Catatan

Rubic cube

Imej
Lama tak main kiub rubik. Last sebelum aku masuk ke ppd. Masa tu memang aku letak sebijik lam pusat akses aku. Sapa dapat setel kurang 2 minit aku kasi 10 ringgit. Sampai ke la tadak budak aku yang dapat duit tu. Masa verifai ogos tetiba demam rubik balik... Balik muar itu hari beli sebijik nak kasi kebah. Sekali dapat ke ziqri.. Habishhh... Tadi dapat beli sebijik lagi kat tesco. Belasah lagi la... Sebelum encik ziqri belasah benda ni Published with Blogger-droid v1.7.4

WORDLESS WEDNESDAY

Imej
Published with Blogger-droid v1.7.4

Ziqri dah mula!!!!

Imej
Dah mula la menjadi jadi keheroan dia. Pantang jumpa kengkawan. Melompat sana, menjerit sini, menendang sana,mencontiang sini. Ambik dia wak kuar. Meronta nak lepas diri. Pastu kasi balik kat mama dia. Baru reti nak isap susu, baru reti nak tarik selimut. Published with Blogger-droid v1.7.4

Happy Deepavalli

Imej
Happy Deepavalli pada netter yang beragama Hindu, dan selamat bercuti pada semua!!! Terbaeekkk!!!! Published with Blogger-droid v1.7.4

Mana remote aku nih

Imej
Ni tak lain kerja ziqri la ni. Mana pulak disoroknya remote tv aku ni. Sib baik tv ni ada banyak butang function kat tepi, kalau tv lg aku, hilang remote means no movie lagi la... Published with Blogger-droid v1.7.4

Agenda petang

Imej
Masa lunch memang terus ke perpustakaan. Dah janji dengan iqa nak pinjam buku baru untuk dia. Memula kengkonon nak makan kat kafe dia. Sekali punya ramai makhluk, terus tak jadi. Sambil tu sempat lagi borak ngan pustakawan dia. Kenal tu. Mana taknya. Sesatunya makhluk yang hampir setiap minggu gi situ ngan anak anaknya yang super duper aktif. Kekeke... Pastu kuar terus ke hutan bandar, makan kat situ. Dan... Apa yang aku perasan, tab aku langsung tarak paperyei sepanjang aku kat luar @ aku pakai 3g... Hmmmm.. Apakes sebenarnya nih.. Masuk balik opis pakai wifi dah kena seround masa aku dok nulis entri nih. Hampesss... Published with Blogger-droid v1.7.4

Apa kes???

Imej
Sejak semalam asyik asyik kuar error nih. sekali dua takpe, ini taknyer... Setiap kali tab auto sync kuar, hampeh nyok tul la. Dah la aku set auto sync tahap dewa, dopopatjam.. Maunya tak tensen. Dahla android ni leh kata hampir 100 persen google alias gmail semata... Bengkerk tul la... Adakah ice cream makin hampir sehinggakan froyo ni makin bengong????!!?? Published with Blogger-droid v1.7.4

Nak Ice Cream Sandwich!!!!

Imej
Huhuhuhu..... Baru dok berangan nak hupgred dari froyo ke honeycomb, pastu pas borak tukar cita cita ke gingerbread.... Sekali dah kuar ice cream sandwich la pulak... Tak terkejor yop.. Bagi yang bukan pengguna android, ice cream sandwich ni os android 4.0. Froyo tu baru 2.2, gingerbread 2.3, honeycomb 3.0. Macam window la, dari 3.0 ke 97, pastu xp la, vista la, 7 la... Mana nak cekau ais krim yang satu nih... Published with Blogger-droid v1.7.4

Megi jugak pilihan si inaz

Imej
Balik rumah tadi, nengok melepek si inaz. Demam kisahnya. Tu yang dari semalam muntah aje kerjanya. Tanya nak gi klinik tak... Tak nak katanya. Nak letak cool fever tak... Tak nak. Pun aku taruk aje. Nak makan apa... Tak nak. Tapi kalau megi adik cuba la. Terbaeekkk!!!nya jawapan dia. Nak tak nak, buat ajer la. Lepas makan nampak dah cergas sikit. Siap sukahati lagi layan movie magika... Published with Blogger-droid v1.7.4

Pakar bedah???!!?

Imej
Memula sampai hsa, terus aku gi icu. Sekali dia kata ni kena rujuk pakar kat poliklinik. Ooo... Ye ker. Start balik keter carik parking baru. Dah ler nak parking yang pertama pun udah ler seka, nak parking kali kedua la pulak. Dapat jer terus gi poliklinik. Tanya kat kaunter dia dah tunjuk ke belakang... Sudah!!! Terkejut aku dengar klinik yang aku kena rujuk. Klinik pembedahan, dan pakar yang aku kena buat temujanji adalah pakar bedah... Camner nak cakap ngan nenek yang gamaknya ni?? Published with Blogger-droid v1.7.4