Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel malaysia

Top Eleven 2018 : My National Team - Malaysia terchenta

Imej
Top Eleven 2018 : My National Team - Malaysia terchenta. Lantak la orang nak kata apa kan. Opcoz aku akan pilih team Malaysia as my national team. Memula main memang masak la. 3 bintang je dia bagi. Paling top pun si Akram Mahinan - 4 star. Pengalaman banyak mengajar. Berabis semua token jugak untuk dapat 1 player 4 star dan 1 goalkeeper 5 star. Lepas tu kasi training abis abis. Minggu 1 aku jadi pasukan belasahan aje. Takpe. Season dua aku mula naik. Yang penting training kena kaw kaw, gameplay aku main short aje. Minggu 2 aku dapat kalahkan semua team on one shot. hari hari yang ada aku habiskan tenaga on training aje. Hari ni masuk Minggu 3. Aku amik team paling hard dulu. Amerika. First main. Boleh pulak seri 2-2. Takpe. Perabis energy dalam 4. Return semula. Dapat 2-1. Yang best, dah cukup point untuk free player. Aku pilih midfield 5-star walau umur dia paling tinggi, sebab dia ada kelebihan sebagai playmaker. Lepas ni gameplay leh ubah right flank pulak kan. Layannn...

Dr Mahathir serah nama Menteri Persekutuan baharu

Imej
Dr Mahathir serah nama Menteri Persekutuan baharu. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara dan menyerahkan senarai nama Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Menteri Persekutuan yang baharu. Pelantikan itu adalah mengikut "perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan. Dr Mahathir telah diterima mengadap oleh Yang di-Pertuan Agong pada jam 5 petang hari ini bersamaan 18 Mei 2018. Senarai nama yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong adalah seperti berikut: Perdana Menteri 1. Tun Dr Mahathir Mohamad (Bersatu - Langkawi) Timbalan Perdana Menteri 2. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR - Pandan) Menteri BERSATU: 3. Menteri Dalam Negeri: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh) 4. Menteri Pendidikan: Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam) 5. Menteri Pembangunan Luar Bandar: Rina Harun (Titiwangsa) PKR: 6. Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Tun Dr Mahathir Angkat Sumpah Perdana Menteri Malaysia Ketujuh

Imej
Tun Dr Mahathir Angkat Sumpah Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Tun Dr Mahathir Mohamad dengan rasminya diisytihar sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh apabila istiadat mengangkat sumpah selamat berlangsung di Istana Negara, pada Khamis malam. Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Pemimpin-pemimpin kanan negara, pegawai kanan kerajaan dan dif-dif kehormat yang diundang, turut menjadi saksi peristiwa penting itu. Selepas enam dekad, Balairong Seri sekali lagi menjadi lokasi bersejarah yang merakamkan detik peralihan politik setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang berusia 92 tahun itu juga mecipta rekod tersendiri apabila kembali dipilih untuk menyandang jawatan tertinggi pentadbiran negara buat kali kedua. Selain daripada itu, beliau juga melakar portfolio istimewa apabila menjadi Perdana Menteri tertua di dunia, seperti yang dilaporkan media antarabangsa. Terdahulu