Hospital Sultanah Aminah - one whole day in it

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarHari ni, hari jumaat; satu hari penuh kami berada di spital besar johor ni. Dari pagi bawak ke tengahari, dari tengahari bawak ke petang, dari petang bawak ke maghrib. Semuanya sebab ternanti-nanti keputusan ujian darah ziqri. Semalam semasa masuk, bacaannya 20; memang agak tinggi. Sebelah petangnya alhamdulillah dah turun 17.9. Bacaan malamnya pulak 15.6. Tu yang buat ternanti-nanti apa keputusan untuk sebelah pagi ni. Jam 12 tengahari doktor dah mula ambik darah Ziqri balik. Katanya jam 3 nanti baru tau bacaannya. So, takpe lah.. mama tunggu lah di situ. Aku lak pergi semayang dulu ke semejid abu bakar dulu.

Sekali balik, ramai yang dah menunggu. Katanya ada masalah kat makmal. So delay sampai jam 4 petang. Tunggu la dulu. tunggu punya tunggu masih tak kuar lagi. Semayang dulu la. Mana tau lepas asar nanti tau keputusannya. Sekali lepas asar pun sama jugak. Doktor kata maybe 6 lebih nanti tau kot. Kalau lepas 7 masih tak tau maknanya kena tahan lagi lah. Tuhan memang nak uji betul hari ni. Sampai ke maghrib masih takdepapeyeii..

Akhirnya, lepas maghrib; aku ambik keputusan kami berdua balik dulu lah.. Esok pepagi kami datang balik. Semoga Ziqri dilindungi rahmat tuhan dan selamat sentiasa. InsyaAllah. Harap-harap esok bacaannya semakin baik dan dah boleh kuar. Walaubagaimanapun.. memang banyak hikmahnya kami berada kat sini. Boleh belajar susukan ziqri pakai cawan dan banyak lagi la.

::Klik untuk cerita penuh::





©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Semasa lam perjalanan ke spital memang banyak pemandangan seperti ini.. kerja rerajin ye bro.. pas ni tak la jem sangat..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Menjawab pelbagai persoalan dari kaum keluarga dan sahabat handai..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Banyak masa kami dihabiskan kat sini. kekadang masuk balik.. bila doktor dok buat checkup.. sini la kami lepak..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sesekali jengah ziqri.. kalau nampak dia menangis ker apa, baru masuk.. aku la.. mama memang lepak kat dalam..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Rehat jap kat kafe.. ambik tenaga balik...

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Pengalaman paling berharga.. minum susu pakai cawan kicik..


Enjoice...Sharing is power!!!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Amiable fill someone in on and this mail helped me alot in my college assignement. Thanks you as your information.
Cik Cinta berkata…
patutla nama spital macam kenal kat johor rupanya..

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied