Catatan

Sekolah Tun Fatimah : 20190105 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190105 Lawatan Hujung Minggu. Singgah jap lunch bersama. Tahun ni iqa a bit sibuk. Pengawas, high comm, VEX. So. Tokleh lelama. Tokleh selalu sangat dah macam sebelum ni. All the best iqa!

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 9 Disember. Isi semula on 5 Januari. Hasil RM61.95 for 348.7 km melibatkan 32.098l minyak. 28 hari. Lebih kurang 11km per liter. Harga minyak dah turun. Harga barang? Takde sapa nak turunkan? Kita tunggu la nanti bila minyak naik, harus la masa tu semua pakat buat alasan harga minyak naik jugak kan.

Ici

Imej
Ici. Sekarang ni tengah pantang, pantang nampak kamera. Kekeke. Layan aje ler. Boboiboy katanya.

JPN Johor : 3 kehilangan dalam seminggu

Imej
JPN Johor : 3 kehilangan dalam seminggu. Awal Januari ni sahaja 3 kehilangan yang aku tempuhi. 2 bersara pilihan dan satu ditukarkan. 1 Januari, encik suhaimi; rakan lama sejak masuk JPN. Hari Isnin sempat menjamah jamuan khas di bilik dia. 2 Januari, puan Zulikha; rakan bersuara emas yang sentiasa jadi pilihan untuk majlis-majlis besar jabatan selama ni. 3 Januari, puan Besek, rakan sektor yang ditukarkan ke SPR. Tak dapat aku nak hadir ke majlis khas besek walau dari awal dah rancang dengan baik. Semoga ketiga-tiga sentiasa dirahmati dan selamat maju jaya dengan persekitaran baharu. All the best!

SK Pendas Laut : Lawatan Kunjung Bantu ICT

Imej
SK Pendas Laut : Lawatan Kunjung Bantu ICT. So. Tahun ni kami akan lebihkan lawatan kunjung bantu, sokongan kepada sekolah secara terus terutama dalam bidang ICT dan pengurusan data. Sekolah Kebangsaan Pendas Laut adalah yang pertama antaranya di Johor Bahru ni. Alhamdulillah. Dapat penyelesaian untuk sekolah ni. Lebih kepada reconfigure semula router dia actually. Cikgu ICT memang mantap membuat perancangan pengurusan ICT sekolah. All the best!

Jenjalan Cari Makan : Gerai Mee Udang Tiram Duku

Imej
Jenjalan Cari Makan : Gerai Mee Udang Tiram Duku. Pagi ni meronda kejap ke SK Pendas Laut untuk kunjung hormat dan melihat isu internet di sekolah tersebut. Singgah jap bersarapan di sini. Apa gamaknya aku nak makan ye. Semua makanan di sini berasaskan udang aje. At last aku minta Mihun sup telur aje. Alhamdulillah. Air. Macam biasa. 4 rasa. Sirap selasih laici lemon. Kekeke. Dah selesai sarapan baru kami gerak ke sekolah.

Home Sweet Home Renovation : 20190101 Topup

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20190101 Topup. Awning luar dah siap pasang. Tambak tanah sikit.

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2019 : Lawatan Pemeriksaan - Kukup

Imej
Hari Pertama Persekolahan Sesi 2019 : Lawatan Pemeriksaan - Kukup. Hari ni aku dipertanggungjawabkan ke SMK Telok Kerang secara rasmi. Semalam lagi aku dah rancang sebab dah alang-alang kena kat kukup, aku nak gi sekolah lain yang dah lama aku nak pergi, SJKC Chi Mang. Sekolah atas pelantar kat Kampung air masin, Kukup. Apa pun. Kita gerak ke Telok Kerang dulu. Semalam dah survey google map. Ikut jalan yang aku tak pernah lalu, jalan kat pekan nenas tu. Terus aje potong sampai ke Teluk Kerang. Siap terlajak gitu sebab tak biasa. Hehehe. Masuk. Kebetulan murid pendidikan khas sedang berkumpul untuk masuk ke kelas, aku singgah sini dulu. Jumpa pengetua, cikgu Azizah dan ronda satu sekolah. Tengok design ja dah kembali nostalgia Tunku putera. Tanya. Sekolah tahun 60an ya. Sahih. Design ni memang design sekolah tahun 60an. Alhamdulillah. Semua dalam keadaan baik dan lancar. Selesai. Gerak ke PKG Kukup sebelum gerak ke SJKC Chi Mang. Bincang dengan en Sani, jumpa satu isu talian inte

Kembali Ke Sekolah 2019

Imej
Kembali Ke Sekolah 2019. Hari pertama persekolahan. Alhamdulillah. Semua anak dah bersekolah. Ici kat KEMAS, Iqi dah jadi pengawas. Antara aduan masa balik, tak nak jadi pengawas sebab leher rimas. Hehehe. Angah dah sekolah menengah. Iqa jer takde sebab dia kat asrama. All the best to all! Mama je takde sebab masih bercuti sakit.

Jom Jenjalan : Paradigm Mall, Johor Bahru

Imej
Jom Jenjalan : Paradigm Mall, Johor Bahru. Singgah sini jap untuk beli baki barang iqa. Leh tahan la jugak tempat dia. Sempat layan pesta barangan doraemon. Ici punya la takut nak bergambar. Dari atas berani je ajak. Sekali dah masuk...