Sabtu, 5 Mac 2011

Adik Inaz demam

Klik untuk gambar yang lebih besar
Dah kena cucuk ambik darah.. cian adik inaz
Hari Khamis lepas adik inaz demam panas. Petang tu, aku terus ke klinik bawak adik inaz. Masuk jumpa doktor and ayat yang tak gemar aku tunggu pun kuar.. kena check darah ni. Alamak.. Kalau aku zaman kebudak dulu dah lari kuar spital dah nih.. Ni memang bebetul aku lari. Tapi ni cemana nih.. Bawak inaz masuk. Letak atas kerusi..

Abang kena pangku anak ni bang.
Ye ker.. Alamak.. Terus aku pangku inaz. Tapi tolong pegang sekali yer..
Boleh.. memang saya tolong pegang sekali ni..

Sekali dia cucuk. Ngan aku pun dah kenoning kepala. Sudah.. Lagu mana ni.. Bapak dia yang lebih lebih nak tumbang dulu. Abis.. cemana nak buat ni. Kepala aku dah weng. Masa misi tu urus inaz. Aku sandar kat kerusi tu, layan kepala jap.. Bengong cenggini..

Pastu aku gagahkan diri jugak bangun bawak sample darah tu ke makmal. Semua mata dah dok tengok aku. Aku rasa jalan terawang-awang tu. Mesti tahap melelong nyer aku jalan. Sampai makmal. Letak sample darah tu, terus aku rebahkan badan ke kerusi. Pergghh.. Alhamdulillah.. berjaya gak aku sampai.. Rehat jap.. Tenangkan diri balik.. Pejamkan mata, sambil peluk inaz..

OK bro
Hmmm.. ok kot..

Ada jugak orang menyapa. Sian kan.. Tu la masalah utama aku dari dulu. Mabuk darah. Cemana ntah nak ilangkan. Ada yang kata kena layan tengok filem yang kasi darah ajer.. setakat nengok rambo 4 itu hari pun aku dah rasa mual nak mampus.. Tapi kena usaha jugak.. Kalau tak.. kesian kebudak nih..

Enjoice...Sharing is power!!!

3 komen: