Catatan

Bergerak dan berkumpul di TH Hotel, Kepala Batas

Imej
Bergerak dan berkumpul di TH Hotel, Kepala Batas. Around 8 malam, atuk dan nenek kedah mula bergerak meninggalkan rumah menuju ke surau untuk menyertai jemaah yang akan bergerak ke TH Hotel, Kepala Batas dengan menaiki bas. Kami pula bergerak berasingan. Pakcik bawak atuk, paksu bawak bag, pak ngah bawak barang kami, dan aku; tukang tutup rumah dan bawak semua kebudaks bergerak dulu menuju ke TH Hotel manakala yang lain akan menyusul bersama bas atuk dan nenek kedah.

Sepagi di Baling

Imej
Sepagi di Baling. Bila difikir balik. Cuma sepagi ni aje aku ada kat Baling. Sepagi. Maknanya. Setiap hari aku driving. Jauh jauh lak tu. Dari gelang patah ke Bangi. Dari Bangi ke Baling. Dari Baling ke Alor Setar. Dari Alor Setar ke Bangi. Dari Bangi ke Gelang Patah. Full. Setiap hari drive. Hehehe. OK. Balik ke cerita asal. So. Sepanjang hari ni. Aku yang bertanggungjawab untuk makanan. Sarapnya. Lunchnya. Dinnernya. Kita cerita pasal yang dua tu dulu. Pasal yang Dinnernya kami dah berada di Alor Setar. Merayap cari sarap. Then. Merayap kat pasar tani cari lauk.  Sesambil atuk nenek buat persiapan akhir. Kami buat persiapan makan. Hehehe. Pastu. Wat final photoshoot sebelum berlepas ke Alor Setar.

Malam persediaan dan persiapan

Imej
Malam persediaan dan persiapan. Persiapan akhir sebelum ke Mekah. Sesi fotografi, pasal semua dah ada. Bertemu sedara mara. Menyampaikan wasiat. Menyiapkan bagasi. Kebudaks? Bermain dengan hati yang gumbira. Ketua chef kebudaks siap masak megi lagi. Pandai la pulak tu. Hehehehe.

USA Nano Mist Technology on my grand livina

Imej
USA Nano Mist Technology on my grand livina. Malam tu jugak, livina jadi testing ground. Kasi bersih bakteria guna fog machine ni. Actually, pak ngah man beli untuk car wash dia kat Sarawak sana. Saja kasi test kat livina ni. Ada tiga odor. Amik yang paling tak berbau, kang ramai lak yang pengsan pulak. Memang cool lah.

Ziqri in Merdeka 57 mood

Imej
Ziqri in Merdeka 57 mood. Amacam?

PERUTUSAN HARI MERDEKA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA 57

Imej
PERUTUSAN HARI MERDEKA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA 57 "Disini Lahirnya Sebuah Cinta" Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-57 tahun ini disambut dengan suasana cukup berbeza. Seluruh negara pastinya masih terkesan dengan dua tragedi besar yang menimpa negara, iaitu kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 370 dan MH 17. Namun, dalam melahirkan rasa sedih dengan tragedi ini serta simpati yang tidak berbelah-bahagi kepada semua mangsa, saya mengajak seluruh rakyat Malaysia melihat tragedi ini dari sudut yang berbeza. Sesungguhnya, tragedi ini telah memanggil seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk bersatu mengharungi detik-detik sukar ini bukan hanya demi negara, tetapi yang lebih utama untuk keluarga-keluarga mangsa. Semangat sebegini tidak akan lahir sekiranya rakyat Malaysia tidak mempunyai jati diri dan semangat patriotisme yang tinggi untuk ber

Akhirnya, kami tiba ke bumi Baling

Imej
Akhirnya, kami tiba ke bumi Baling. Setelah hampir 24 jam, Jam 6 petang kami tiba di bumi Baling. Hehehe. Tu termasuk tidur di Bangi, melepak di Kuala Kangsar lah. Rumah atuk Kedah dipenuhi tetamu, dekat dan jauh yang mengambil peluang bertemu, sebelum mereka bertolak mengerjakan haji esok harinya. Yang kebudaks, memasing teruja. Lama tak jumpa. Riuh rendah rumah atuk Kedah sehari dua ni.

Medan Cendol dan Laksa, Persisiran Sayong, Kuala Kangsar

Imej
Medan Cendol dan Laksa, Persisiran Sayong, Kuala Kangsar. Singgah jap kat sini. Sesaja nak bagi test laksa kuala kangsar. Kuah laksanya memang sedap. Cuma bagi yang tak biasa, a bit janggal bila laksa nya masuk ke mulut. Dia tak sama tang situ ja. Pastu kami pakat meronda jap ke gerai krafnya. Harga memang boleh tahan. Kena singgah sini lagi. Di akhiri dengan sesi melepak tepi persisiran sayong. Rupanya cetek ja sungai ni.

Perutusan Hari Kebangsaan Yang Ke-57 2014 Oleh YAB Perdana Menteri

Imej
Perutusan Hari Kebangsaan Yang Ke-57 2014 Oleh YAB Perdana Menteri Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian, 1. Alhamdulillah, segala puji dan rasa syukur, dirafakkan ke hadrat Allah S.W.T., lantaran dengan kehendak dan keredhaan-Nya jua, kita sekali lagi, tidak kira di mana ceruk mahupun rantau tanahair bertuah ini, masih terpelihara dalam keadaan aman, untuk menyambut ulangtahun kemerdekaan. 2. Tidak seperti tahun-tahun yang sudah, di mana perutusan selalunya dibuat secara rakaman dan kemudian dipancar ke kaca-kaca televisyen, malam ini saya memilih untuk berucap secara langsung kepada ratusan hadirin di ambang merdeka ini, sebagai menzahirkan semangat patriotik dan obor perjuangan negara bangsa, dari mata ke mata, hati ke hati, khususnya kepada saudara dan saudari sebagai sebahagian rakyat Malaysia yang berada di sini. 3. Hakikatnya, setiap kemerdekaan itu be

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-57

Imej
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-57. Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!