahniah! Cikgu Haji Shaharuddin bin Saari. Berkuatkuasa 7 September 2020, Cikgu Haji Shaharuddin bin Saari telah dilantik sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Johor yang baharu. Tahniah! Semoga cikgu akan meneruskan kecemerlangan dalam menerajui pendidikan negeri Johor. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2020

Imej
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2020 kepada semua pengunjung blog. Sesungguhnya, keharmonian dan kesejahteraan yang di kecapi sejak sekian lama wajar dipelihara dan dikekalkan agar dapat terus dikecapi oleh generasi akan datang. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak. Hari Mal

Program Pembangunan Ekonomi Komuniti Perbadanan Usahawan Johor

Imej
Program Pembangunan Ekonomi Komuniti Perbadanan Usahawan Johor menawarkan geran sehingga RM 45,000.00 merangkumi kos menaik taraf infrastruktur, pembelian mesin/ peralatan, latihan dan kursus kemahiran asas berkaitan projek yang dicadangkan. Projek/Perniagaan dicadangkan haruslah yang memberikan impak yang besar kepada pertumbuhan ekonomi komuniti dan mempunyai nilai tambah dan nilai pengganda yang tinggi. Program terbuka kepada semua Penduduk Tetap Negeri Johor atau mereka yang telah bermastautin di negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut dan berumur 18 hingga 65 tahun semasa memohon. Pemohon telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan. Borang permohonan harus dikembalikan selewatnya pada 30 September 2020 (Rabu) sebelum jam 4.00 petang. Maklumat lanjut sila layari http://tiny.cc/ekonomikomuniti ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJC

Semakan Panggilan Pentaksiran bagi Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) Ambilan Tahun 2021

Imej
Semakan Panggilan Pentaksiran bagi Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) Ambilan Tahun 2021 boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) NPQEL. Semakan ini boleh dilaksanakan secara berperingkat mulai 11 September hingga 23 Oktober 2020 . Sila layari https://tls.moe.gov.my ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Pelaksanaan Pendidikan Keselamatan Jalan Rava Peringkat Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Mulai Tahun 2021

Imej
Pelaksanaan Pendidikan Keselamatan Jalan Rava Peringkat Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Mulai Tahun 2021 di semua institusi yang melaksanakan pendidikan prasekolah. Perkara ini adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya Bil. 1 /2016 bertarikh 18 April 2016 supaya PKJR diperkenalkan kepada murid bermula dari peringkat prasekolah. PKJR peringkat prasekolah bermatlamat untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran asas tentang keselamatan jalan raya bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya berhemah serta menghormati hak pengguna jalan raya yang lain. Muat turun surat siaran melalui pautan  https://www.moe.gov.my/muat-turun/pekeliling-dan-garis-panduan/surat-siaran/3677-surat-siaran-kementerian-pendidikan-malaysia-bilangan-10-tahun-2020-pelaksanaan-pendidikan-keselamatan-jalan-raya-peringkat-prasekolah-kementerian-pendidikan-malaysia-mulai-tahun-2021/file Maklumat lanjut dan muat turun buku melalui pautan http://www.pkjr.gov.my/

Jenjalan Cari Makan : Al Mizan Satay House, Bandar Baru UDA

Imej
Jenjalan Cari Makan : Al Mizan Satay House, Bandar Baru UDA. Petang ni meronda jap ke Plaza Angsana. Ada benda nak dicari untuk persediaan mock interview iqa nanti. Aku lepak depan pintu masuk park atas aje. Dengar la hiburan dari karaoke kat belakang aku tu. Alang-alang aku bawak sekali jam casio lama aku tu. Ganti bateri. Ingatkan nak bagi kat iqi pakai. Cumanya. Lupa pulak nak pesan kat mama untuk buang dua mata pada tali jam tu. Len kali la. Sedo sedo dekat dua jam jugak aku lepak kat depan ni nahan telinga. Selesai kat sini kami gerak ke Al Mizan Satay House. Sesekali kan. Aku amik nasi goreng al mizan. Banyak tul portion dia. Nasi goreng. Telur. Ayam masak merah. Sate dua cucuk. Mama pulak amik Mee hot plate. Penuh sarat dengan seafood. Ada telur juga. Siap tambah lagi tiga cucuk sate dan satu ketupat sebab mama kata dia boleh abiskan. Air amik biasa biasa aje. Pergghhhh. Penuh perut petang ni. Alhamdulillah. Memang dedua portion banyak. Memang puas hati.