Catatan

Perbincangan Pengurusan Data Rasmi Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Bukan Pendidikan serta Anggota Kumpulan Pelaksana di Jabatan Pendidikan Negeri dan pejabat Pendidikan Daerah negeri Johor

Imej
Perbincangan Pengurusan Data Rasmi Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Bukan Pendidikan serta Anggota Kumpulan Pelaksana di Jabatan Pendidikan Negeri dan pejabat Pendidikan Daerah negeri Johor. Menarik perbincangan hari ni. Sangat menarik. Akhirnya dapat juga satu ketetapan yang baik untuk pengurusan data pegawai. Alhamdulillah. Terima kasih semua atas kerjasama 3 sektor yang bergabung berbincang. Tahniah. Semoga pengurusan data kita dapat dipertingkatkan ke satu tahap yang lebih baik.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Tidak Tergesa-gesa Menuju Ke Masjid

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Tidak Tergesa-gesa Menuju Ke Masjid عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ بَيْنَمَا نَحْنُ نُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ سَمِعَ جَلَبَةَ رِجَالٍ فَلَمَّا صَلَّى قَالَ مَا شَأْنُكُمْ قَالُوا اسْتَعْجَلْنَا إِلَى الصَّلَاةِ قَالَ فَلَا تَفْعَلُوا إِذَا أَتَيْتُمْ الصَّلَاةَ فَعَلَيْكُمْ بِالسَّكِينَةِ فَمَا أَدْرَكْتُمْ فَصَلُّوا وَمَا فَاتَكُمْ فَأَتِمُّوا Dari Abdullah bin Abu Qatadah dari bapanya ia berkata, "Ketika kami solat bersama Nabi SAW, baginda mendengar suara kecoh orang-orang. Maka setelah selesai, baginda bertanya: Apa yang terjadi pada kalian?” Mereka menjawab, “Kami tergesa-gesa menuju solat.” Rasulullah menegur mereka, “Janganlah kalian lakukan hal itu. Apabila kalian mendatangi solat maka hendaklah berjalan dengan tenang, dan rakaat yang kalian dapatkan solatlah dan rakaat yang terlewat sempurnakanlah" (HR Bukhari No: 599) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Adab me

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) : Dokumen dan lagu tema

Imej
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) : Dokumen dan lagu tema. Waahh. SKPMg2 pun ada lagu tema tau. Dokumen dan lagu tema SKPMg2 boleh dimuaturun melalui pautan berikut : Dokumen Lagu Tema Lagu Tema (Minus One) --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

SJCam : SJ4000 External Battery Charger

Imej
SJCam : SJ4000 External Battery Charger. Ni ler jadinya bila aku blank. Hahaha. Tu pun nasib baik. Kalau tak, adanya aku angkat lagi sebijik SJCam. Layan. Alang alang dah dok kat uda. Alang alang dah keluar klinik pun lewat. Singgah jap Ikhwan. Memang aku nak beli pun external battery charger ni. Hahaha. Dan memang dalam hati ada taman nak sebijik lagi SJCam. Tapi yang ni simpan dulu jauh di lubuk hati la kan. Yang penting beli external dulu. Best jugak. Takde la asyik pakai sebijik bateri aje. Ni boleh caj dua sekali. Ada lampu indicator. Kalau merah tengah caj. Setel dia akan tukar jadi hijau. Yang best. Ada dua penyambung power tu. Hahaha. Layan jangan tak layan. Sekali nampak headphone idaman mama. Angkat la sekali. Sekali sampai rumah. Inaz pun nak jugak. Adess... Lain kali yer dik. Kurang kurang bulan depan abah beli. Kekeke. Mata aku pun meliar je tadi. Banyak lagi aksesori tambahan boleh beli lagi ni untuk SJCam aku ni. Hahaha.

Poliklinik Bio-Sucinas : The verdict

Imej
Poliklinik Bio-Sucinas : The verdict. Tadi. Lepas je waktu kerja, langsung aku singgah uda. Nak amik result tempohari. Rasanya. Calon UPSR waima SPM pun tak gementar cam aku. Kekeke. Sekali masuk. Doktor senyum aje. Gout. Adesss. Bacaan darah aku 5.8. Dapat ubat untuk sebulan. Allopurinol. Makan masa tak sakit aje doktor pesan. K. Balik. Mula la carik pakcik google. Aku carik ubat dulu. Adess.. Bila baca tang side effect tu dah mula rasa tak best. Take each dose with a full glass of water. To reduce your risk of kidney stones forming, drink 8 to 10 full glasses of fluid every day, unless your doctor tells you otherwise. You may have gout attacks more often when you first start taking allopurinol. Haisshhh... Ni yang tak besh ni. Harap OK jer ler hendaknya. Aku dah telan dah ni haa.. Yang penting. Esok dah tokleh lupa lagi tertinggal aku nyer botol air tu ha. Dah seminggu deret aku tinggal aje. Hampes tul. Setel part tu. Aku search pulak bab bacaan tu. 5.8. Borderline. Hmmm...

Bengkel Penyelarasan Pentaksiran Kompetensi Dan Literasi Sains, Matematik dan Bacaan (PKLSMB) 2 di bawah Inisiatif Pembudayaan KBAT dalam Pembelajaran Abad Ke-21 Negeri Johor 2017

Imej
Bengkel Penyelarasan Pentaksiran Kompetensi Dan Literasi Sains, Matematik dan Bacaan (PKLSMB) 2 di bawah Inisiatif Pembudayaan KBAT dalam Pembelajaran Abad Ke-21 Negeri Johor 2017. Pagi tadi dijemput sama untuk menghadiri bengkel ni kat Dewan Seminar. Bagus jugak. Dapatlah tahu apa perkembangan terkini yang sedang berlangsung di sekolah secara terus. Yang lepas, kami dibelakang tabir aje. Seronok dan teruja. Memang satu usaha yang baik bagi memastikan murid kita tak terkejut bila menghadapi soalan TIMMS dan PISA yang sebenar kelak. Boleh tahan jugak soalan dia. Wow. Tahniah dan all the best pada semua murid Tingkatan 1 yang akan mula mengambil PKLSMB bermula minggu depan. Aku pun maybe turun ke beberapa sekolah untuk tengok pengurusan sekolah nanti. Maybe ye. Tungguu...

Penilaian Kendiri EKSA Zon 7

Imej
Penilaian Kendiri EKSA Zon 7. Perrgghh. Petang tadi sempat bersama dengan Fasilitator EKSA Zon 7 yang turut menanggung tugas JK Audit Zon 7. Ronda-ronda sambil membuat penilaian kendiri awal. Alhamdulillah. Banyak perkara yang dah nampak untuk ditambahbaik. All the best. Paling best sempat menjawab panggilan telefon beb. Ni baru namanya multitasking. Sambil menilai, sambil ninjau, sambil mikir, sambil melayan pelanggan, sambil selfie. Kui kui kui.

Raja Muda Kedah Dimasyhur Sultan Kedah Yang Baharu

Imej
Raja Muda Kedah Dimasyhur Sultan Kedah Yang Baharu. Raja Muda Kedah Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah yang ke-29 menggantikan Almarhum kekandanya, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Pemasyhuran itu dibacakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Istana Anak Bukit di sini hari ini setelah diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja. Almarhum Sultan Abdul Halim mangkat pada 2.30 petang semalam di istana tersebut. Perkara Sembilan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan pelantikan untuk menaiki takhta kerajaan negeri Kedah adalah ditetapkan Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja yang turut dianggotai menteri besar sebagai Yang Dipertua majlis berkenaan. Setelah dimasyhurkan, Pengelola Bijaya DirajaKetua Setiausaha Sulit Sultan Kedah Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah kemudiannya menghadap Tunku Sallehuddin untuk mengiringi baginda ke singgahsana yang terletak di Dewan Penghadapan. Syed Unan kemudiannya

Jenazah Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu' adzam Shah Selamat Disemadikan.

Imej
Jenazah Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu' adzam Shah Selamat Disemadikan. Jenazah Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah selamat disemadikan di Makam Diraja Langgar, petang ini. Almarhum Sultan Abdul Halim, 89, mangkat di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada pukul 2.30 petang semalam selepas memerintah Kedah selama 59 tahun. Jenazah Almarhum baginda disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit dari pukul 11 hingga 1.30 tengah hari bagi membolehkan rakyat dan orang kenamaan memberi penghormatan terakhir. Sebelum itu pada pukul 10.30 pagi, Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang mengimamkan solat jenazah di Dewan Penghadapan. Pada pukul 2.30 petang, pedati khas yang membawa jenazah Almarhum keluar meninggalkan Istana Anak Bukit dan tiba di Makam Diraja Langgar pada pukul 4 petang. Sebaik istiadat pemakaman selesai kira- kira pukul 4.45 petang , Syeikh Fadzil Awang dan Imam Besar Masjid Zahir, Datuk Syeikh Roslan Abdul Halim mengetuai bacaan talkin d

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Ganjaran Yang Sama Untuk Pergi dan Pulang Dari Masjid

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Ganjaran Yang Sama Untuk Pergi dan Pulang Dari Masjid عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ قَالَ كَانَ رَجُلٌ لَا أَعْلَمُ رَجُلًا أَبْعَدَ مِنْ الْمَسْجِدِ مِنْهُ وَكَانَ لَا تُخْطِئُهُ صَلَاةٌ قَالَ فَقِيلَ لَهُ أَوْ قُلْتُ لَهُ لَوْ اشْتَرَيْتَ حِمَارًا تَرْكَبُهُ فِي الظَّلْمَاءِ وَفِي الرَّمْضَاءِ قَالَ مَا يَسُرُّنِي أَنَّ مَنْزِلِي إِلَى جَنْبِ الْمَسْجِدِ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ يُكْتَبَ لِي مَمْشَايَ إِلَى الْمَسْجِدِ وَرُجُوعِي إِذَا رَجَعْتُ إِلَى أَهْلِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ جَمَعَ اللَّهُ لَكَ ذَلِكَ كُلَّهُ Dari Ubay bin Kaab katanya; Ada seorang lelaki yang setahuku tidak ada lagi yang lebih jauh (rumahnya) dari masjid, dan ia tidak pernah ketinggalan dari solat. Kemudian ada orang berkata padanya atau aku sendiri (Ubay) yang berkata padanya: "Bagaimana sekiranya kamu membeli keldai untuk kamu naiki ketika gelap atau ketika panas terik? Lelaki itu menjawab; "Aku tidak ingin rumahku berdekatan masjid,