Tunku Ismail Ingatkan Generasi Muda Guna Media Maya Dengan Matang

Tunku Ismail Ingatkan Generasi Muda Guna Media Maya Dengan Matang.


Generasi muda diingatkan supaya menggunakan media maya dengan matang dan penuh sikap bertanggungjawab bagi mengekalkan perpaduan rakyat di dalam negara.

Generasi muda sebagai pewaris kepimpinan negara, kematangan generasi muda juga perlu dipupuk khususnya dalam mengurus kepelbagaian kaum, bangsa, agama, dan budaya yang membentuk masyarkat hari ini.

Sikap bertoleransi, saling hormat menghormati, menjauhi prejudis serta tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama lain juga merupakan perkara yang perlu disuburkan dalam kehidupan generasi muda hari ini.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Sabtu mengingatkan generasi muda supaya menggunakan media maya dengan matang dan penuh sikap bertanggungjawab bagi mengekalkan perpaduan rakyat di dalam negara.
Tunku Ismail yang juga Pro-Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bertitah penguasaan alam siber tanpa sempadan dibimbangi mewujudkan sikap buruk sekaligus meruntuhkan asas perpaduan yang dinikmati selama ini.
"Isu-isu sensitif yang menyentuh kedudukan agama, institusi raja, warisan, adat sesuatu kaum serta undang-undang negara sering berlegar di media baru-baru ini.
Jika sikap tidak bertanggungjawab segelintir generasi muda itu tidak dibendung, adalah dibimbangi sikap buruk berkenaan akan meruntuhkan asas perpaduan negara," titah baginda pada Majlis Konvokesyen Ke-14 UTHM, di Parit Raja, di sini, hari ini.
Hadir sama, Naib Canselor UTHM Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin.
Tunku Ismail bertitah sebagai pewaris kepimpinan negara, kematangan generasi muda juga perlu dipupuk khususnya dalam mengurus kepelbagaian kaum, bangsa, agama, dan budaya yang membentuk masyarkat hari ini.
Baginda bertitah sikap bertoleransi, saling hormat menghormati, menjauhi prejudis serta tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama lain juga merupakan perkara yang perlu disuburkan dalam kehidupan generasi muda hari ini.
"Perlu kita semua insafi bahawa sekiranya perpaduan yang kita kecapi tidak dipelihara dengan sebaiknya, maka, tidak mustahil benih-benih perpecahan dan persengketaan akan muncul serta merebak.
Kita dapat lihat pada hari ini, bila tercetusnya perpecahan dan persengketaan sesama sendiri di sesebuah negara, maka, kestabilan negara akan terjejas," titah baginda.
Konvokesyen selama tiga hari bermula hari ini menyaksikan 3,477 siswazah pelbagai jurusan menerima Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma maing-masing.
-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied