Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel syafinaz

Jom Ronda-Ronda : Gerai Roti Stim, JB

Lepas jer habis semua kat Persada, kami terus kuar. Cadangnya nak makan dulu. Setakat iqa for sure cadangan KFC mesti kuar punya. Last-last kitaorang makan kat bawah PPD tu jer, sebelah Nissan nyer HQ. Pasal lepas ni pun sesaja nak gi test nengokkan Livina kan. Leh tahan gak la makanan kat sini. Problemnya satu, masak memang slow and steady sikit. Tu sebab aku jarang makan kat sini tengahari. Iqa cam biasa makan meehun sup sama inaz dan ucu. Aku makan nasi goreng kampung telur mata sama mama. Ngam hoo.. Enjoice...Sharing is power!!!

Jom Ronda-Ronda : MISTI, Persada Johor Bahru

Semalam bawak bebudak ni pergi Persada, nak nengok MISTI. Kalau tak pergi melepas la bebudak ni ngan acara dwitahunan nih. Cuma kali ni dia drag setahun pasal sibuk urusan perpindahan ibupejabat dari Bukit Timbalan ke Nusajaya. Overall memang boleh tahan la. Macam biasa, tempat tumpuan aku ngan bebudak ni adalah Pusat sains dan Petrosains. Siap sempat mendaftar ahli kelab upin ipin lagi. Inaz nak beli anak patung ipin, so aku tanya; adik nak sebagai hadiah nombor satu ka? Boleh kata dia. Kebetulan inaz ngan iqa dedua dapat nombor satu pereksa pertengahan yang lepas, so; aku rasa diaorang memang ada alasan kukuh untuk dibelikan apa yang diaorang nak tu. Asalnya nak balik terus, siap dah bayar tiket parking lagi; pasal ziqri dah mengaruk. Sekali naik tingkat 1, diaorang offer lak untuk masuk pertandingan mengaler. Dalam beg pertandingan dah ada kaler. Iqa ngan adik memang nak masuk la. Tapi kaler tak best sangat. Setel jer kaler, pas kertas kat urusetia, terus chow. Memang tak l

Birthdayku dan syafinaz

Aku pun dah tak ingat dah pasal besday aku ngan syafinaz nih. Penat dok menyetel sistem pendaftaran tahun 1 online. Memang tak tahan nengokkan muka inaz tak puas hati pasal aku cakap hari ni besday ziqri. Mama dia leh rakam lak tu part tu. Apa pun dah makin tua setahun dah kami berdua. Semoga inaz akan lebih matang lepas ni. ps : cerita ini dirakamkan semasa cuti sekolah yang lepas, harap maklum.. hihihi Enjoice...Sharing is power!!!

Bila Iqa dan Inaz berkaraoke

Ha kau.. ikut stail inaz cakap. Tak ingat dunia tu. Yang paling best, diaorang wat sendiri semua. Habis la amik videocam mama. Pastu pakat rakam sendiri. Tak sempat nak rakam lagi sebab aku dah balik dan menyita videocam tersebut pasal lepas inaz rakam kaka dia nyanyi dah start adegan rebut merebut videocam. Enjoice...Sharing is power!!!

Jom Ronda-Ronda : Chicken Chop Medan Selera Larkin

Petang Ahad mama ajak kuar makan kat luar lagi. Teringin lak nak makan chicken chop kat bomba larkin yang berasap-asap tu. So, off we go to larkin. Sesampai jer terus gi gerai chicken chop berasap tu. Presentation memang superb, ayam a bit hangus, terutama yang dibahagian yang bersentuhan dengan hot plate tu.. Sos black pepper yang disimbah atas ayam tu memang best, cuma kalau ayam tu pun diperap sekali mesti lagi best. Harga satu plate RM10. Aku kasi 2 setengah bintang jer.. Walau apapun air kat sini memang best.. Enjoice...Sharing is power!!!

Jom Ronda-Ronda : Restoran Mana Lagi, Pontian

Jenuh cari tempat makan. Sama macam dulu. Pasal kat Batu Pahat memang kurang tempat makan yang kena ngan taste aku dan famili aku agaknya. Last-last cam dulu gak.. Cari restoran on the way balik, pasal kitaorang ikut jalan lama. Derian toksah cerita la. Memang bertabur tepi-tepi jalan tu. Nak jadi cerita, masa dok sibuk milih derian lepas pada senggarang tu, nampak la pulak restoran mana lagi ni kat tepi jalan sebelah kanan. Alamak. Belasah jer la. Pasal perut pun dah lapar. Mama order ikan siakap sederhana masak tiga rasa, tomyam campur tolak daging 2 orang makan, kailan ikan masin dua orang makan, sotong goreng tepung. Aku lak sesaja wat kelainan order mee ladna, pasal lama aku tak makan mee nih.. Rasa dia memang boleh tahan. Aku kasi 3 setengah bintang. Harga pun leh tahan. Baru RM67.. Boleh la kan. ps : tapi dia punya mee ladna aku leh kasi 4 bintang la.. ngam Enjoice...Sharing is power!!!

Edisi Mari Jalan-Jalan : Wet World Batu Pahat

Imej
Kalau tak jalan hari ni, maknanya sepanjang cuti sekolah ni, bebudak ni langsung tak gi memana. Kebetulan hari jemaat lepas banyak pulak hidayah yang tuhan turunkan untuk aku, jadi clear sikit kepala aku dan bolehla jengjalan hari sabtu tu. Alhamdulillah.. Target aku hari ni nak gi wet world. Sehari jer boleh enjoy ngan bebudak nih. Pepagi lagi dah kuar. Lebih kurang 10.40 kami sampai. Kira ngam la. Dia bukak jam 10. Orang pun tak ramai lagi. Sekali tiket dah naik daa.. Dari RM10 untuk dewasa dia naikkan jadi RM13, yang bebudak yang giler sikit.. Dari RM5 jadi RM11!!! Pergghhh... Tapi dia kasi air tin sorang satu.. Alah dah masuk harga tiket tuh.. Campur tolak ngan 2 pelampung besor yang setiap satunya RM14 dah lebih RM100.. Takper.. suka punya pasal, masuk ajer lah.. :: Klik untuk cerita penuh :: Kat dalam memula kena carik port dulu. Banyak meja ngan kerusi kat tempat ombak dah hilang. Maybe dah rosak, so dia dah buang. Alamek.. Susah ler cenggini. Kasi iqa ngan inaz

QClick! - Syafinaz first photo

Imej
Hari tu aku dah cakap pasal nak publishedkan gambo-gambo yang bebudak ni ambik masa first aku bagi kamera. So, ni aku bagi gambo yang syafinaz ambik dulu. Dia pakai kamera fuji 1.3 megapixel jer dan ambik tanpa flash.. :: Klik untuk cerita penuh :: Enjoice...Sharing is power!!!

QClick!

Imej
Hari ni secara rasmi aku dah serahkan kedua-dua kamera fujifilm aku kat kedua-dua balqis nih. Si Iqa memang dah lama aku serahkan kat dia Fujifilm A340 aku nih. Kebetulan masa dok ngemas dry cabinet aku tadi, terjumpa jugak lagi dua kamera p&s aku yang lama sony s40 dan fujifilm A101. Sony tu mana leh release lagi, lum sampai masa lagi. Tapi yang best fujifilm A101. Lama dah ni kamera ni. Kalau nengok memory card dia masih pakai smart media. 8mb jer lak tu. Leh ler untuk syafinaz. Belajar-belajar klik kan. Hari ni bagi dulu kebebasan untuk diaorang klik dulu apa yang diaorang suka. Nanti aku akan ajar sikit-sikit pasal komposisi.. Team ni aku namakan QClick! sebab kesemua nama anak aku ni ada Q dalam dia. So, senang nanti. :: Klik untuk cerita penuh :: Jumpa gak aku kamera fuji lama aku ni. Yang lam hitam tu la.. Dia punya casing pun oldschool.. kain jer.. yang sebelah dia dah casing keras.. Fujifilm finepix A340.. Ni kamera yang aku kasi kat Syafiqah.. Kamera ni aku

Ada apa dengan Inaz?

Imej
Apasal ni..? Inaz dari tadi asyik muntah jer. Keracunan makanan ke? Demam ke? Rasa ada sikit-sikit panas tu. Pelik la camni. Dah tak dapat nak tido dah ni. Sian Inaz. Ni dah kali yang ketiga dah ni. Memula tadi dia dah tido dah. Lam kul 11, tetiba Iqa menjerit. Mama, mama, adik muntah.. Bior betul. Aku tengok tangan dia.. memang dia muntah. Tapi macam takde jer. Sekali bukak lampu. Penuh kat toto. Kepala, satu badan penuh ngan muntah dia. Angkat dia bawak ke bilik air. Mandikan. Toto ambik yang baru. Dia sambung tido. Sekali jam 2, dia bangun lagi dan muntah lagi. Sama cam tadi. Terus mandikan, tukar baju. Toto dah abis. Semua tido atas katil. Adik ni kalau muntah lagi tak tahu la aku. Dah dua toto, dua kali tukar baju.. Sekali jam 3, leh dia bangun nak muntah lagi.. Terus bawak dia lari ke bilik air.. Ni yang terus tak leh tido ni. Takut-takut dia nak muntah lagi.. Cian adik..

KFC R&R Gelang Patah

Imej
Petang ni kuar jugak akhirnya ke KFC. Tu pun kena tunggu la sampai hujan seriat dulu. Hujan berkali-kali.. Macam dah nak berenti, lebat balik, macam nak berenti, lebat balik. Lam kul 6 baru betul-betul berenti. Iqa dah suka hati dah. Yey yey pegi KFC. Target aku R&R Gelang Patah yang menghala ke Singapore. Jamin buka punya. Ada dua cara nak gi R&R Gelang Patah ni. Yang pertama of coz la ikut highway. Tapi pastu, korang kena terus bawak keter sampai Singapore la, pasal tak sampai 2 km lagi korang akan terus sampai checkpoint kastam.. Aku ikut jalan dalam. Jalan nak ke SK dan SMK Kompleks Abu Bakar. Sebelum sampai tu ada jalan masuk ke R&R ni. Sampai jer kat sini tengok banyaknya keter parking. Sudah.. Mesti ramai orang nyer nih. Dan memang orang ramai giler, kebanyakannya Singaporean la sapa lagi kan. Tak pe la beratur aje la. Meja pun penuh gak. Mama gi booking dulu. Dok kat meja luar. Sebab senang nak order air dari gerai-gerai R&R. OK ler tu. Kisahnya petang tu, kitao

Ngidam air kelapa muda

Imej
Petang raya cina ni tetiba lak mama leh mengidam nak minum air kelapa muda. Biasa la orang berbadan dua ni. Tekak dia memang boleh teringin nak makan memacam. Semalam nak makan Yong Tau Fu, Kelmarin nak makan Cheese Cake.. Dah nama pun mengidam kan. Atuk ambik galah jolokkan kelapa muda. Memula kelapa biasa tu. Ala yang warna hijau tu. Sekali mama minum, dia cakap tak best; nak kelapa gading. Ye la.. Atuk amikkan kelapa gading lak.. Hmmm.. baru best.. Iqa ngan adik tak kisah memana pun diaorang minum jer.. pastu dok sibuk makan isi kelapa dia. Hahahaha.. Bapak dia toksah citer laa.. apa lagi.. sibukkk dok mengamil gambo jer... :: Klik untuk cerita penuh :: Kelapa hijau ka, kelapa kuning ka, sumer iqa ngan adik taram.. tarak tolak nyer.. Iqa nak minum air kelapa sama isi dia.. Kelapa yang sudah ditebuk.. tinggal nak ambik isi jer lagi.. Atuk kopek kelapa gading lak.. adik seperti biasa, dah tak sabar.. Ni yang kedua untuk iqa dan inaz.. tadah yerr.. Hmmm.. yummy.. adik sukaaa... Slidesh

Iqa & Inaz : Edisi buat homework

Imej
Sempena tahun baru cina ni semua sekolah daerah Johor Bahru khususnya bercuti selama 7 hari. Rasanya cikgu-cikgu pun dah bekalkan dengan kerja rumah yang secukupnya kepada anak-anak murid memasing. Iqa setakat ni ada satu kerja yang cikgu Fadzilah kasi. Kerja English. Tu pun aku tertinggal kat bilik pendidikan khas masa sibuk-sibuk berkemas lepas camping bebaru ni. Nak ambik kamera, homework lak tertinggal, ntah apa apa la. Memang dah makin tua dah kot. Sedangkan masa memula kerja pun pelupa... So, Iqa dok pulun buat kerja-kerja dari buku-buku kerja lain yang aku beli. Ni pun cam nak tambah beli lagi buku-buku untuk dia, pasal satu buku pun boleh dihabiskan sehari. Si Inaz lak kena kasi mood dulu kat dia, baru dia leh buat kerja. Kalau tak, siap leh tido la, nak susu la, memacam alasan dia.. Tapi petang ni dah ok sikit dah.. Kalau tak... Tu pun dah mama dia sibuk marah terjerit jerit la dan aku memang dah pegang rotan dah.. hahahaha :: Klik untuk cerita penuh :: Dah puas kena marah bar

Iqa & Inaz : Edisi balas dendam

Imej
Kalau baca tajuk memang ala-ala ngeri sikit, macam mafia la pulak; nak main balas-balas dendam pulak ni. Sebenarnya bukannya balas dendam gi pukul-pukul memember ka sapa-sapa ka, tapi balas dendam main; pasal dah dekat sebulan lebih asyik dok pulun belajaq ja kan. Kebetulan kak nurul diaorang, anak jiran sebelah pun ada; iqa pun apa lagi. Daripada baru sampai ke rumah, lepas main kat hutan bandar tadi tu; terus ajak kak nurul dia main sama. Memula biar jer la. Dan pastu pun aku pun terlelap. Sedor-sedor diaorang dah main depan rumah. Tadi main kat belakang. Dah siap pindah port dah. Pakat main Saidina lak tu. Biar jer la.. Kekurang Iqa belajar mengira duit kan. Sekali hujan pun turun. Jengok kat luar, masih kat tempat yang sama. Tapi main permainan lain la pulak. Nampaknya ni betul-betul alas dendam ni. Dari kul 1 tadi sampai la dah pukul 6 petang dah ni. Perrrgghh.. Dah masuk..!!! :: Klik untuk cerita penuh :: Si inaz pun tumpang sekaki.. memula menempel jer.. pastu... Amboiihh.. tak

Back to Hutan Bandar MBJBT

Imej
Lepas jer balik dari latihan Taekwondo tadi, Iqa ngan Inaz dah siap terlompat-lompat nak pergi taman permainan besar; gelaran yang diaorang kasi kat Hutan Bandar MBJBT ni. Jangan tersilap, terutama apabila orang skudai cakap nak gi hutan bandar; kalau dulu memang satu jer hutan bandar. Nun jauh kat JB sana nun. Tapi sekarang ni; kalau cakap pasal hutan bandar, kena tanya betul-betul; hutan bandar jb ker hutan bandar mbjbt. Hutan Bandar MBJBT ni terletak di sebelah trafik light terakhir sebelum tiba ke Lima Kedai. Jalan menghala ke Taman Orkid, Selesa Jaya semua tu. Tempat dia memang menarik. Kalau nak dikira, aku rasa ada lebih kurang 4 ke 5 pusat permainan kanak-kanak sahaja; yang dipasang berterabur dalam kawasan dia ni. Hari ni aku bawak bebudak ni main yang kat main enterence dan berhadapan dengan rumah limas. Kononnya nak main batman kat rumah terapung sana; tapi panas sangat, malas lak nak pergi menapak jejauh. Sekali boleh jumpa memember bawak anak jugak.. Hmmm.. Nampaknya ramai