Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kedah

A night at Grand Crystal Hotel, Alor Setar

Imej
A night at Grand Crystal Hotel, Alor Setar. Pilih hotel ni sebab ada pool. Tapi pool dia tak sesuai untuk kebudak tanpa pengawasan. Takkan aku nak berendam ngan kebudak ni aje. Dan langsung tak berendam pun, pasal aku sibuk di SMK Hutan Kampung untuk himpunan guru muda 1 malaysia. Last last lepak lam tub ajer la. Lepas tub, ziqri ngan ultraman dia ler, inaz dan iqa ngan study dia. OK.

Himpunan Guru Muda 1 Malaysia Zon Utara : Persiapan

Imej
Himpunan Guru Muda 1 Malaysia Zon Utara : Persiapan mula menampakkan kesibukannya. Semua booth dah mula penuh. Baru ada feel sikit. Team GM1M Utara memang best. Semua dah ada pada sebelah petangnya. Penang, Perlis, Kedah. Tinggal Perak ja masih on the way. Petang tu jugak kaki en. saiful yang terseliuh masa pi rikki persiapan di sabah di oberhol. Terbaeekkk!!!! Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Jom makan makan di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah

Imej
Jom makan makan di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah. Tempat ni tempat nostalgia aku dulu. Mana taknya. Belajar kat MRSM Beseri, dari Baling mesti singgah Alor Setar dulu, sebelum naik bas lain pulak ke Kangar. Dari Kangar naik bas lain lagi menghala ke Padang Besar. 3 bas tu. Dan biasanya, kat pekan rabu ni la jadi tempat makan aku sementara nunggukan bas ke baling. Masa tu bas mara memang paling awal dan terakhir aku dapat adalah pada jam 7 malam. Terlepas yang ni, pepandai la macam mana nak balik baling. tu bas terakhir. Sampai baling pun dedekat pukul 10 malam dah. tak tau la camna la ni.

Homestay Abah - Penambahbaikan

Imej
Homestay Abah - Penambahbaikan dibuat lagi. Tamabah bangunan baru lagi. So, kini dah ada dua rumah under the name of Homestay Abah. Untuk yang lama, besar. Boleh muat sehingga 30 orang. 5 bilik tidur, ruang tamu yang besar, dapur, 2 bilik air, dua tandas, semuanya berasingan. Untuk yang in progress ni, kita buat ala-ala hotel, dua bilik, ruang tamu, dapur, 2 bilik air + tandas. Dedua ada ruang lepak yang best mengadap ke gunung baling. Boleh enjoy scenery masa pagi dan petang. Kalau masa sawah menguning tu lagi best. Apa pun kalau nak detail boleh gi ke laman web Homestay Abah di alamat  http://homestayabah.wordpress.com . So, just browse to see the progress bagi bangunan baru yang dibina bersebelahan dengan bangunan yang lama. Bukan apa, ramai yang nak tapi tak boleh nak masuk. Full booked. Bila ada dua, senang ler sikit untuk layan permintaan tetamu kan. Boleh jugak contact terus ngan tokei, cikgu abu hassan di talian 013-4365352. Harga jamin anda puas hati.

Dinar Burger Man, Baling

Imej
Dinar Burger Man, Baling memang famous. Letak dia depan pasaraya Aneka. Kat sini la memula aku kenal oblong tu apa. First time beli oblong daging biasa ja. Dah terbiasa mula la beli special, taruk telur. Pastu makin advanced mula la beli oblong cheese special. Masa ni dah tak beli daging biasa dah, dah hapgred ke kambing dah.

Ayam Golek Taman Desa Cempa, Baling

Imej
Ayam Golek Taman Desa Cempa, Baling ni memang terbaeekkk!!!! Biasanya aku beli yang orang panggil ayam golek beratur tu. Sekali masa balik dari hutan kampung, tutup la pulak. Terus try yang ni. Superb lah. Terasa beb. Must try. Letaknya berdekatan jalan masuk ke Taman Desa Cempa. Kalau dah jumpa bilion tu tandanya korang dah terlepas. kekeke.

Durian gergasi

Imej
Durian gergasi. ni cerita kat kedah dulu. gambar ni pun semua mama yang amikkan. kecuali gambar derian kat dapur tu. kebetulan atuk kedah simpankan untuk aku. bukan untuk makan, tapi amik gamba. hahaha. aku memang tak gemar makan derian sejak masuk u dedulu. derian ni atuk kedah beli masa masuk ke sempadan ngan mama dan kebudak sebelah siangnya. aku memang takde pasal aku ke hutan kampung untuk persediaan himpunan guru muda 1 malaysia.

Himpunan Guru Muda 1 Malaysia Zon Utara - Persiapan

Imej
Himpunan Guru Muda 1 Malaysia Zon Utara - Persiapan Keluarkan semula entry yang dah lepas... lama dulu... kat kedah. seken last himpunan awal. Paginya bertolak dari rumah den kek kampung la kan. Gambar wajib mesti la amik... Gambar wajib amik setiap pagi - gunung baling dah la makan nasi lemak ikan masin, tambah ikan gelama lagi tu

Seharian di Baling

Imej
Lama tul entry ni dok bersarang lam blogger. Tak post post jugak. Hari ni pun paksa diri untuk menulih dan tekan butang post pasai pekan rabu minggu lepaih kat baling. hahaha... tu yang dok kata dah lama bersarang lam blogger. tinggai nak tekn butang post ja. So, rabu lepas pakat keluaq pi pekan rabu macam biasa la. ni ja hari yang ada untuk aku enjoy kat baling. khamihnya dah mula nak sibuk kat aloq setaq dah. Macam besa, gambaq gunung belakang rumah aku memang tak lepaih dari lensa kamera henpon aku nih. Tapi sesambil tu ambik gak gambaq rumah aku ni.

Jom balik Kedah jom

Imej
Jom balik Kedah jom. Walau pada asalnya, memang aku nak terus drive sampai ke Kedah. Nak pi himpunan guru muda la kan. Walau pada mulanya aku memang tak berhajat nak pi. Tapi dah alang-alang cuti sekolah, kampung sendiri pulak tu. Takkan tak mau turun kan. Tempat lain boleh aku pi, tempat sendiri tak pi memang melampau la kan. Sekali kena kat kulai sampai ke atas jem teruk. Terus call adik. Tidur bangi ajer la. Esok pepagi sambung semula gerak ke kedah. Pasal bila pikir pikir, mau pagi buta aku sampai ke kedah ni. So, pi la lepak ke bangi semalam. Berenti makan kat pagoh. Punya la ramai orang. nak kata lagu mana, semua tensen pasal jem tadi kan. Kat machap memang full house. langsung aku gerak ke pagoh. nak parking pun sampai dekat setengah jam aku musing cari lot. ni yang best. apa yang diletak semua sapu licin. orang ramai. senang citer, tadak tengok tengok lagi dah. jumpa ja ambik, bayar, makan.

Foto yang paling aku minat

Imej
Pokok stea berlatarbelakang gunung baling in early 90 Ni la foto yang paling aku minat. Foto yang simple sahaja. Gambar sepohon pokok di tengah sawah, berlatar belakangkan sebuah gunung. Apa yang spesel sangat sampai aku minat tahap gaban tu. Simple jer. Ni pokok sebelah rumah aku di Baling, Kedah. Pokok ni dah takde dah sejak tengah 90an lagi. Yang uniknya, sepohon pokok ni sebenarnya gabungan dua pokok, pokok kelapa laut yang orang kampung aku panggil stea, dan lagi satu aku tak tahu. Best pasal kita boleh panjat terus sampai ke buah kelapa laut tu. Aku memang tak sangka aku boleh tengok dan jumpa gambar pokok ni. Masa tu aku dah kat universiti. Tak silap aku, kalau gini keadaan suasananya, maka gambar ni diambil sekitar hujung 80an atau awal 90an. Foto ni aku jumpa dalam sebuah buku perjalanan seorang jurugambar dari Thailand sampai ke Singapura, dan diabadikan setiap tempat yang disinggahinya melalui gambar. Tu yang adanya gambar pokok ni tu. Dan tu jugak sebabnya aku su

Back to Bandaraya

Imej
Jom snap snap picas sebelum balik semula ke bandaraya. Suka tul muka sang kebudak semua. Ye lah... kat sini bebas meronda.. dah satu kampung dironda ngan basikal. Si Ziqri pun habis satu rumah dia ronda sorang. Nanti tunggu raya kami balik lagi... Tunggu... Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Long Wan Baling

Imej
Sebelah petangnya meronda pekan Baling lagi. Target asal nak beli selipar dan kasut untuk kebudak. So terus lah kitaorang ke Pasaraya Long Wan. Sekali sampai sini... apa lagi.. Belanja sakan la.. Tu yang sampai 3 set kasut dan selipar jadinya. Lum kira baju seluar segala. Sekali masa nak kuar, boleh la pulak ada sorang budak sibuk merengek nak mamee; pasal ada budak beli mamee satu pek tu. Ajak naik atas, sepeket besar aku beli. Haaa... makan puas puas.. Siap dapat pelekat doraemon lagi.. Kekekeke.. Sapa nak bagi kan.. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!