Sistem semakan online Penempatan Kluster Kecemerlangan Pendidikan/Sekolah Kawalan/KRK/KAA sekolah menengah daerah Johor Bahru 2011

Klik untuk gambar yang lebih besar
Dah setel jugak akhirnya sistem ni.. yihuuu
Perghhh!!! Memang berasap tul buat sistem nih. Satunya pasal tempoh masa yang sangat singkat, bagi aku la. Aku buat enjin nih satu hari, yakni semalam. Hani ni nunggukan data raw dari unit sekolah untuk diimport masuk ke table yang dah sedia aku buat. Yang berasap pasal semua dah menuding ke aku.. Hahahaha.. tak pernah lagi dapat perasaan cenggini. Ye lah kan. Ibu bapa mana yang tak eager nak tau pasal penempatan anak depa untuk tahun depan kan. Masalah aku, data perlu dimurnikan dulu berkali-kali, bukannya apa; nanti dah naik ada data bengong la pulak. haaa.. sapa nak menjawab kan. Tu yang berasap tu. Tengah dok teliti data satu satu, ada ajer parent yang call tanya pasal semak online. Tak kisah la, yang penting dah setel kan. Harap-harap sistem ok hendaknya.

Yang tambah berasap lagi, masa dah setel murnikan data dah jam 4.30 petang. Walau aku memang berhasrat nak balik lambat hari ni; tapi line internet lak bengong kat opis. Bengkerk tul. Dari nak balik lambat terus aku punch out, terus penut sampai rumah. Sampai mama pun tanya, ni balik pukul baper nih? Dah aku pecut. Memang la sampai awal. Biasanya memang aku bawak dengan lemah gemalai, mengharung jem kat jb untuk pulang. Hahaha.. Alhamdulillah. Semua jalan lancar. Walau ada sikit masalah pada awalnya masa import data tu. Lam kul 6 aku dah setel bab data. Pastu nengok part berjaya tu cam tak best. Ubah sikit design. Setel. Terus haplod ke internet. Semoga sistem ini akan dapat membantu ibu bapa menyemak keputusan dengan cepat. InsyaAllah.

url sistem --> http://jbdat.ppdjb.edu.my/semakrk

Kepada ibu bapa di daerah JB atau yang memohon sekolah-sekolah khas ni.. Anda dah pun boleh menyemak keputusan penempatan bila-bila masa sahaja..


Enjoice...Sharing is power!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016