Catatan

Lebih 450,000 Calon Duduki Ujian Bertulis PT3 Hari Ini

Imej
Lebih 450,000 Calon Duduki Ujian Bertulis PT3 Hari Ini KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Sebanyak 453,413 calon menduduki Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang julung kali diadakan di 2,608 pusat peperiksaan seluruh negara, bermula hari ini hingga Khamis (16 Okt). Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan, ujian bertulis bagi peperiksaan yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu meliputi 12 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam. Mata pelajaran selebihnya ialah Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Iban dan Bahasa Punjabi. "Pengurusan dan pemeriksaan skrip jawapan calon bagi Ujian Bertulis PT3 adalah di bawah tanggungjawab pengetua sekolah. "Bagaimanapun, Lembaga Peperiksaan dan Jabatan Pendidikan Negeri akan menjalankan moderasi pemeriksaaan bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor calon," menur

Bumbung jejantas di Lebuhraya Pasir Gudang runtuh dipukul ribut

Imej
Bumbung jejantas di Lebuhraya Pasir Gudang runtuh dipukul ribut JOHOR BAHRU: Struktur bumbung jejantas yang merentangi Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena runtuh ketika hujan ribut petang tadi lalu menghempap dua kereta, sebuah lori dan motosikal. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian 4.30 petang itu. Insiden itu menyebabkan lalu lintas di laluan berkenaan terhalang. Siasatan dan kerja mengalih struktur berkenaan sedang dilakukan. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan seorang pemandu lori cedera dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Katanya, pemandu lori yang tersepit di tempat duduknya berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba. Dalam kejadian ribut itu, bumbung kira-kira 30 rumah di Taman Kobena turut diterbangkan angin.

Lepak lepak steamboat nusa perintis

Imej
Lepak lepak steamboat nusa perintis. Layankan ajer la. Nyambil nyambil.

Mesyuarat agung badan kebajikan kali ke-11 dan majlis anugerah cemerlang 2013 SA Nusa Perintis

Imej
Mesyuarat agung badan kebajikan kali ke-11 dan majlis anugerah cemerlang 2013 SA Nusa Perintis. Lewat ke sini gak petang ni. Kena tunggu habis meeting bersama KPM dulu. sampai ja dah mula mesyuarat. VIP semua dah beredar dah pun. Iqa dapat nombor 3 kelas dia. OK ler tu

Mesyuarat Tindakan susulan berkaitan Ketidakpadanan Opsyen Guru di Bawah NBOS KPM bersama JPN Johor 2014

Imej
Mesyuarat Tindakan susulan berkaitan Ketidakpadanan Opsyen Guru di Bawah NBOS KPM bersama JPN Johor 2014. Foto-foto sekitar mesyuarat siang tadi bertempat di STAR1, Johor Bahru.

Tunku Ismail Ingatkan Generasi Muda Guna Media Maya Dengan Matang

Imej
Tunku Ismail Ingatkan Generasi Muda Guna Media Maya Dengan Matang. Generasi muda diingatkan supaya menggunakan media maya dengan matang dan penuh sikap bertanggungjawab bagi mengekalkan perpaduan rakyat di dalam negara. Generasi muda sebagai pewaris kepimpinan negara, kematangan generasi muda juga perlu dipupuk khususnya dalam mengurus kepelbagaian kaum, bangsa, agama, dan budaya yang membentuk masyarkat hari ini. Sikap bertoleransi, saling hormat menghormati, menjauhi prejudis serta tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama lain juga merupakan perkara yang perlu disuburkan dalam kehidupan generasi muda hari ini. Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Sabtu mengingatkan generasi muda supaya menggunakan media maya dengan matang dan penuh sikap bertanggungjawab bagi mengekalkan perpaduan rakyat di dalam negara. Tunku Ismail yang juga Pro-Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bertitah penguasaan alam siber tanpa sempadan dibimbangi mewujudkan si

Himpunan Guru Muda 1Malaysia negeri Johor bersama Kepimpinan Kerajaan Negeri - through my lens

Imej
Himpunan Guru Muda 1Malaysia negeri Johor bersama Kepimpinan Kerajaan Negeri - through my lens. And a little bit from the fellow friends. Feast on! Mohon maaf atas kekurangan yang terjadi dalam majlis ini.

Himpunan Guru Muda 1Malaysia negeri Johor bersama Kepimpinan Kerajaan Negeri - the preparation

Imej
Himpunan Guru Muda 1Malaysia negeri Johor bersama Kepimpinan Kerajaan Negeri - the preparation. Uploading the picas first. Word is coming soon. Browse through

Final evaluation for Wana and Hakim

Imej
Final evaluation for Wana and Hakim. Semalam. Jumpa balik wana ngan hakim kat opis. Ada final evaluation ngan en firdaus. Sesambil dok nengok sistem. Sesambil dok amik gambo. Prappp... Huhuhu. Koyak la pulak aku nyer casing. Huhuhu...

Jom ikuti pembentangan bajet 2015 10102014

Imej
Pembentangan #Bajet2015 akan berlangsung esok. Ikuti siaran langsung pembentangan #Bajet2015 oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak pada 10 Oktober 2014 bermula jam 4.00 petang di saluran-saluran berikut : NajibRazak.com www.treasury.gov.my facebook.com/najibrazak twitter.com/PMOMalaysia twitter.com/NajibRazak dan semua saluran TV dan radio utama Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!