Catatan

Acer Aspire Switch 10E : Reconfiguring

Imej
Acer Aspire Switch 10E : Reconfiguring. Hari ni baru rasa ketenangan. Banyak keseronokan melanda semalam. Ceria habis hari ni. Masa ni la aku terasa nak resetting my old buddy. Tablet laptop yang ramai orang jeles nengok bila aku kelek ke mana-mana. Maybe a bit stress jugak sebab aku macam tak dapat nak cari lagi kelebihan apa yang dapat dibuat dengan iPad Mini 2 tu. Banyak benda yang dah obselete sebab tokleh nak upgrade ke iOS latest. Paling tinggi iOS9i je. Sadis tul. At last aku memang beralih ke Windows atau Android jugak la nampaknya. Welcome back adik Switch Pinky. Yeahhhaaa!!! Dah setel OS. Tinggal nak setting apps aje.

Adab dan Sunat Puasa : Sahur

Imej
Adab dan Sunat Puasa : Sahur. Alhamdulillah. Dapat bersahur pagi ni bersama-sama semua. Telefon atuk dan nenek di Kedah sekali sebelumnya. Tunggu penghujung baru kita mula bersahur bersama. Sahur merupakan amalan sunnah dan berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa. JAKIM turut mengeluarkan satu panduan amalan sepanjang Ramadan. Bagi yang berminat boleh muat turun melalui pautan berikut : http://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/Panduan_Amalan_di_Bulan_Ramadhan.pdf --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Dakwal Kekal : 20180515 Day 6

Imej
Dakwal Kekal : 20180515 Day 6. Dah clear dah semua pada kulit. Tinggal pada kuku ja lagi. Kita tungguu... Sesambil dok layan kerja dengan gajet berderet pun sempat lagi tu. Kui kui kui.

Salam Ramadan 1439 Hijrah | 2018

Imej
Salam Ramadan 1439 Hijrah | 2018. Selamat menjalani ibadah di sepanjang Ramadan, bulan yang penuh keberkatan, rahmat dan keampunan ini. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

SIARAN MEDIA : KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA - PENGENAAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN PADA KADAR SIFAR

Imej
SIARAN MEDIA : KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA - PENGENAAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN PADA KADAR SIFAR Kementerian Kewangan telah menetapkan bahawa bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di dalam Malaysia serta barang dan perkhidmatan yang diimport yang dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan ( Goods and Services Tax – GST ) pada kadar standard 6% akan dikenakan GST pada kadar sifar (0%) . Langkah pengenaan GST pada kadar sifar ini berkuatkuasa mulai 1 Jun 2018 dan terpakai di seluruh negara sehingga dimaklumkan kelak . Penetapan tersebut tidak meliputi barang dan perkhidmatan yang disenaraikan di Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 yang kekal dikecualikan dari GS T . Sehubungan itu, semua peniaga yang berdaftar perlu mematuhi penetapan pengenaan kadar sifar ini. Pada masa yang sama, peniaga yang berdaftar juga masih tertakluk kepada semua peraturan semasa yang ditetapkan antaranya berkenaan pengeluaran inbois cukai , penghantaran penyata

Sekolah Tun Fatimah : 20180516 Outing Bermalam Awal Ramadan

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180516 Outing Bermalam Awal Ramadan. Kali ni a bit awkward. Biasanya kan aku amik iqa hari Khamis. Jam 3.30 lepas waktu kerja terus ke sana. Kali ni amik waktu kerja biasa. 5.00 petang. Tu pun lajak sikit pasal dok uruskan emel segala sijil bukti aku dah setel kursus Business Analytics. Hehehe. Sampai aje iqa dah tunggu kat pejabat warden. Terus packing masuk dan gerak balik. Alhamdulillah. Banyak dapat selesai hari ni. Suka tul hati ni.

Panduan Sembahyang Sunat Tarawih JAKIM

Imej
Panduan Sembahyang Sunat Tarawih JAKIM. Setiap tahun, kita umat Islam berpuasa dalam bulan Ramadhan yang mulia. Selama itulah juga kita dapati di mana-mana saja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia memeriahkan malam-malam bulan yang mulia ini dengan ibadat sembahyang sunat Tarawih, sunat Witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan. Oleh itu supaya kita sama-sama dapat menghidup dan memeriahkan malam-malam yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah SWT dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul Qadr” seperti yang jelas dari fi rman Allah SWT pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud: “Malam Lailatul Qadr itu lebih baik dari seribu bulan yang lain” dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: “Barang siapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu” Maka eloklah kita mengetahui at

10 EXCO KERAJAAN NEGERI JOHOR ANGKAT SUMPAH

Imej
10 EXCO KERAJAAN NEGERI JOHOR ANGKAT SUMPAH. Masa makan tengahari dah dapat dokumen penuh secara tak rasmi. Alhamdulillah. Nampak kena. So. Ni aku just share daripada lidah rasmi ye. Tahniah dan semoga tanggungjawab yang diberikan dilaksanakan dengan sebaiknya untuk Bangsa Johor. Seramai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (EXCO) hari ini (16 Mei) mengangkat sumpah di hadapan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Berangkat sama, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, dan paduka-paduka anakanda yang lain. Hadir sama, Menteri Besar Johor, Dato' Osman Sapian. Majlis Istiadat Mengisytiharkan Pelantikan Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu berlangsung di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor Bahru pada jam 10.30 pagi. Pada Sabtu lalu (12 Mei), Dato' Osman telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-16 di hadapan Tuanku Sultan Ibrahim di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene,

Jenjalan Cari Makan : 20180516 Nasi Ambeng Mat Corner

Imej
Jenjalan Cari Makan : 20180516 Nasi Ambeng Mat Corner. K. Masa terakhir untuk makan tengahari secara terbuka dengan sah. Mus milih tempat ni sebagai port tengahari ni. Layan aje ler. Yang aku perasan. Dia punya signboard sudah kasi upgrade. Walau barisan panjang tapi kejap aje diaorang kontrol. Makin mantops. Terbaeekkk!!!!

SMK Taman Nusajaya : Sambutan Hari Guru 2018

Imej
SMK Taman Nusajaya : Sambutan Hari Guru 2018. Sakan ye mama kat sekolah hari ni. Happy nampaknya. So. Aku share je ye apa yang ada dari henpon mama ni. Selamat Hari Guru, Terima Kasih Cikgu! Kali ni deme bawak tema arabian night la puloks.