Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel malaysia

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob angkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia kesembilan

Imej
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob angkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia kesembilan. Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia kesembilan di Istana Negara pada jam 2.28 petang hari ini. Ismail Sabri, 61, yang juga Naib Presiden UMNO adalah perdana menteri ketiga yang dilantik dalam tempoh tiga tahun sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018, selepas Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan kehadiran 30 tetamu jemputan. Turut sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat serta beberapa pemimpin utama parti politik yang menyokong Ismail Sabri. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mkna

Selamat Hari Wesak 2021

Imej
Selamat Hari Wesak 2021 khususnya pada semua pengunjung blog yang beragama Buddha. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Hackathon Data Terbuka Malaysia 2019

Imej
Hackathon Data Terbuka Malaysia 2019 merupakan satu pertandingan pembangunan aplikasi/produk menggunakan set data yang disediakan di Portal Data Terbuka Malaysia sebagai data asas di samping menggunakan sumber-sumber data lain. Penganjuran Hackathon ini bertujuan untuk menyediakan ruang perkongsian ilmu, mempromosi produk atau inisiatif digital perkhidmatan awam dan menggalakkan penglibatan komuniti dalam membangunkan produk inovasi menggunakan Data Terbuka Malaysia. Penyertaan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan. Penyertaan adalah percuma dan terbuka dan kepada semua warganegara Malaysia secara berkumpulan di mana setiap kumpulan dihadkan kepada dua (2) hingga lima (5) orang sahaja. Penyertaan adalah secara dalam talian terbuka kepada tiga (3) kategori iaitu: - Kategori 1 : Sektor Awam - Kategori 2 : Universiti dan Industri - Kategori 3 : Pelajar Sekolah Menengah Penggunaan set Data Terbuka daripada Portal Data Terbuka