Catatan

Taklimat Pelaksanaan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Konvensyen PAK21 Negeri Johor 2017

Imej
Taklimat Pelaksanaan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Konvensyen PAK21 Negeri Johor 2017. Taklimat dijalankan di Bilik Mesyuarat Kesumba Sektor Pengurusan Akademik. Kami ditugaskan untuk Siaraya dan Promosi. Majlis akan dilangsungkan pada 25 hingga 26 Mac kelak bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM Batu Pahat. All the best!

Jem tanpa sebab

Imej
Jem tanpa sebab. Keseronokan hidup di Johor Bahru adalah... kita dapat rasa jem tanpa sebab. Bengkerk tak pasal pasal. Lepas aje suzuki, jalan lancar aje. Pelik tapi benar! --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Lawatan Penanda Aras Pengurusan Maklumat EPRD 2017 JPN Johor

Imej
Lawatan Penanda Aras Pengurusan Maklumat EPRD 2017 JPN Johor. Semalam. Giliran kami pula tiba. Dua perkara pokok yang dilihat. Yang pertama dari segi kaedah semakan ralat secara atas talian. Yang keduanya dari segi penggunaan optimum Power BI di JPN Johor. Sempat hulurkan sekali dokumen sekolah wawasan yang kebetulan kami dapat pada hari ni.

Country Garden Central Park Johor Bahru

Imej
Country Garden Central Park Johor Bahru. Masa nak gerak pulang semula ke ofis setelah selesai tadi, terperasan satu kawasan baharu dengan nam Central Park. Sebelah sekolah around 1km. Singgah. Rupanya nak launch hujung bulan ni dan akan mengambil masa lebih kurang 4 tahun untuk siap. Sekarang ni buka fasa 1 dalam anggaran around 2000 unit. Takde kawasan untuk sekolah sebab dia dah target SK dan SMK Damansara Aliff sebagai sekolah utama di sini. Maknanya. Bila dah siap nanti kebarangkalian besar dua sekolah ni akan fully packed. Sempat dibawa meninjau ke rumah contoh. Target adalah pada local. Harga pun bagi aku mampu milik. Studio for anggaran RM200k. Yang 4+1 tu hampir sejuta harganya. Sempat la snap snap sambil meronda tu. Banyak jugak kemudahan yang berdekatan dalam kawasan ni yang disediakan.

Lawatan Penanda Aras Pengurusan Maklumat EPRD 2017 : Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Damansara Aliff

Imej
Lawatan Penanda Aras Pengurusan Maklumat EPRD 2017 : Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Damansara Aliff. Singgah kunjung hormat dulu ke PPD Johor Baharu. Sempat bersama dengan Tn Hj Shaharudin, Tuan PPD Johor Bahru. Selesai di sini terus gerak ke sekolah. Tahniah pada sekolah. Satu kaedah penyelarasan bidang tugas yang mantap. Satu inovasi yang boleh diguna bersama. Pengurusan maklumat yang cekap. Terima kasih dan tahniah pada pihak sekolah.

Jenjalan Cari Makan : Sarap @ Onn Kitchen

Imej
Jenjalan Cari Makan : Sarap @ Onn Kitchen. Dari opis ke PPD. Singgah sebentar mengisi perut. Alhamdulillah. Sementara nunggu jemaah EPRD sampai. Boleh tahan jugak nasi lemak dia. Yummy.

Lawatan Penanda Aras Pengurusan Maklumat EPRD 2017 : Sekolah Kebangsaan Sekudai Batu 10

Imej
Lawatan Penanda Aras Pengurusan Maklumat EPRD 2017 : Sekolah Kebangsaan Sekudai Batu 10. Sistem fail yang baik. Pengurusan folder yang memudahkan penyemakan status semasa. Tahniah pada pihak sekolah atas pengurusan maklumat yang cemerlang. Banyak input diperolehi yang dapat digunapakai dalam penambahbaikan dan pemurnian diperingkat yang lebih tinggi.

Jenjalan Cari Makan : Lunch @ Restoran Abu Hassan, Skudai

Imej
Jenjalan Cari Makan : Lunch @ Restoran Abu Hassan, Skudai. Tengahari. Sebelum sesi benchmarking petang tadi. Singgah sat sini. Suggestion Mustakim. Memang best. Tu baru makan yang biasa tu. Siap ada Lapis power. Mus kata ada lapisan sambal pulak kat tengah. Wow! Seingat aku memang best dan aku pernah deal untuk kenduri ucu dulu. Sambil makan ada kucen datang. Sian kucen ni. Merayu pulak dia. Takpe lah. Ada la rezeki dia ngan aku ni.

Selamat Pengantin Baharu Azriq

Imej
Selamat Pengantin Baharu Azriq. Hari ni, juga, kat PD majlis Azriq berlangsung. Memang aku tak join sekali. Hadir ke PIBG SKTNP kan. Takpe lah. Mama, Atuk, Nenek dan Iqi serta Ici hadir. Ucu pun ikut sama dengan family. So. Foto ni aku share apa yang mama dengan ucu snap aje. Nak buat camne. Of coz la tak puas hati. Mama kata kalau ada aku mesti bertaburan gambo. Hahaha. Nak ketawa aku dengar. Dari dulu. Aku bagi kamera aku kat orang pun. Gambonya tetap secoet dua. Kedekut tul filem walau kamera dah tak pakai filem. Apapun. Tahniah pada Ayid. Selamat pengantin baharu. Moga berbahagia dan sentiasa dirahmati Tuhan.

Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Anugerah Cemerlang kali ke14 SK Taman Nusa Perintis

Imej
Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Anugerah Cemerlang kali ke14 SK Taman Nusa Perintis. Pagi tadi majlis ni berlangsung di Dewan Sri Perintis. Aku dengan angah ja ke sini. Mama dan yang lain ke Melaka untuk majlis Pak Ngah Man. Majlis dimulakan bacaan doa sebelum diikuti dengan kata aluan daripada Guru Besar dan Yang DiPertua PIBG. Perasmian seterusnya dilaksanakan oleh Haji Khairi. Dalam ucapan perasmi, Haji Khairi merakamkan setinggi-tinggi tahniah pada pihak sekolah dan berbesar hati untuk menyumbangkan sebanyak RM20,000 untuk laluan gajah menyusur di kawasan menunggu bas dan RM1,000 untuk kelab guru. Seterusnya murid UPSR 2016 diraikan. Mesyuarat PIBG diteruskan sebelum Majlis Anugerah Cemerlang mengambil tempat. Tahun ni memang sekolah beri keistimewaan pada lebih ramai murid. Tempat pertama hingga kelima setiap kelas dan untuk hadiah matapelajaran terbaik memang penuh nama dalam buku. Angah dapat hadiah untuk subjek seni disamping 19 orang murid tahun 4 2016 yang lain. Tu lum k