Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sktta

Program Memeterai Janji & Semarak Kasih

Imej
Program Memeterai Janji dan Semarak Kasih ini terbahagi kepada 3 slot. Slot pertama yang bermula pada pukul 11 pagi ini dimulakan dengan Motivasi Keibubapaan yang disampaikan oleh Tuan Haji Salamian bin Surip. Memang sangat menarik ceramah dan cara penyampaian penceramah ini. Semua yang hadir terpukau dengan caranya yang bersahaja dan sering kali beliau menyelitkan unsur-unsur jenaka dalam penyampaiannya. Beliau malahan meminta semua ibu bapa yang hadir untuk naik ke pentas untuk memeluk anak-anak masing-masing sambil mengungkapkan kata-kata perangsang ke telinga anak masing-masing. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan Upacara Memeterai janji yang diketuai oleh Ketua Pelajar. Pelajar seterusnya perlu meminta tandatangan daripada ibu bapa masing-masing sebagai tanda mereka telah merestui apa yang telah dijanjikan oleh anak-anak mereka tadi. Slot ketiga diisi oleh Tuan Guru Besar sendiri yang menyampaikan amanat beliau kepada semua disamping menerangkan hala tuju sekolah didalam me

Program Motivasi Murid Cemerlang

Imej
Program Motivasi Murid Cemerlang telah dijalankan dengan jayanya pada pagi Sabtu ini bertempat di Dewan Bestari, SKTTA. Program yang disampaikan oleh Tuan Haji Nor Azlan bin Haji Sarmudan ini berjaya menarik minat pelajar untuk terus mengikuti sehingga ke akhir dengan penuh tekun. Banyak perkara yang ditekankan oleh Tn. Hj. Nor Azlan dalam ceramahnya. Ada ketikanya pelajar sehinggakan menangis tersedu-sedu dengan kata-katanya. Semoga apa yang disampaikan oleh Tn. Hj. Nor Azlan dapat setidak-tidaknya membuka hati dan minda pelajar untuk terus berusaha dalam mengenali diri dan hala tuju masing-masing selepas ini. :: Klik untuk cerita penuh :: Majlis pagi ini dibuka oleh Cikgu Mahdalena. Inilah orangnya Tuan Haji Nor Azlan bin Haji Sarmudan. Mendengar dengan penuh tumpuan.. Terpaksa mencelah ke kir dan ke kanan untuk melihat bahan ceramah.. Berdoa kepada Tuhan supaya dibukakan hati untuk menerima hidayah daripadaNya.. Siapa rasa dia nak dapat 5A. Takkan taknak kan.. Senaraikan sebab kenap

Kelas Tasmi'

Imej
Mulai bulan Februari ni, Iqa ada kelas Tasmi' kat sekolah. Kelas Tasmi' ni kelas mengaji Iqra' dan al-Quran. Kelas ni dibuat lepas waktu sekolah. Ada jadual dia. Iqa darjah satu, kena hari Jumaat. So, tadi aku sesaja borak ngan cikgu bahasa cina Iqa, Pn. Teng. Takpe la dia cakap. Pergi la kelas Tasmi'. Satu hari saja. Bahasa cina pun dah ambik straight seminggu. Sehari jer tak masuk kan. Lepas jer waktu sekolah aku tunggu Iqa kat kantin. Aiihh, tak turun-turun lagi ni; dia terus gi kelas Tasmi' agaknya. Aku pun terus jer la gi bilik JQAF. Memang dia dah ada kat sini pun. Tengok dia tersengih jer. Iqa kenapa tak baca. Dia dah habis baca dah, kata ustazah dia. Boleh keluar tak? Boleh.. So, aku terus suruh dia keluar gi kelas bahasa cina dia. Hmmm.. dapat masuk dua-dua hari ni. Alhamdulillah.. :: Klik untuk cerita penuh :: Cam samurai stail Ustazah Noriah ni. Tak kisahla yang penting budak-budak paham.. Ustaz Sajuli yang nun jauh dipenjuru sana... Ustazah Chom di hadap

The colourful faces of SKTTA - Year One

Imej
Cikgu, nanti masuk kelas kami tau. Kenapa? Tadi pergi pejabat, cikgu tu cakap cari cikgu khairul. Yeker.. Terus gi pejabat. Bila masa lak kena relief class lak ni. Sekali nengok. Hah.. Betulla.. Sib baik bebudak ni datang carik. Waa... ni sudah ada peluang best ni. Selain boleh main games ngan bebudak ni, aku leh wat photo session. Hakhakhak.. Tarak kerja lain ka incek... Masuk jer lam kelas terus aku suruh semua bangun. OK.. Hari ni cikgu ada sau permainan. Sapa nak main... Sayaaaaa!!!! Semua suka main yeerr.. OK.. nama permainan ni adalah "Buat apa yang cikgu suruh". Nak main... OK semua berdiri. Sapa salah kena duduk balik. Orang yang last sekali berdiri dia menang. OK!!! So bermula la permainan kali ni. Simple jer. Suruh angkat tangan kanan, angkat tangan kiri, pusing belakang dan sebagainya. Rerasa korang diaorang boleh buat dengan betul ker.. Susah nak buat ngan betul. Pasal diaorang masih bebudak. Koordinasi diaorang masih lemah. So, bila kita selalu buat permainan cam