Back to Hutan Bandar MBJBT

©2010mknaceunlimitedLepas jer balik dari latihan Taekwondo tadi, Iqa ngan Inaz dah siap terlompat-lompat nak pergi taman permainan besar; gelaran yang diaorang kasi kat Hutan Bandar MBJBT ni. Jangan tersilap, terutama apabila orang skudai cakap nak gi hutan bandar; kalau dulu memang satu jer hutan bandar. Nun jauh kat JB sana nun. Tapi sekarang ni; kalau cakap pasal hutan bandar, kena tanya betul-betul; hutan bandar jb ker hutan bandar mbjbt.

Hutan Bandar MBJBT ni terletak di sebelah trafik light terakhir sebelum tiba ke Lima Kedai. Jalan menghala ke Taman Orkid, Selesa Jaya semua tu. Tempat dia memang menarik. Kalau nak dikira, aku rasa ada lebih kurang 4 ke 5 pusat permainan kanak-kanak sahaja; yang dipasang berterabur dalam kawasan dia ni. Hari ni aku bawak bebudak ni main yang kat main enterence dan berhadapan dengan rumah limas. Kononnya nak main batman kat rumah terapung sana; tapi panas sangat, malas lak nak pergi menapak jejauh. Sekali boleh jumpa memember bawak anak jugak.. Hmmm.. Nampaknya ramai jugak cikgu-cikgi yang kuar jengjalan tengahari ahad ni yerk.. Kalau petang-petang ahad dijamin penuh ngan fotografer dan pengantin2 kat sini.

Selesai jer main sempat lagi iqa dan adik beli air dengan keropok lekor. Pastu cam biasa, singgah seven eleven gelang patah beli slurpee untuk mama. Takde benda lain dah yang dia nak. Tak tahu laa..

::Klik untuk cerita penuh::


©2010mknaceunlimited
Mesti nak main benda alah ni. Aku ngeri pasal bender tu memang besi padu. Bila lepas dia berayun ke belakang..

©2010mknaceunlimited
Nak main semua yang hardcore nyer.. Aduuuhaiii.. Layan jer la...

©2010mknaceunlimited
Waaaaa... sudah tak gayat dah ka iqa.. huih.. dah makin tinggi dah..

©2010mknaceunlimited
Bagusss.. siap tolong adik gitu..

©2010mknaceunlimited
Pasni kita main batman, pastu alat jogging, pastu... pastu...

©2010mknaceunlimited
Sempat melambai dari atas tu.. Tak silap rumah mersing agaknya...

©2010mknaceunlimited
Brader ni sibuk mengoter wau bule die.. petang ni mesti suka nyer ler tu.. siap pasang teraju tu..

©2010mknaceunlimited
Siap panggil suruh ambik gambo tu.. Alahai anak-anakku..

©2010mknaceunlimited
Meniti batang pinang.. tak ingat dah apa nama rumah ni.. tapi berdepan dengan rumah limas dan bersebelahan dengan gelongsor yang diaorang main tadi..

©2010mknaceunlimited
Bersama barang rampasan perang (pow) yang pertama...

©2010mknaceunlimited
Bersedia untuk dipow untuk kali keduaaa!!!


Slideshow penuh


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016