Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel skudai

Penantian yang sekian lama ditunggu

Imej
Akhirnya.. Setelah sekian lama menunggu. Akhirnya team takraw aku berjaya jugak menembusi hingga ke Final. Aku tak target banyak kali ni..Cukup sampai semi jer.. Sekali tetiba datang hangin.. Terus sampai ke final. Alhamdulillah.. Kelakar pun ada.. Dari mula kami main sampai ke semi.. memang hempas pulas.. terjerit-jerit cam tarzan.. memang psyco pihak lawan habis-habis.. Sekali sampai final.. aku lepak jer kat tepi ngan cikgu maarof.. Main rilek jer.. Aku dah nampak, si haiqal memang dah tak larat.. Team dia memang kurang sorang lagi player.. Harap dia ngan adik dia haiziq jer nak cover permainan.. Kasi jer la.. Apa pun aku dah puas hati sebab target aku dah bolos.. dari semi terus sampai final.. Memang tak terkata.. Yang paling best masa game last la.. Lepak jer kat tepi.. memember sekolah lain pun naik heran apasal kitaorang dah rileks jer.. Sebenarnya sekolah aku memang banyak bertuah hari ni. Mula dengan susunan awal lagi dah nampak.. Team A aku jumpa team B sekolah-sekolah lain,

Hari Sabtu yang sibuk...?

Imej
Hari ini hari Sabtu. Hari Sabtu ini sangat sibuk.. Kakakaka.. Tulis dan baca macam bebudak kelas belakang la pulak. Aku memang dah target hari ni mesti gila babas nyer.. Pepagi buta dah siap sumer. Start keter. Terus ke sekolah, sesampai jer nengok pintu dewan masih kunci, pintu pejabat pun kunci lagi.. Hahaha.. On-time la maknanya tu. Baru keluar keter, Pn. Teng sampai. Terus setelkan dewan. Pasang LCD dan laptop. Setel. Nengokkan bilik tayang lak. Rasa cam kureng jer.. Aku cabut wayar LCD, dan pasang kat TV baru kampus Astro.. Walllah.. Memang syiok la sikit mata dan telinga nak menghayati. Setel. Si Esah pulak dok meraban pasal scout. Bagi kunci pusat akses.. Tolong lebih kurang.. Setel.. Gi nengok takraw. Kasik kat Syamsul. Setel la tu.. Masa aku turun balik dari Kursus Pengawas nengok depa semua dah konker gelanggang takraw.. setel. Pastu kuar pi ambank bukit indah. Borak ngan guard.. mintak izin nak amik gambo.. setel gak.. Balik nengok kursus pengawas.. masalah lcd sama speake

Petang yang hening di SKTTA1

Imej
Murung jer petang ni. Semurung bebudak sekolah aku. Kisahnya lepas balik dari rehearsal tadi, aku sesaja lalu depan sekolah aku. Sekali nengok bebudak jersi oren lawan. Apa lagi.. Singgah la kejap. Sesampai jer baru tahu tu lawan penentuan.. Sapa menang masuk quarter final esok. Sekali kena la pulak.. 1-0.. Bengkerk tul la.. Sikit lagi nak skor. Adooohaaiii.. Yang cikgu sekolah takyah citer la. Aku rasa semua dah pakat berdiri tepi padang dah. Memula aku pun amik dari atas jer.. Sekali camni.. Rasa bengang giler. Turun bawah gak.. Tak puas hati beb.. Lepas habis game lepak-lepak jap ngan cikgu maarop, usop, ustaz sajoli, aishah n hazim.. Borak-borak jap sambil dok mengutuk bebudak tadi.. hahaha.. yang bebudak pun dok termenung jer kat tangga.. tensen la tu.. Takpa.. lain tahun kita terus johan mssd lah.. Sebelum balik nengok langit ni cantik la pulak. Terus snap.. Tu tandanya pas ni awan mendung akan pergi membawa cahaya kegemilangan pada sktta1.. Betuiii!!! :: Klik untuk cerita

Cendol pulut @ Green Jade Republic, Taman Universiti

Imej
Lepas jer amik mama kat sekolah dia, terus gi taman u. Banyak gak nak urus ni. Memula tinggal mama kat kedai buku.. Aku terus ke Cytech.. Satu.. nak beli ink untuk printer sekolah. Aku tanya aku ada RM120.. Ko taruk jer baper banyak ink yang boleh.. Eleh.. kasik aku RM10 gak sebotol.. Chaiittt.. Sekali kuar duit nak bayo.. alamak.. bior betuii.. aku tambah jer ler.. Kedua.. nak hantar jahanam repair printer aku sendiri.. Dah baper kali repair da.. head dia dah tiga kali tukau baru.. Sapa suruh tukau yang seken jer.. Padan muka ko kerol. Kali ni aku dah pesan kat eric.. Aku nak cartridge baru.. tak nak yang seken dah. Ko ingat aku takleh bayo ka cartridge baru.. Last-last tiga kali jugak aku hanto.. Baik beli baru.. kurang-kurang setahun lagi ker baru aku tukau baru kan.. Elok kuar jer mama tepon. Dah settle.. Aku wak keter amik mama. Sekali dia nak makan cendol pulut lak.. Berenti balik depan cytech.. Belasah cendol la dulu. Makan-makan-makan.. Dah jom balik. Masuk shell nak isi

Seharian di Stadium Larkin

Imej
Hari ni seharian la aku kat Stadium Hassan Yunus ni. Stadium lebih senang kami panggil Stadium Larkin jer.. Sebut Stadium Hassan Yunus kena pikir dua tiga kali la jugak.. Kesahnya ada Kejohanan Olahraga Zon Skudai kat sini pagi ni. Pagi ni aku kena in-charge bebudak quartermaster ni. Bebudak pengakap sekolah aku la. Pukul 7.20 kena merentas Angsana, memang haru la jawabnya. Dan memang, pagi ni jem memang giler babas sekali. Tensen beb.. Alhamdulillah.. berkat potong jalan dalam beberapa kali berjaya gak kami sampai sana lam kul 8.45 pagi. Semua sekali lak tu. Sekali tengok, si Shahir ada kat sana, si Sajuli tu ada kat tangga sinun. Habih la bilik-bilik khas berkait ICT sekolah aku hari ni, tutup rapat la jawabnya. Semuanya pakat kuar khusus untuk olahraga zon skudai ni nampaknya. :: Klik untuk cerita penuh :: Bebudak QM aku.. dah macam dugong jumpa pantai gamaknya. Troli pun pakat jakun nak naik reramai.. Sian tul aku nengokkan. Ada jugak yang kena sedas dua ngan aku ni.. Aku??! Pun ca

Kelas Taekwondo Iqa

Imej
Pagi ni kena siap awal. Sebab Iqa ada kelas Taekwondo kat sekolah dia. Kelas Taekwondo ni biasanya dibuat pada hari Sabtu jam 9.30 - 10.30 pagi. Tapi kalau hari Sabtu ni cuti umum ker, atau sekolah ganti; biasanya dia akan ditunda ke hari Ahad. So, lepas bangunkan Iqa; terus dia pergi mandi. Punya la lama dia mandi. Dekat sejam. Sampai adik dia pun terbangun jugak. Dah adik pun dah bangun; kena la tunggu adik dia sekali. Dua-dua bersiap nak gi sekolah. Lam keter toksah citer la. Kalau dua-dua ada memacam leh jadi. Nyanyi la, melalak la dan semestinya bergaduh sesikit. Sampai jer sekolah terus aku jumpa dengan coach dia. Nak settle bayaran baju ngan yuran bulan ni kan. Ramai juga yang dok membayar. Kasi diaorang dulu la. Pastu borak-borak sikit ngan coach, dan dia cakap gak kalau aku dapat amik kan gambo training ni. Memang aku nak amikkan pun. Pucuk dicita ulam mendatang. :: Klik untuk cerita penuh :: Ramai gak lam q nak membayar yuran, kasi jer la diaorang dulu kan.. Dah nak mula dah.