22 lebuh raya beri diskaun tol sehingga 37.5 peratus sempena Aidilfitri

Foto shared from http://mrchaon.blogspot.com

22 lebuh raya beri diskaun tol sehingga 37.5 peratus sempena Aidilfitri. Sebanyak 22 lebuh raya di seluruh negara akan memberikan rebat dan diskaun tol pada kadar lima hingga 37.5 peratus sempena Aidilfitri. Ketua Pengarah, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir Ismail Md Salleh, berkata daripada jumlah itu 17 lebuh raya akan memberikan diskaun tol pada kadar lima hingga 37.5 peratus bermula dari 7 hingga 9 Ogos ini.

Manakala itu pengguna bagi 5 lebuh raya kendalian PLUS berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus apabila membayar tol menggunakan sistem elektronik pada 5, 6, 14, 15 dan 31 Ogos bersempena dengan cuti Hari Raya Aidilfitri dan sambutan Hari Kemerdekaan yang akan datang.

Menurut Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid, rebat tol tersebut diberikan kepada orang ramai yang menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG ketika membayar tol di lebuh raya kendalian PLUS. Ia merupakan salah satu daripada langkah PLUS menyemarakkan sambutan hari raya dan Merdeka. Selain itu, ia adalah di antara strategi PLUS menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan lebih pantas.

Pemberian rebat tol tersebut juga merupakan langkah PLUS untuk mengagihkan trafik dan menggalakkan orang ramai untuk bergerak pada hari-hari di luar waktu puncak.  Menurut Noorizah, rebat tersebut boleh dituntut di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS apabila pengguna menambah nilai kad elektronik mereka bermula pada 16 September sehingga 15 Disember ini. Tuntutan rebat tol selepas tempoh tersebut tidak akan diterima. PLUS menjangkakan jumlah trafik akan meningkat sebanyak 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan setiap hari pada musim cuti yang akan datang.

“Justeru itu, kami menggesa orang ramai supaya membayar tol secara elektronik sebagai satu langkah untuk mempercepatkan transaksi tol dan membolehkan orang ramai melalui plaza-plaza tol dengan lebih selesa dan lebih cepat,” kata Noorizah. Namun begitu, rebat tersebut tidak akan diberikan kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan jambatan Pulau Pinang.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam