PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) KEMENTERIAN

PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
imej shared from smsainsrembau.blogspot.com
Permohonan hanya secara online melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my.
Satu (1) salinan permohonan lengkap perlu dicetak dan diserahkan kepada Guru Besar/Pengetua sekolah asal untuk pengesahan. Permohonan hanya sah sekiranya Guru Besar/Pengetua telah mengesahkan cetakan permohonan tersebut dan juga pengesahan permohonan secara online di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
  
SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN SATU (1)
Murid mestilah warganegara Malaysia;
  1. Murid Sekolah Kebangsaan;
  2. Murid mencapai 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Kriteria berikut boleh dipertimbangkan ke SBP iaitu :
  1. murid mencapai sekurang-kurangnya 4A 1B serta aktif sukan atau permainan sekurang-kurangnya mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
  2. murid dari keluarga miskin berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (Kumpulan Miskin Tegar) mendapat sekurang-kurangnya 3A 2B dalam UPSR dan
  3. Aktif dalam kokurikulum.

SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN EMPAT (4)
  1. Murid mestilah warganegara Malaysia;
  2. Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan ; dan
  3. Kelayakan akademik keputusan PMR seperti berikut :-
    • Memperoleh Gred A bagi sekurang-kurangnya Enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Antarabangsa / Bahasa Ketiga
    • Memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Sains dan Matematik
    • Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran lain
  4. Permohonan ke Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Agama Ikhtisas, calon perlu memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran Bahasa Arab; dan
  5. Aktif dalam kokurikulum
  
TAWARAN INI HANYA SAH SEKIRANYA MURID MEMENUHI SYARAT-SYARAT SEPERTI BERIKUT:
  1. Murid mestilah warganegara Malaysia.
  2. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
  3. Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
  4. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.
KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID

Semakan keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 27 hari setelah keputusan UPSR diumumkan. Ianya  boleh dibuat melalui ketetapan berikut :
  1. Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia;  www.moe.gov.my
  2. Kaunter BPSBPSK
  3. Talian BPSBPSK : 03-83217400
  4. Kaunter JPN / PPD yang berhampiran
  5. Makluman melalui SMS
  6. Kiosk BPSBPSK
PAKEJ ALIRAN DAN MATA PELAJARAN TINGKATAN SATU (1) YANG DITAWARKAN DI SBP
JENIS ALIRAN
Layari entry berikut untuk senarai penuh SBP data berakhir Disember 2013
SAINS

Jenis SBP yang ditawarkan
  1. SBP Terawal (Premier)
  2. Sekolah Menengah Sains (SMS)

Pakej Mata Pelajaran
  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Sejarah
  6. Geografi
  7. Kemahiran Hidup
  8. Pendidikan Islam / Moral
  9. Bahasa Antarabangsa (*Satu Bahasa Pilihan; Bahasa Arab / Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Mandarin)
AGAMA

Jenis SBP yang ditawarkan
  1. Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP)
  2. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)
Pakej Mata Pelajaran
  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Bahasa Arab Komunikasi
  4. Matematik
  5. Sains
  6. Sejarah
  7. Geografi
  8. Kemahiran Hidup
  9. Pendidikan Islam / Moral
  10. Bahasa Antarabangsa (*Satu Bahasa Pilihan; Bahasa Arab / Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Mandarin)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied