Catatan

Sabtu yang parah?!?

Imej
Nampak mata sebelah kiri Ziqi tu.. Pagi ni memang lewat sikit bangun, nak bangun pun terasa la jugak pasal semalamnya lebih kurang pukul 12 tengah malam baru aku sampai rumah. Tu lum kira transfer video debate dari videocam dan setel down the video; kes mama nak pakai pulak untuk dokumentasi hari anugerah cemerlang sekolah dia pagi sabtu tu. Sekali pagi tu si ziqri la pulak merayau dan jatuh katil.. Well.. budak jantan.. Yang bestnya.. dah luka lagi sebelah mata dia.. sib baik sipi lagi.. Huhuhu.. sapu minyak gamat.. Pastu kuar gi post office, and then gi sarap kat gerai. Siap jumpa si is la pulak makan situ sama-sama. Balik terus aku tak sedo diri.. tido, bangun, tido lagi, bangun lagi.. ulang jer la sampai ke petang. Ni teringat la balik aku nyer tabii masa kat mrsm dulu. Pantang sabtu, pantang ahad.. memang kasi pukul tido abis abisan. hehehehe.. Sebelah malamnya bawak iqa gi ujian tali pinggang.. Jap jer.. dah nama pun talipinggang putih.. Kena pulak seken wave. Kira ok ler.

Youtube : Slide for persaraan Tn. Hj. Markom

Imej
Tuan Hj. Markom bin Giran.. Memandangkan pengarah akan bersara pada 20 April ni, dan JB akan mula sibuk dengan penutup MSSJ pada tarikh tersebut; maka majlis untuk meraikan tn. hj markom diadakan awal sikit. Disekalikan dengan majlis anugerah kecemerlangan. Kira 2 in 1 la ni kan. Nak tengok video dia browse ke bawah.. Enjoice...Sharing is power!!!

Majlis Anugerah Kecemerlangan STPM, SPM dan PMR 2010 JB

Imej
Majlis berlangsung di Dewan SMK Mohd Khalid.. Semalamnya dah sibuk ngan buat video untuk persaraan Hj. Markom. Sebabnya, video ambik masa yang lebih lama untuk dirender kan. Setel ja video baru leh nengokkan presentation untuk majlis anugerah. Sebelah paginya, turun ke site ngan ajis untuk first rehearsal. Tayang sekali. Nampak semua yang slack. Balik ke PPD untuk betulkan semua yang patut. Petangnya, sekali lagi buat testing. Tukar lagu versi baru. Hmmm.. Harap malam ni semua ok. Sekali malamnya, leh pulak jack audio bengong time majlis dah mula. Dah agak dah.. Selalunya jack audio ni memang antara benda yang akan menimbulkan problem. Masa video hj. markom tu, aku pegang ja jack tu sepanjang video tu bergerak.. Tak kira la.. Apa pun memang ngam la malam tu. Nak tengok gambar yang aku dan mat nor sempat ambik klik sini (sikit sikit ja pasal kami ni bertugas multimedia ini malam..) Kena jugak ini malam.. ish ish ish.. jack audio jack audio.. Enjoice...Sharing is

Pertandingan Bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Johor Bahru 2011

Imej
Sesi fotografi semua peserta.. Hari Khamisnya ada pertandingan bahas la pulak. Ditaja oleh hotel M-Suite. Kisahnya owner dia dulu pun debater jugak dan dia suka tengok debate. Apa apa pun TQVM. Lepas ni finalist akan wakil daerah pulak untuk ke negeri. SIGS untuk bahasa melayu dan STF untuk bahasa inggeris. Sebelum keputusan diumumkan, ketua juri siap bagi ulasan dan apa yang patut dibetulkan. Bagus ulasan dia, yelah kan.. ni kan dah jadi wakil kita semua. Apapun awal-awal lagi dah jangka sapa yang menang. Cuma, cam bapak aku cakap la, kalau semua nak bet orang tu ja; mana seronoknya nak teka sapa menang kan. Hehehe.. Nak tengok semua gambar leh nengok kat sini . Enjoice...Sharing is power!!!

Taklimat Program Peningkatan Kualiti Kepimpinan Sekolah 2011

Imej
Taklimat dijalankan di SETA.. Minggu ni pun banyak gak aku kuar. Sama cam minggu lepasnya.. Pack ngan aktiviti. Semalamnya, hari Selasa; semua pakat ke Waddin untuk pemantauan berkelompok. Hari Rabunya ke EC pulak. Sebelah petangnya singgah ke SETA, sib baik sebelah atas EC tu ajer.. untuk ke majlis taklimat ni. Nak tengok gambar yang aku sempat ambik sila klik sini . Lam masa yang sama nak kena setel presentation untuk majlis anugerah kecemerlangan jemaat malamnya tu. Perghhh.. kenapa la aku dah set satu benchmark yang tinggi sebelum nih.. tu yang aku ingat masa aku nak tinggal kusess dulu, cikgu asan ada cakap kat aku pasal benchmark yang aku tinggal memang tinggi tinggi, sian orang yang nak ganti aku; dan kini.. aku yang kena balik.. kekeke.. padan ngan muka aku.. Cuma kali ni situasi berbeza.. ngan masa yang sangat pack.. aduhaiii.. petangnya aku ke jabatan untuk pau gambo.. sedut jangan tak sedut.. Enjoice...Sharing is power!!!

Majlis Penyerahan Tugas Tn. Hj. Aminudin bin Adam

Imej
Penyerahan tugas Tn. Hj. Aminudin.. Alhamdulillah. Dapat bernafas jap. Walaupun cuma dua hari kan. Memang pack dengan aktiviti, satu demi satu. Ni majlis minggu lepas pun baru dapat masukkan lam blog. Tapi lam FB memang dah sedia masuk dah pun. Pagi tersebut, katanya nak buat majlis biasa. Serah tugas antara PPD ngan Timbalan PPD sahaja. Sekali ramai yang datang. So, alang-alang dah ada, teruskan majlis yang proper sikit. Alhamdulillah. Selesai semua. Mantan PPD dinaikkan ke KPM. Memang terasa sangat kehilangan beliau. Dah selesai majlis tu semua yang hadir turut bergambar kenangan bersama beliau di perkarangan PPDJB. Klik sini untuk lihat keseluruhan majlis. Enjoice...Sharing is power!!!

Hutan Kita@school Johor Bahru

Imej
Program dirasmikan oleh Tun Jeanne Abdullah.. Pagi Sabtu semalam, kuar ngan mat nor gi SIGS. ada perasmian program hutan kita@schools jb. Yang datang Tun Jeanne sendiri. Cool. Sampai ja orang dah penuh dewan, tapi perasmi lum sampai lagi. Kira ok la. Borak borak jap dah dengar bunyi siren polis. Dah sampai dah tu. Pastu pengisian program dimulakan dengan ucapan ketua pelajar sebelum tun jeanne sampaikan amanat beliau. Seterusnya siap ada forum berkaitan kesedaran pentingnya alam ini. Semua sekolah dan jabatan terpilih diberikan pokok untuk ditanam di kawasan premis masing masing nanti. Lepas tu semua pakat kuar untuk upacara menanam pokok kat tepi padang sigs. Bukan setakat vip tanam, semua pelajar pun ada bahagian masing masing. Browse lagi untuk tengok 17 picas seterusnya ATAU Klik sini untuk melihat seluruh picas the MPPs barisan guru SIGS ketibaan VIP dah mula dah program MC pagi tu bacaan doa ucapan ketua pelajar ucapan perasm

Dominasi MU di malam Hari Keluarga PPDJB

Imej
Habis semua tempat dipenuhi jejaka jejaka tampan bert-shirt MU.. Semalam, sebelah malamnya; satu jamuan + hari keluarga untuk PPDJB telah dijalankan bertempat di, PPDJB sendiri. Makanan melimpah ruah, semelimpah team MU yang turut sesat di majlis malam tu. Aku pun dengan sendiri terjebak juga dalam team ni. Nak wat cemano, belasah ajer la. Makanan memang la banyak sangat, dari derian, kacang pol, mee rebus, ayam, sate, jagung yang semua dibakar enak. Kembung perut aku sampai ke tengahari tadi. Erkkk.. Alhamdulillah.. Hehehehe.. Malam tu juga turut diraikan staf yang sudah bersara dan mantan PPDJB yang sekarang dikenali sebagai Timbalan Pengarah Hal Ehwal Murid, Bahagian Sekolah Harian KPM. Jeles nengok hadiah diaorang yang tahap gaban tu.. Majlis habis lebih kurang jam 10 malam. apa pun.. baju mu jugak yang mendominasi majlis tu.. yang penting AON tuh.. hahaha.. Browse ke bawah untuk 12 picas lagi ATAU Klik sini untuk keseluruhan picas malam tu wauuu.. memang abis m

Ni baru nak mula sibuk nih

Imej
Team Multimedia Sekolah Pintar in action.. Lama betul tak hapdet blog. Seminggu, memang rekod baru aku la. Biasanya.. well.. you know me kan.. So.. kita mula la cerita apa kebendenyer yang dok buat buat sibuk sangat ni kan. Ni sebenarnya baru permulaan baru nih.. betul masuk lam kesibukan lagi, baru bibir ja nih.. Memula minggu dah sibuk dengan training untuk team multimedia sekolah pintar nusajaya. Baru tubuh, baru belajar buat video, dan akan buat video korporat just untuk karnival ict yang akan dihadiri oleh TMJ nanti. Perghhh.. memang berasap.. tapi memang very good la team ni.. cepat tangkap.. Nak tengok lebih gi sini .. Dah setel dua hari buat bengkel video, sambung la pulak dengan lawatan tapak ke ppd baru. Memang kena turun pasal fokus pemantauan berkaitan ict. nice. sebelah petang gi jabatan jap untuk bincang pasal konsert retro nanti dan terus ke gelang patah sekali lagi untuk bincang pasal full video nanti ngan ketua team multimedia. Klik sini untuk tengok bangun