Catatan

Brother MFC-J415W waste counter reset

Imej
Brother MFC-J415W waste counter reset. Pening jugak kepala aku. Langsung takleh print selagi tak clear out kan error ni. Mula la google sana sini. Alhamdulillah. Dapat jugak satu yang boleh setelkan isu ni. Isu ni timbul bila paparan "Ink absorber near full" keluar kat paparan LCD. Cara yang kita leh cuba untuk memastikan pronter boleh print semula adalah untuk reset semula waste counter. Kaedah: Tekan Menu diikuti *2864. Abaikan bunyi yang keluar bagi setiap nombor. Anda akan masuk ke Maintenance Mode. Tekan 80 dan gunakan butang Up/Down sampai jumpa Purge: xxxxx. xxxxx tu adalah bilangan purge counter. Tekan 2783 untuk reset semula waste counter. Paparan akan jadi Purge: 00000. Tekan butang Exit diikuti 99 untuk keluar daripada Maintenance Mode. Yihaaa... setel masalah --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬

Sekolah Tun Fatimah : 20170429 Majlis Anugerah Tun Fatimah

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170429 Majlis Anugerah Tun Fatimah. Pagi ni seawal jam 7.30 pagi dah keluar. Gi sarap dulu. Sebelum gerak ke STF untuk Majlis Anugerah Tun Fatimah. Iqa bertuah sebab seawal pembelajaran di sini, dia dah dapat rasa kemeriahan Majlis Anugerah berprestij di sini. Teruskan usaha dan cuba untuk terus sentiasa cemerlang di masa mendatang. Apapun. Yang tak best adalah... jarang la aku dapat tempat yang spoiled macam hari ni. Haishhh... Takpe. Lessons learned! Tahniah pada iqa dan semua yang diberi pengiktirafan pada hari ni.

Pelangi Senja

Imej
Pelangi Senja. Kelmarin. Masa aku tengah panas hati tu. Sambil sambil lepak. Tuhan bagi pelangi depan mata. Udah udah la marah tu. Seronok ici nengok. Terkinja kinja --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Masjid Sultan Ismail UTM Skudai : 20170428

Imej
Masjid Sultan Ismail UTM Skudai : 20170428. Ni memang nostalgia. Lama aku tak sembahyang jumaat kat sini. Dah berapa lama ekk. Last tahun 2000. Hahaha. Memang sangat sangat lama. Mulanya ingat nak lepak port biasa aku. Tingkat atas paling tepi sandar kat batu menghadap khatib la. Tapi at last aku lepak ngam ngam berdepan khatib kat bawah. Hahaha. Dah tua kot. Nengok ke port lama pun memang kebudaks sekolah rendah aje kot. Hari ni khutbah pasal graduan. Memang khusus untuk konvo ni lah. Sedap jugak layan. Pasal graduan segera pakai bakat tanpa usaha pun turut disentuh sama. Rasanya semua paham kot. Lepak, nangis tak dapat masuk, kuasa undi. Pun boleh digelar graduan? Pikir pikirkan la.

Yok Jenjalan : Festival Konvokesyen UTM Kali Ke-58 (FESKO 58) 20170428

Imej
Yok Jenjalan : Festival Konvokesyen UTM Kali Ke-58 (FESKO 58) 20170428. Semalam jenjalan ke UTM. Biasalah. Mama mana boleh miss FESCO UTM ni. Ni la satu satunya time nak membeli belah baju dan sebagainya. Hahaha. Kalau ikut aku nak balik sebelum Jumaat. At last aku semayang sini aje. Bagi can mama dan adik meronda. Layan... Hari ni hari mula. Baru nak panas. Dan aku percaya akan ada seken time nih... ngeh ngeh ngeh.

SK Kampong Kudung : Site Verification

Imej
SK Kampong Kudung : Site Verification. Semalam ke SK Kampong Kudung. Kampung orang asli di daerah Segamat. Sebenarnya banyak yang aku nak tulis. Tapi for now. Aku memang tak dapat nak tulis. Hati, jiwa, raga masih menggelodak marah. Not a suitable time to write. Nanti meroyan aje. Tunggu tenteram sikit hati ni. Sementara tu. Layan la dulu gambar yang ada ye. Adios!

SK Tanjung Surat : Site Verification

Imej
SK Tanjung Surat : Site Verification. Seriously. Kalau tak sampai memang tak percaya. Sekolah ni atas pulau kat hujung tanjung. Tanjung Belunkor, Tanjung Buai. Lagi aku amazed bila sampai ja jeti ni, satu jeti kecik aje sebelah jeti tanjung belungkor; dan ko akan hilang segala-gala ketamadunan (pinjam kata-kata mustakim). Berharap pada apa aje kenderaan yang ada untuk sampai ke sekolah dia. Bukannya dekat lagi. Masih jauh. Sempat borak dengan Tok Amin, ketua kampung di situ. Dapatla paham sikit sebanyak perkara sebelum sampai ke sekolahnya. Kami naik bot ke jeti di seberang. Pak Mat. Satu-satunya pengusaha bot di situ. Satu kepala RM1.50 untuk sampai ke seberang. Dah sampai seberang. Hmmm... masih jauh berkilometer nak sampai sekolah. Ada van sapu dengan kadar RM15. Tapi guru besar n the troup sampai to the rescue. Dengan jaga pun datang. Pinjam motor penduduk kampung. So. Merentas hutan lah kami pagi tu untuk sampai ke sekolah. Wahhh... Tetiba aku rasa macam wow... Tadi kami tak

Gotong Royong Nek Yang

Imej
Gotong Royong Nek Yang. Pagi tadi kat rumah nenek yang. Seronok ler kebudaks ni. Ngepau aiskrim. Makan ramai-ramai. Layan.

Pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15

Imej
Pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15. Sempena pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, Istana Negara telah mengeluarkan profil Seri Paduka Baginda seperti berikut: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telah diputerakan pada tanggal 6 Oktober 1969 di Istana Batu, Kota Bharu, Kelantan. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail 1 Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur. Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada ulang tahun keputeraan baginda yang ke-16 iaitu pada 6 Oktober 1985. Minat baginda yang mendalam terhadap bidang ilmu dan pendidikan telah mendorong baginda untuk berangkat ke England bagi menyambung pelajaran di Oakham School Ruthland sehingga tahun 1989. Seterusnya baginda melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Diplomatik di St. Cross College, Oxford dan dalam bidang Pengajian Islam di O

Another Fogging : Edisi lepak kereta

Imej
Another Fogging : Edisi lepak kereta. Wah... Balik tadi mama ajak keluar. Gi fotostat. Gi isi minyak. Sekali balik. Alamak. Udah memutih kawasan. Lepak aje ler dalam kereta. Adik Inaz ngan Iqi dok melepak sama gebooz lam Bezza. Layan aje ler.