Catatan

Lawatan Penanda Aras Pengurusan Maklumat EPRD 2017 : Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Damansara Aliff

Imej
Lawatan Penanda Aras Pengurusan Maklumat EPRD 2017 : Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Damansara Aliff. Singgah kunjung hormat dulu ke PPD Johor Baharu. Sempat bersama dengan Tn Hj Shaharudin, Tuan PPD Johor Bahru. Selesai di sini terus gerak ke sekolah. Tahniah pada sekolah. Satu kaedah penyelarasan bidang tugas yang mantap. Satu inovasi yang boleh diguna bersama. Pengurusan maklumat yang cekap. Terima kasih dan tahniah pada pihak sekolah.

Jenjalan Cari Makan : Sarap @ Onn Kitchen

Imej
Jenjalan Cari Makan : Sarap @ Onn Kitchen. Dari opis ke PPD. Singgah sebentar mengisi perut. Alhamdulillah. Sementara nunggu jemaah EPRD sampai. Boleh tahan jugak nasi lemak dia. Yummy.

Lawatan Penanda Aras Pengurusan Maklumat EPRD 2017 : Sekolah Kebangsaan Sekudai Batu 10

Imej
Lawatan Penanda Aras Pengurusan Maklumat EPRD 2017 : Sekolah Kebangsaan Sekudai Batu 10. Sistem fail yang baik. Pengurusan folder yang memudahkan penyemakan status semasa. Tahniah pada pihak sekolah atas pengurusan maklumat yang cemerlang. Banyak input diperolehi yang dapat digunapakai dalam penambahbaikan dan pemurnian diperingkat yang lebih tinggi.

Jenjalan Cari Makan : Lunch @ Restoran Abu Hassan, Skudai

Imej
Jenjalan Cari Makan : Lunch @ Restoran Abu Hassan, Skudai. Tengahari. Sebelum sesi benchmarking petang tadi. Singgah sat sini. Suggestion Mustakim. Memang best. Tu baru makan yang biasa tu. Siap ada Lapis power. Mus kata ada lapisan sambal pulak kat tengah. Wow! Seingat aku memang best dan aku pernah deal untuk kenduri ucu dulu. Sambil makan ada kucen datang. Sian kucen ni. Merayu pulak dia. Takpe lah. Ada la rezeki dia ngan aku ni.

Selamat Pengantin Baharu Azriq

Imej
Selamat Pengantin Baharu Azriq. Hari ni, juga, kat PD majlis Azriq berlangsung. Memang aku tak join sekali. Hadir ke PIBG SKTNP kan. Takpe lah. Mama, Atuk, Nenek dan Iqi serta Ici hadir. Ucu pun ikut sama dengan family. So. Foto ni aku share apa yang mama dengan ucu snap aje. Nak buat camne. Of coz la tak puas hati. Mama kata kalau ada aku mesti bertaburan gambo. Hahaha. Nak ketawa aku dengar. Dari dulu. Aku bagi kamera aku kat orang pun. Gambonya tetap secoet dua. Kedekut tul filem walau kamera dah tak pakai filem. Apapun. Tahniah pada Ayid. Selamat pengantin baharu. Moga berbahagia dan sentiasa dirahmati Tuhan.

Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Anugerah Cemerlang kali ke14 SK Taman Nusa Perintis

Imej
Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Anugerah Cemerlang kali ke14 SK Taman Nusa Perintis. Pagi tadi majlis ni berlangsung di Dewan Sri Perintis. Aku dengan angah ja ke sini. Mama dan yang lain ke Melaka untuk majlis Pak Ngah Man. Majlis dimulakan bacaan doa sebelum diikuti dengan kata aluan daripada Guru Besar dan Yang DiPertua PIBG. Perasmian seterusnya dilaksanakan oleh Haji Khairi. Dalam ucapan perasmi, Haji Khairi merakamkan setinggi-tinggi tahniah pada pihak sekolah dan berbesar hati untuk menyumbangkan sebanyak RM20,000 untuk laluan gajah menyusur di kawasan menunggu bas dan RM1,000 untuk kelab guru. Seterusnya murid UPSR 2016 diraikan. Mesyuarat PIBG diteruskan sebelum Majlis Anugerah Cemerlang mengambil tempat. Tahun ni memang sekolah beri keistimewaan pada lebih ramai murid. Tempat pertama hingga kelima setiap kelas dan untuk hadiah matapelajaran terbaik memang penuh nama dalam buku. Angah dapat hadiah untuk subjek seni disamping 19 orang murid tahun 4 2016 yang lain. Tu lum k

Jenjalan Cari Makan : Sarap @KFC Nusa Perintis

Imej
Jenjalan Cari Makan : Sarap @KFC Nusa Perintis. Melilau jap dulu cari port nak sarap. Sekali sampai nusa perintis. Semua gerai biasa aku sarap tutup la pulak di pagi nan indah ni. Tanya angah. KFC boleh bah? Belasah aje ler. Masuk. Order bubur. Kena tunggu 20 minit bang. Sedang masak ayamnya. Boleh la. Tunggu aje ler jap. Pendaftaran jam 8 pagi. Ada la around 10 minit untuk makan. Tu pun angah dapat makan suku aje. Lebihnya. Tapau wak gi sekolah.

Mesyuarat Penyelarasan ICT dan Maklumat Bil.1/2017 JPN Johor

Imej
Mesyuarat Penyelarasan ICT dan Maklumat Bil.1/2017 JPN Johor. Mesyuarat berjaya dilaksanakan pada 20 Februari yang lepas bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JPN Johor. Kalau ikutkan hari yang sama ada dialog 1BestariNet, tapi terpaksa ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Alang-alang semua dah ada, program asal digantikan dengan mesyuarat yang diawalkan. Alhamdulillah. Semua berjalan seperti yang dirancang. Wakil YTL yang hadir turut dapat dimanfaatkan dalam perbincangan mesyuarat terutama berkaitan agihan peranti minggu depan.

Lelepak Santai : Infografik Gout @ Farmasi AM PM

Imej
Lelepak Santai : Infografik Gout @ Farmasi AM PM. Petang 19 Feb aku lepak kat farmasi. Tapau ubat-ubat keperluan. Biasanya sebelum gi outstation memang aku akan topup balik ubat ubat. Takut tak jumpa macam kes kat Sabah satu ketika dulu. Tak nak lagi kes seret kaki jadi lagi. Sesambil nunggu set ubat aku sampai, sempat aku dok study mende alah ni. Perghhh... Makin banyak kot kena kurangkan. Entah la. Aku ni dah masuk geng terlalu takut pun boleh jadi jugak kot. Habih semua aku nak kawal kalau ikut. Ubat ni pun aku hanya makan bila terasa tanda-tanda je. Yang pasti. Semua makanan ruji aku, memang aku leh tengok lalu depan mata aje. Paling best bila mama cakap semalam, laksa kegemaran abang pun dah tokleh ehhh.. Sahih la lupa laksa tu ikan sebanyak-banyak tidak. Pelbagai gitu. Ish ish ish. Yang pasti. Faktor 1 dan 2 tu memang tokleh nak elak dah kot.

Keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) 2016 Syafiqah

Imej
Keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) 2016 Syafiqah. Rupanya. Sijil SDKA kena ambil di sekolah pusat peperiksaan. Jenuh aku google. Takde jawapan yang memberansangkan. Sib baik dapat maklumat dari rakan dan beberapa sekolah agama lain. So. Lambat sikit la kami amik slip periksa ni. Mama petang Ahad 19 Feb tu langsung singgah ke sekolah agama gelang patah. Senyum ja ustaz yang jaga. Alhamdulillah. Dapat pangkat 1 agregat 12. Ustaz tanya nak gi konvo tak. Nak la kata mama. Terus ustaz masukkan nama dalam list. Around bulan 4 ni kot. Nanti akan ada surat menyusul. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,