Catatan

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jadilah Orang Yang Bertaubat Dengan Solat Sunat Dhuha

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jadilah Orang Yang Bertaubat Dengan Solat Sunat Dhuha عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ  قَالَ : قَالَ : رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لاَ يُحَافِظُ عَلَى صَلاَةِ الضُّحَى إِلاَّ أَوَّابٌ قَالَ : وَهِيَ صَلاَةُ الأَوَّابِينَ. Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah menjaga solat Dhuha melainkan awwab (orang yang kembali taat). Inilah solat awwabin.” (HR. Ibnu Khuzaimah No: 1224) Status: Hadis Hasan dalam Shahih At Targhib wa At Tarhib 1: 164). Pengajaran: 1.  Orang yang memelihara solat sunat Dhuha tergolong dari kalangan orang yang bertaubat dan kembali kepada Allah. 2.  Imam Nawawi berkata, “Awwab adalah muthii’ (orang yang taat). Ada pula ulama yang mengatakan bahawa maknanya adalah orang yang kembali taat” (Syarh Shahih Muslim, 6: 30). Peliharalah solat sunat Dhuha setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hamba yang diampuni Allah. #Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#

Home Sweet Home : 20171028 Lepak lepak santai

Imej
Home Sweet Home : 20171028 Lepak lepak santai. 28 Oktober. Pakat lepak reramai nengokkan pak cik sarip kerjakan pokok kelapa. Tempat tu kini dah jadi bilik air sementara kami. Paling suka si ici la. Seronok dapat lepak kat luar rumah main pak atan dia. Pak Atan tu gelaran untuk back hoe bagi ici. Siap dia amikkan sorang satu bagi kat kakak dan abang dia untuk main sesama. Tapi. Ofcoz la dia paling sakan main kan.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Allah Bersama Hakim Yang Adil

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Allah Bersama Hakim Yang Adil عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الْقَاضِي مَا لَمْ يَجُرْ فَإِذَا جَارَ تَخَلَّى عَنْهُ وَلَزِمَهُ الشَّيْطَانُ Dari Abdullah bin Abu Aufa ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah bersama seorang hakim selama ia tidak berbuat zalim, namun jika ia berbuat zalim maka Allah akan menjauhinya dan syaitan yang akan menyertainya."  (Sunan Tirmidzi NO: 1251) Status: Hadis Hasan Pengajaran: 1.  Islam mengajar pentingnya prinsip keadilan dalam menghukum juga dalam kepimpinan. 2.  Allah bersama dengan hakim selama ia berlaku adil dan tidak berbuat kezaliman 3.  Allah tidak akan bersama dengan para hakim yang tidak adil dan berlaku zalim malah Syaitan akan menjadi teman yang akan bersama dengannya. 4.  Bila syaitan menjadi temannya maka akan berlakulah kezaliman berterusan, korupsi, nepotisme, penyelewengan dan

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Allah Merahmati Orang Yang Pengasih

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Allah Merahmati Orang Yang Pengasih  سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  إِنَّمَا يَرْحَمُ اللَّهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ Dari Saad bin Ubadah, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah hanya merahmati hamba-hambaNya yang pengasih" HR Bukhari No: 1284 Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Sifat penyayang dan pengasih adalah dituntut pada setiap Muslim 2.  Allah hanya merahmati Muslim yang memiliki sifat kasih sayang kepada makhluk bukan hanya sesama Muslim malah kepada bukan Islam juga makhluk lain seperti binatang. 3.  Antara contoh sifat kasih sayang ialah memaafkan orang lain, menolong orang yang dalam kesusahan seperti ditimpa musibah banjir, membantu orang yang sedang kesempitan, memberi makan orang yang kelaparan serta mengunjungi orang sakit. 4.  Janganlah kerana kebencian kita kepada seseorang menyebabkan hilang sifat belas kasihan kita kepada makhluk dan kita tidak berlaku

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Kelebihan Solat Sunat Dhuha عَنْ نُعَيْمِ بْنِ هَمَّارٍ الْغَطَفَانِيِّ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ يَا ابْنَ آدَمَ لَا تَعْجِزْ عَنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ أَكْفِكَ آخِرَهُ Dari Nu'aim bin Hammar Al Ghothofani bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah Azzawajalla berfirman; Wahai anak Adam, janganlah engkau tinggalkan empat rakaat solat di awal siang (di waktu Dhuha) nescaya Aku akan mencukupimu pada petang harinya'." (HR Ahmad No: 21431)  Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Allah memberi kelebihan kepada hambanya yang meraikan waktu yang penting (waktu dhuha) dengan mendirikan solat sunat dhuha. 2.  Orang yang melaksanakan solat sunat Dhuha empat rakaat akan diberikan kecukupan padanya. Antaranya: a.  Solat Dhuha akan menyelematkan pelakunya dari pelbagai perkara yang membahayakan. Juga dimaksudkan bahawa solat Dhuha dapat menj

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Golongan Yang Dijauhi Dari Syurga

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Golongan Yang Dijauhi Dari Syurga عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ خَبٌّ وَلَا بَخِيلٌ وَلَا مَنَّانٌ وَلَا سَيِّئُ الْمَلَكَةِ وَأَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ الْمَمْلُوكُ إِذَا أَطَاعَ اللَّهَ وَأَطَاعَ سَيِّدَهُ Dari Abu Bakar Ash Shiddiq RA dari Nabi SAW, beliau bersabda: "Tidak akan masuk syurga seorang penipu, orang yang bakhil, orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya dan pemimpin yang berperangai buruk. Orang yang pertama kali akan masuk syurga adalah hamba  yang taat kepada Allah dan kepada tuannya (majikannya)." (HR Ahmad No: 32) Status: Isnad Maqbul Pengajaran: 1.  Rasulullah SAW memberi amaran kepada umatnya dengan ancaman tidak akan masuk syurga kepada mereka yang mempunyai diri-ciri berikut: a.  Orang yang menipu إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِي مَنۡ هُوَ مُسۡرِفٞ كَذَّابٞ ٢٨  Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat

JDT juara Piala Malaysia 2017

Imej
JDT juara Piala Malaysia 2017. Johor Darul Ta'zim (JDT) menamatkan kemarau 25 tahun selepas menjulang Piala Malaysia 2017 dengan menundukkan Kedah 2-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung  di Stadium Shah Alam. Pasukan Harimau Selatan bermula garang selepas memperoleh gol pertama seawal minit ke-2 hasil tandukan pemain pertahanan Mohamad Aidil Zafuan Razak. Sekali lagi JDT merobek gawang Lang Merah pada minit ke-62 menerusi jaringan Gonzalo Cabrera. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

KEMPEN HOUR OF CODE

Imej
KEMPEN HOUR OF CODE Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4 (2011-2020): Konsolidasi dan Kelestarian. Fokus Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah penambahbaikan secara sistemik melalui peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); dan penilaian murid berasaskan keberhasilan.  A. Hour of Code  Hour of Code merupakan kempen kesedaran (awareness campaign) yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran murid terhadap pengekodan (coding), pengaturcaraan dan sains komputer. Kempen ini adalah selari dengan pelaksanaan KSSR Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Semakan dan KSSM baru bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) dan Sains Komputer (SK), yang menerapkan elemen P

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Pemimpin Wajib Bekerja Bersungguh-sungguh Untuk Rakyat

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Pemimpin Wajib Bekerja Bersungguh-sungguh Untuk Rakyat عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَبِي الْمَلِيحِ  أَنَّ عُبَيْدَ اللَّهِ بْنَ زِيَادٍ عَادَ مَعْقِلَ بْنَ يَسَارٍ فِي مَرَضِهِ فَقَالَ لَهُ مَعْقِلٌ إِنِّي مُحَدِّثُكَ بِحَدِيثٍ لَوْلَا أَنِّي فِي الْمَوْتِ لَمْ أُحَدِّثْكَ بِهِ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ أَمِيرٍ يَلِي أَمْرَ الْمُسْلِمِينَ ثُمَّ لَا يَجْهَدُ لَهُمْ وَيَنْصَحُ إِلَّا لَمْ يَدْخُلْ مَعَهُمْ الْجَنَّةَ Dari Qatadah dari Abu al-Malih, bahawa Ubaidullah bin Ziyad mengunjungi Ma'qil bin Yasar ketika ia sedang sakit, Ma'qil kemudian berkata kepadanya, 'Sesungguhnya aku menceritakan kepadamu sebuah hadis, kalau bukan kerana aku berada di ambang kematian, nescaya aku tidak menceritakannya kepadamu. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak seorang pemimpin pun yang mengurus perkara kaum muslimin, kemudian dia tidak bersungguh-sungguh bekerja untuk mereka dan menasihatinya, kecuali

Sekolah Tun Fatimah : 20171027 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20171027 Lawatan Hujung Minggu. 27 Oktober. Sempat singgah dulu kat Uda. Tapau nasi ambeng. Beru gerak ke STF. Makan tengahari bersama kat kantin. Lama la sikit menyembang hari tu.