Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel personal

PPD Johor Bahru 360

Imej
PPD Johor Bahru 360. Sempat buat satu pusingan jap depan pejabat sebelum masuk ke mesyuarat Ahad lepas. Yok layan. Hehehe

Sesi Urutan Steven

Imej
Sesi Urutan Steven. Sambil dok borak ngan memember lama. Sambil nak bangun dengan agak susah payah tu. Tetiba je en Hafith terus keluar cadangan. Gi urut tulang. Dan disinilah aku petang ni. Orangnya dah berumur. Steven. 70++. Borak borak jap. Terus masuk bilik urutan. Dah sudah. Dia suruh aku amik kamera. Dia amikkan gambo kaki aku yang diluruskan. Kaki kiri pendek sikit. U pernah jatuh terduduk ye. Kena kungfu jap kat pinggul. Sambung lutut. Pastu buku lali. Dia mintak kamera semula. K. Tengok semula. Aiyooo... Dua kecederaan lama. Satu kat punggung. Satu kat buku lali kanan. Maybe terpelecok katanya. Dia suruh aku jalan. Masih sakit kat tempat lama. Bahagian atas kaki. Dia suruh baring semula. Pegang. Tekan. U pakai safety boot? Spot on. Tiga tempat ada clot dia kata. Atas kaki. Sebelah tepi ibu jari. Dan bahagian bawah setiap jari. Habih la kena brush up lagi. Huhuhu. Part ni memang aku tak tahan. Perghhhh!!! Sebelum balik dia kasi pil. Saya sangat jarang kasi pill. Tapi rasan

Akhirnya... che ti terkono

Imej
Akhirnya... che ti terkono. Solalu larik larik dopan den. Kojap sano, kojap sini. Ish ish ish. Den taruk porangkap. Terlopeh yo. Sekali pagi tadi, atuk lotak laie, tapi kek tompek lain la. Kono. Yihaaa... Den suko sangat. Den posing posing yo. Menjorit yo kojonyo. Dan den kono marah dongan nenek nu ha.

Pagi Ahad yang gemilang

Imej
Pagi Ahad yang gemilang. Seronok tul pagi ni. Layan bulan yang hampir penuh dulu, sementara nunggu adik inaz. A bit jem kat tempat biasa. Alah bisa tegal biasa la. Sampai sampai lif dah terbuka. Dedua pulak tu. Sekali masuk... jeng jeng jeng... dapat jogging naik sampai aras 5. Habis meeting. Ada 4 ferrero rocher atas meja. Sib baik puasa kan... hehehe

Ziqri new powed toy

Imej
Ziqri new powed toy. Hehehe. Boleh ka tajuk lagu tu. Mainan baru pow atuk dia. Lejen ni. Kereta remote berwayar. Memula dia blur. Dah tunjuk lelama baru dia paham. Tu la. Selama ni dok main keta remote control ja. Dapat yang ada barrier. Memang la amik masa nak paham. Memula main last last dia yang seret keta. Pas dah paham baru la dia leh lepak main gohed gostan la kan.

Maruku making time!

Imej
Maruku making time! Pagi ni. Selesai ja berbasikal. Lepak-lepak kemas rumah sikit. Kasi tukar katil. Yang besi kasi tukar kayu, dari bilik ucu tu. Yang besi dah lunyai dilompat lompat si iqi. Pastu suka pulak main bawah katil. Seriau tercucuk besi ja. Pastu kat dapur nenek ajak wat maruku. Berteromba la the girls, berebut nak nolong. Last-last moncong si adik inaz. Dia dapat part ngemas kuih siap masuk balang. Tak puas hati ler tu. Ehehehe

Kayuh-kayuh pagi : Edisi biawak paya

Imej
Kayuh-kayuh pagi : Edisi biawak paya. Pagi ni saja aku bawak kebudak melencong ke arah paya. Saja nak tengok jalan yang thrill sikit. Sekali. Jeng jeng jeng. Jumpa biawak. Dah takut si adik inaz dan iqi. Aku cakap teruskan ajer. Kan dah nak sampai ke jalan besor balik. Sekali kat ujung pun ada sekor lagi. Terus adik ajak patah balik. OK ler. Kang lain jadinya pulak ni kan. Adik pun bukan mahir sangat bawak basikal lagi.

Johor Premium Outlet getaway

Imej
Johor Premium Outlet getaway. Ni bukan cerita baru. A bit lama. 14 Jun yang lepas. Sesaja layan mama yang nak cuci mata katanya. Mana tau ada yang berkenan dan mampu kan. So. Merayap la kami berdua ke sana. Aku banyak melepak di bangku. Layan kaki, lepak. Last last dapat la dua barang. Satunya beg, satunya jam.

Hari terbuka SK Taman Nusa Perintis 2014

Imej
Hari terbuka SK Taman Nusa Perintis 2014. Tengahari tadi, langsung ke sekolah kebudaks. Ada hari terbuka. OK ler. Dedua OK. Cuma. Jalan memang jem abis la. Semua pakat nak datang ke hari terbuka yang dibuat dalam masa sejam tu aje kan. Tak kisah la. Masa balik bawak kebudaks gi KFC. Esok harijadi adik busuk. Hehehehe. Epi besday! budak besday esok ->

Sesi manja manja hari Sabtu

Imej
Sesi manja manja hari Sabtu. Hari ni nak kata lepak pun idak, sibuk pun idak. So-so lah. Paginya hantar kebudaks gi sekolah dulu. Sebelum buat terapi berbasikal aku. Pastu... Gi mandikan si putih kat pitstop. Dah berdaki dah tu. Ekekeke... sesi sental daki kat kedai

Jelajah Lungsuri Akar 2014 - Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara : fifth day full report

Imej
Jelajah Lungsuri Akar 2014 - Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara : fifth day full report. Ada dua tempat pilihan sebenarnya. Pertama, penang; lalu jambatan kedua. Yang kedua, aloq setaq. Tapi, disebabkan atuk kedah kena check darah. Teruih la kami gi aloq setaq saja. And bila dah sampai sana. Atuk kedah tak dapat menyusul pasal dah dua kali darah kena ambik hari ni. Badan penat. K. Berbalik pada pusat sains ni. Ni kira edisi balas dendam pasal hari tu tak puas main lagi kat sini. Kami masuk muzium padi dulu masa tu. Tinggal setengah jam ja masa untuk bermain lam pusat sains ni. So. Hari ni. Belasah abis abis. Paling best layan wayang 3d. Terbaeekkk!!!! Walaupun hanya ada 3 cerita pendek ja. Tapi memang terbaeekkk!!!! Pusat sains ni free ja tau. Then Balik. Hujan lebat. banyak tempat naik air. Tawakkal ja redah. Alhamdulillah selamat sampai ke rumah sebelum maghrib. ni ja anggota rombongan hari ni. paksu dan atuk kedah tak dapat nak join. takpa. lain kali kita pi lagi

Jelajah Lungsuri Akar 2014 - Jalan tar baru : fifth day full report

Imej
Jelajah Lungsuri Akar 2014 - Jalan tar baru : fifth day full report. Pagi ni banyak tempat nak gi nih. Atuknya nak gi check darah. Akunyer nak gi alor setar. Apa pun. Pagi ni kerja kerja turap jalan ke rumah mak ngah haiza dah berlangsung. Apa lagi. Terus gi nengok jap. geng geng pemantau bebas dah sampai...

Jelajah Lungsuri Akar 2014 - Baling Town walkabout : fourth day full report

Imej
Jelajah Lungsuri Akar 2014 - Baling Town walkabout : fourth day full report. Cari jajan sikit. Harga disini a bit murah dan senang aku dapat. Ronda bahagian depan aje. Memang nak cari jajan ja pun. Sesambil tu lepak nunggu mama depan post opis lama. ni ler old town baling. nostaljik beb

Majlis Tahlil di rumah nenek yang

Imej
Majlis Tahlil di rumah nenek yang. Ambil berkat malam nisfu Syaaban sekali. Nenek yang sangat gembira. Satunya, semua dapat bersama. Meriah dan ceria dapat bersama. Keduanya, rumah pun dah dinaiktaraf. Alhamdulillah. Yang tek bestnya. Lama la pulak aku berdiri malam tadi. Kan dah sakit kaki aku pagi ni. Aduiii... Aku tau aku akan sakit, nak buat camner. Tak sanggup la pulak aku nak keluar duk kat luar jap semalam. majlis bermula. yang si iqi tu buat apa tu agaknya tu.. hehehe

Jelajah Lungsuri Akar 2014 - Homestay Abah rebranding : fourth day full report

Imej
Jelajah Lungsuri Akar 2014 - Homestay Abah rebranding : fourth day full report. Memandangkan hari keempat ni lebih kepada hari melepak aku, aku habiskan masa untuk rebranding balik Homestay Abah. Bukannya dari segi fizikal la. Lebih kepada bidang aku, yakni maya lah kan. Dari segi logo, web dan fb pages. Korang leh check webnya di http://homestayabah.wordpress.com . Kalau nak fi FB pages dia just gi ke  https://www.facebook.com/HomestayAbahBaling . Train big bos camner nak handle dedua nih. Logo. Cam biasa lah. Dah terdemam kufi, kufilah jadinya logonya. Browse through for the imej of the two Homestay. Apa pun. Dalam ni aku taburkan ajer. Nak tengok yang tersusun cantik korang gi ler ke dedua link yang aku bagi. Tapi... dalam sikit masa lagi lah yer... new angle dan terus big bos approve the picas to be the new imej for the homestay. hehehe

Jelajah Lungsuri Akar 2014 - Enjoying the nature : fourth day full report

Imej
Jelajah Lungsuri Akar 2014 - Enjoying the nature : fourth day full report. Penuh jadual berjalan aje tiga hari, so; hari keempat kita enjoy kat kampung aje terlebih dahulu. Lepak lepak layan bendang, layan rambutan, layan mempelam, layan berbasikal keliling kampung, layan segala layan lah. Read on... suka la kat kampung nih. bebas segala!