Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ke

Seharian beraya ke rumah terbuka di hari Sabtu

Imej
Seharian beraya ke rumah terbuka di hari Sabtu. Hari Sabtu lepas seharian kami habiskan dengan ke rumah-rumah rakan dan saudara yang membuat rumah terbuka. Setel ja urusan dengan penyewa baru, terus pulang untuk memulakan ekspedisi. Dua di taman nusantara selesai. Sambung cuci kereta dulu. Malamnya sambung lagi ke rumah pak utih. suasana malam gemilang pun sempat dirakam. Jangan tak rakam.

BR1M 2014 disalur terus ke akaun bank penerima

Imej
BR1M 2014 disalur terus ke akaun bank penerima. Ni yang dinanti nantikan. Ni baru namanya data driven. Tak payah penat penat lagi beratur panjang. Pastikan maklumat akaun bank dikemaskini dalam portal rasmi, dan... automatik masuk akaun ja lepas ni. BR1M 2014 disalur terus ke akaun bank penerima KUALA LUMPUR: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan disalur terus ke akaun bank penerima. Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, ia akan dimasukkan ke  akaun bank penerima bagi mereka yang memberikan maklumat akaun bank dalam borang permohonan. BR1M 2014 yang memanfaatkan hampir 5.9 juta isi rumah dan dua juta individu bujang akan mula dibayar pada Februari depan Orang ramai boleh mengemaskini  maklumat akaun bank secara online dengan melayari http://www.hasil.gov.my atau secara manual dengan mengisi borang pendaftaran. Sebarang soalan juga boleh diajukan kepada pasukan bajet 2014 melalui  03-8882 9089 atau email di bajet2014@treasury.gov.my . Kenyataan tersebut turut memberitahu

Jarak paling singkat ke tempat kerja

Imej
Jarak paling singkat ke tempat kerja. Setakat ini, inilah jarak terdekat aku dapat, dari rumah ke tempat kerja. Tapi bila sekolah dah buka, for sure dah tak boleh guna jalan ni sebab lalu 3 sekolah. Sent from Samsung Mobile

Ke kip mart memburu item

Imej
Ke kip mart memburu item. Balik ja dah ada ngajak ke kip mart. Nak beli mixer la. Baulu la. Layan ajer la. Mixer elba lam rm145. Kat gp takde stok. Baulu dapat ler seploh sebesen tu.

PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM)

Imej
PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) imej shared from ululalbabkoputra.blogspot.com Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyediakan satu sistem pendidikan yang unggul berteraskan Sains dan Teknologi bagi pelajar Bumiputera yang berpotensi dalam bidang tersebut untuk menggalak dan membimbing pelajar ini khususnya di luar bandar menyertai aktif dalam pembangunan ekonomi negara . Dengan ini, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan untuk tujuan tersebut. Bermula dengan penubuhan MRSM Seremban (kini Kolej MARA Seremban), Kota Bharu, Kuantan, Kuala Terengganu dan Kulim (kini Kolej MARA Kulim), MRSM kini telah berkembang menjadi 32 buah MRSM di seluruh negara. Berikut adalah senarai Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) terdapat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. MRSM Beseri, Perlis MRSM Langkawi, Kedah MRSM Pendang, Kedah MRSM Kulim, Kedah MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang MRSM Transkrian, Pulau Pinang MRSM Gerik, Perak MRSM Lenggon

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 2014 ASRAMA 1MALAYSIA

Imej
PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 2014 ASRAMA 1MALAYSIA Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Asrama 1Malaysia (A1M) telah dibuka kepada semua murid Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan tahun 2014. Syarat-syarat permohonan kemasukan ke A1M boleh dirujuk di dalam Borang Permohonan Ke Tingkatan Satu Asrama 1Malaysia 2014. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian selewat-lewatnya pada 30 Januari 2014.   SYARAT – SYARAT PERMOHONAN I. Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA sahaja yang akan ke tingkatan 1 pada 2014. II. Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana. III. Aktif dalam kokurikulum dan sukan. IV. Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR di sekolah semasa di mana pemohon belajar. V. Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain (Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas dan Kelas Aliran Agama). VI. Calon yang menerima tawaran ke Asrama 1Malaysia mesti bersek

Yok ke pasar tani taman nusantara

Imej
Yok ke pasar tani taman nusantara. Lama tak ke sini. Beli makanan rutin. Char koey teow. Ayam goreng.  Kulit pun aku beli tau. Duriannnzzz..

Jom ke klinik

Imej
Jom ke klinik. Dedua balqis demam la pulak. Nak buat cemana. Bawak ke klinik. Amik ubat. Si kakak lagi teruk. Ada ubat tekak. Selsema. Demam. Batuk.

Kembali ke pangkuan

Imej
Kembali ke pangkuan semula. Setelah hampir tiga tahun bersama mama, hari ni secara rasmi livina jadi kenderaan utama aku semula. Welcome back bro.

PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) KEMENTERIAN

Imej
PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA imej shared from smsainsrembau.blogspot.com Permohonan hanya secara online melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my . Satu (1) salinan permohonan lengkap perlu dicetak dan diserahkan kepada Guru Besar/Pengetua sekolah asal untuk pengesahan. Permohonan hanya sah sekiranya Guru Besar/Pengetua telah mengesahkan cetakan permohonan tersebut dan juga pengesahan permohonan secara online di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).    SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN SATU (1) Murid mestilah warganegara Malaysia; Murid Sekolah Kebangsaan; Murid mencapai 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Kriteria berikut boleh dipertimbangkan ke SBP iaitu : murid mencapai sekurang-kurangnya 4A 1B serta aktif sukan atau permainan sekurang-kurangnya mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. murid dari keluarga miskin berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (Ku

Semakan Tawaran ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh 2014

Imej
Semakan Tawaran ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh 2014. Dah boleh semak dah di url berikut apps.moe.gov.my/sbpt1/semakSBP_rayuan. Just masukkan angka giliran UPSR 2013 dan klik butang semakan. Semak. Jika berjaya dan bersetuju, cetak surat untuk dibawa semasa hari pendaftaran. Sent from Samsung Mobile

Selamat pulang ke desa

Imej
Selamat pulang ke desa. Hari ni, jalan-jalan utama seluruh negara dijangka sesak. Berhati-hati ketika memandu pulang ke destinasi masing-masing. Pemanduan berhemah, mengelakkan Aidilfitri berdarah. Ikut jadual yang dicadangkan. Cukup rehat, bersabar. Insyaallah. Kita dapat lakukannya.  Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Jengjalan ke Param KipMart

Imej
Jengjalan ke Param KipMart. Setel ja pemantauan 16 Julai tu, sempat lagi kami gi KIPMart. Sesaja jengjalan. Nak tukar baju raya la, nak beli makanan la, nak beli lauk la. Read on...

Yok ke Bangi

Imej
Yok ke Bangi. Jom gerak. Sebelum tu siap posing posing bagai kat depan rumah. pastu baru mula gerak. pastu lepak habis habisan di pelbagai hentian. untuk memacam cerita. ahahaha. layan ajer la. lepas makan malam kat elmina. gi lepak putrajaya jap. sekali hujan pulak daa... pastu sebelum gi rumah makyang cari fareeda jap. nak tengok tempat yang glamer sangat tu. read on...

Lawatan Balqis ke Puteri Harbour Family Theme Park

Imej
Lawatan Balqis ke Puteri Harbour Family Theme Park. Pada senin lepas adik gi Hello Kitty. Tapi pasal baru tahun 1, memang banyak benda dia tak boleh buat dan bawak. Sampai nak beli barang pun tak boleh. Tapi of coz. Barang kat situ meme mahal bebenor. Hari ni giliran kakak dia pulak buat lawatan. Enjoy sakan la. dengan kameranya. dengan joli kataknya. ish ish ish.. layannn

Lawatan Syafiqah ke Melaka 6 April

Imej
Lawatan Syafiqah ke Melaka 6 April bersama rombongan sekolah dia. Dari awal 6.30 pagi aku dah terpacak depan sekolah dia. Penat nunggu. Masih tak tepati masa jugak. Last last, jam 7.30 pagi baru jalan. Around 10 pagi dah call. Dah sampai dan buat lawatan. OK ler tu.

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2013 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Imej
Semakan Secara Online Kemasukan Murid Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh, KPM Bagi Sesi 2013 sudah boleh dibuat di laman web http://apps.moe.gov.my/sbpt1/semakan_sbpt1_2013/index.cfm . Pastikan maklumat ANGKA GILIRAN calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran UPSR calon. Pada yang ingin membuat rayuan, permohonan E-Rayuan boleh dibuat bermula 24 Disember 2012 Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH SENI MALAYSIA AMBILAN 2013

Imej
Sukacita dimaklumkan bahawa semakan tawaran ke Tingkatan 1 (SATU) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2013 bagi murid-murid Tahun 6 Sesi 2012 telah boleh dibuat melalui sistem online eSSeM bermula pada 11 Disember 2012 hingga 31 Disember 2012. Sila layari web sistem online eSSeM  untuk membuat semakan. Masukkan angka giliran UPSR dan klik butang semak. Selamat menyemak. ps : pasti ramai yang ternanti-nanti keputusan permohonan ke SBP kan... Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Edisi Paksarela ke Jusco Bukit Indah

Imej
Balik ja dari SDARY, mama sudah ajak paksarela ke Jusco bukit indah. Nak cari cadar. So, usha usha lebih kurang. Beli yang berbaloi la. Pastu di beli donut kat big apple. Jengjalan usha kedai kedai yang kena boikot tu. Tapi setakat kat bukit indah ni orang tak endahkan sangat pun... maybe sebab singaporean, or maybe diaorang memang tak layan berita tv kot. Agaknya la kot. Yang pasti satu jusco dah bersalji. Hohoho... aku rasa nak raya pun ketupat naik lambat. Ni. Sebulan sebelum dah mula. Entah la.... bukan pilihan aku beli donut salji tuh siap tiup trompet lagi restaurant street yang lengang donut yang perlu dihabiskan derian yang juga harus dihabiskan rak baru yang perlu disiapkan cadar pilihan hati Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Moh ke rumah terbuka

Imej
Dah setel bab rumah, baru boleh beraya. Yihuuu... Jom raya puasa 6 yok!!! dah sampai... jom serbu ada ala ala siti masa dia kahwin tak, lambai dari balkoni hehehe seronoknya makan menu giler aku petang nih, mihun soto kambing bakar tak cukup lagi tu, siap ditambahkan sate makan jangan tak makan cun giler rumah Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!