Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel johor bahru

Our 2014 family portraiture photography - in square

Imej
Our 2014 family portraiture photography - in square. Mulanya kisah si adik inaz nak gambo potrait. Nak buat tugasan sekolah dia. Alang-alang terus amik 2014 punya picas kan. Pastu cam best la pulak kalau amik lam square. Maka, terjadilah kisah ini.

Sambutan ringkas harijadi atuk Johor

Imej
Sambutan ringkas harijadi atuk Johor. Simple and easy. Memula makan-makan kat Pizza Hut. Pastu sambung pulak kat rumah cik wi. Ucu bawak kek ngan donut big apple. Iqi siap nyanyi lagu birthday dengan gembira. Sib baik tak pandai lagi main gitar. Kalau tak...

Raya keempat di ofis

Imej
Raya keempat di ofis. Cam biasa. Suasana sama cam semalam. Cuma lebih ramai sikit orang. Telefon pun dah mula bunyi sikit-sikit. Masih bertugas di tempat yang diamanahkan. Tengahari. Terpaksa lunch di Mamak's. Again. Terpaksa.

Lagi tetamu dari jauh

Imej
Lagi tetamu dari jauh. Kali ni giliran pak ngah man dari port dickson pulak. Lama kami bersembang. Seronok lama tak bertemu. Dalam nak balik, cik uji pulak sampai ngan cik wi. tapi kes tersesat. alang alang dah sampai, terus singgah. Sambung lagi alkisah. memang meriah malam semalam.

Kesukaran mencari makanan di raya ketiga

Imej
Kesukaran mencari makanan di raya ketiga. Pergghhh... Leh tahan jugak nak mencari makan lepas raya ni. Ye lah. Yang bekerjanya berapa kerat jer. Takkan kafe opis nak bukak untuk kami kami ni aje kan. So. Nak tak nak kena la merantau mencari sesuap nasi. Sarapan. Hmmm.. Kedai melayu sekitar toksah la dok cerita. Semua tutup serapat rapatnya. Last last mamak's ajer la. Berderet orang kat mamak's. Lunch kena cari lain tempat la. Terus ustaz azman cadang larkin sentral. Jamin ramai. Memang betul. Terasa seronok sikit ramai orang ni. Ye lah. Sunyi beb.

Ole ole dari Baling : Ketupat daun palas, mazola dan semperit

Imej
Ole ole dari Baling : Ketupat daun palas, mazola dan semperit. Dapat jugak makan kuih kuih dari Baling. Adik bawakkan dari kampung. Ziqri paling suka makan ketupat daun palas. Siap cakap. Iqi suka makan triangle. Triangle sedap, senang bukak. Tak macam square. Memula pikir jugak. Mender dia cakap ni. Baru perasan dia dok banding dua jenis ketupat nih. Yelah. Yang satu ni pakai tangan ja bukak. Yang satu lagi kan kena potong dulu. Hehehe...

Raya kedua yang hampir non-stop

Imej
Raya kedua yang hampir non-stop. Perghhh... Hampir non-stop tetamu hadir hari ni. Yang bestnya ngam ngam dan tak bertembung. Satu demi satu hadir. Baru pulang. Datang yang next. Terus kensel nak jalan raya hari ni. Malam ni tak tahu lagi ler. Meriah tul ini tahun.

Makin susah nak potong rambut si ensem

Imej
Makin susah nak potong rambut si ensem. Nak ke kedai gunting? Jangan harap. melalak ja nanti. Kena bagi dia leka bermain, atau sambil mandi. Baru boleh. Kalau tak. Jangan harap la. Pening pening.

Seharian di Colombia Asia Hospital

Imej
Seharian di Colombia Asia Hospital. Satu hari aku kat sini semalam. Ye lah. Doktor ada 3 kes. Dua kelahiran normal, satu cesarean. Memula sampai. Tunggu jugak sampai jam 12. Sekali tanya nurse, doktor ada kes. OK. Fine. So, balik dulu, lepas sembahyang jemaat baru datang balik. Semasa tunggu, tetiba ada kes lagi. OK. Tunggu lagi. Doakan permudahkan kelahiran tu. Hari ni hari orang, hari kita belum tau. Harap semua berjalan baik. Then doktor masuk balik. Alhamdulillah. Baby semua ok. InsyaAllah. Doc kata maybe boy. Tapi bulan depan baru leh confirm. Lebih ke situ la katanya. Balik singgah pulai jaya jap n ronda pasar ramadan jap. Gerai pun dah tak banyak. Tu yang aku suka kot. Hehehe...

Kad Ucapan Selamat Hari Raya dari Muhammad Haziq Ziqri

Imej
Kad Ucapan Selamat Hari Raya dari Muhammad Haziq Ziqri. Semalam. Ziqri buat kad raya kat sekolah dia. Cikgu dia ajar katanya. Ni khas untuk abah mama dia kata. Hehehe.

Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jama'ie Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jama'ie Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Majlis ini disempurnakan semalam bertempat di Pusat Kokurikulum Johor. Lambat sikit haplod. Masalah line yang agak slow sikit semalam, disamping... gambo pun agak banyak. Tetamu kami semalam adalah mufti Johor sendiri. Dimulakan dengan majlis khatam al-quran, seterusnya penyampaian hadiah pemenang sudut Ramadan, sedikit tazkirah oleh dato' mufti sendiri dan diteruskan dengan majlis iftar. So... let's the picas do the talking. Enjoice!

Seharian melayan pelabelan

Imej
Seharian melayan pelabelan. Perghhh. Hari ni memang menarik. Satu demi satu query diteliti. Tiba masa untuk semak pada tapak. Turun ke dua sekolah dengan bilangan mismatch terbanyak. OK. Nampak cam a bit OK. Perlu sedikit penambaikan lagi. Sesambil tu beronline sesama team yang lain. Banyak lagi yang diperolehi. Perbetul lagi. Sekarang ni tak sabar nak nunggu data baru untuk buat sampling baru. Yihuuu... Sesambil tu layankan kalender yang baru aku jumpa tersorok lam printer tak dihargai. Huhuhu. Pastu nengokkan bunga telur yang bakal diberi untuk majlis khatam quran esoknya.

Pagi Ahad yang gemilang

Imej
Pagi Ahad yang gemilang. Seronok tul pagi ni. Layan bulan yang hampir penuh dulu, sementara nunggu adik inaz. A bit jem kat tempat biasa. Alah bisa tegal biasa la. Sampai sampai lif dah terbuka. Dedua pulak tu. Sekali masuk... jeng jeng jeng... dapat jogging naik sampai aras 5. Habis meeting. Ada 4 ferrero rocher atas meja. Sib baik puasa kan... hehehe

Jom ke Majid Murtabak Nombor 1, Kampung Kurnia, Johor Bahru

Imej
Jom ke Majid Murtabak Nombor 1, Kampung Kurnia, Johor Bahru. Semalam. Mama ada kursus. Kat Majidi. So. Masa balik singgah kat majid. Leh tahan tempat ni sekarang. Banyak gerai tambahan. Marbeles. siap ada kotak baru.

Calculating the shortest route

Imej
Calculating the shortest route. Sekarang dah banyak cabang jalan dari rumah di gelang patah dengan tempat kerja. Cabaran utama... jalan paling dekat dan tak banyak trafik. Yang biasa ni lah. 24km++. Lalu jalan sayur. Gelang patah. Nusa perintis. Medini. Horizon hill. Pagi tadi aku lalu route b. 22km++. Nusantara. Nusa cemerlang. Horizon hill. Esok ada dua route lagi nak ngetest.

Jom gerak

Imej
Jom gerak. Sempat lagi tu. Amik tugasan sebelum balik. kena setelkan ppt pasal 14 inisiatif nooo...

Edisi lama : Majlis Perpisahan Encik Zainal

Imej
Edisi lama : Majlis Perpisahan Encik Zainal. Pun edisi lama yang tak pernah dikeluarkan sebelum ini. Awal Januari lepas di the zone, JB. Gajet digunakan... Sony Experia Neo. Layannn...

Journey back from Bengkel Kerja Perlaksanaan Dashboard Prestasi PPD

Imej
Journey back from Bengkel Kerja Perlaksanaan Dashboard Prestasi PPD. Kengkonon leh sampai lam kul 8 - 9 la kekdahnya. Campur tolak jam, berenti bagai... jam 1 pagi baru aku sampai rumah di gelang patah. Huhuhuhu... Sengsangat la penatnya... Read on...

Last Ramadan on Johor Bahru

Imej
Last Ramadan on Johor Bahru. 4 Ogos merupakan Ramadan terakhir kami di Johor Bahru, sebelum kami bertolak pulang ke Baling keesokan harinya. So, banyak nak disetelkan pada hari ni. Tak nak ada yang terlepas sebelum pulang berhari raya di kampung nanti. Read on...

Minggu akhir Ramadan di Johor Bahru

Imej
Minggu akhir Ramadan di Johor Bahru. Banyak aktiviti luar berlangsung mingu minggu akhir nih. Aku dah tak rasa cam puasa dah pun. Kerja datang tak putus putus. Dari awal Ramadan lagi. Masa berlalu macm air terjun. Yang paling best lagi, masa ni la Ziqri kena Chicken Pox. Sudah. Aku ja yang berjaya buatkan dia makan ubat. Orang lain, jangan harap la. So, kena amik cuti selang selang just nak jaga dan pastikan dia makan ubat on time. Read on...