Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel gelang patah

Jenjalan topup ration

Imej
Jenjalan topup ration. Jenjalan jap. Gi kedai cik ani. Beli roti. Kebudak tetiba nak roti bakar. Sesambil bawak si bulat Fiqri. Meronda.

Masjid Jamek Gelang Patah 20151113

Imej
Masjid Jamek Gelang Patah 20151113. Khutbah. Aurat. Intipati. Aurat tak mengira jantina. Semua ada batas masing-masing. ps : Hmmm... From todays onward. Akan ada satu logo lagi... Malaysian PhotoBlogger. Keep on updating!

Tiang telefon usang

Imej
Tiang telefon usang. Alamk. Dah tinggal sikit ja lagi besi tu. Huhuhu...

Kampung Melayu Baru, Gelang Patah 20151031

Imej
Kampung Melayu Baru, Gelang Patah 20151031. Jenjalan jap sambil senap senap.

Taman Nusa Perintis, Gelang Patah 20151031

Imej
Taman Nusa Perintis, Gelang Patah 20151031. Isi minyak jap kat Petronas. Jenjalan sekeliling.

Majlis Kenduri Kak Ani Langsir

Imej
Majlis Kenduri Kak Ani Langsir. Semalam. Dewan Terbuka Jalan Wawasan. Hari ni baru berkesempatan update. Pilihan menu memang banyak. Layan. ADUN pun turut sama hadir.

Spagetti untuk sarap

Imej
Spagetti untuk sarap. Dari semalam nak makan spagetti. Pagi ni baru dapat. Ye lor. Lauk pauk punya la banyak semalam. Hari ni baru la ok sikit untuk a new food. Layan.

Solat Sunat Aidiladha @Surau Nur Taufik

Imej
Solat Sunat Aidiladha @Surau Nur Taufik Pagi ni kami solat di surau nur taufik. Depan rumah. Jalan kaki ja pergi. Tahun ni takde korban dari kami nampaknya. InsyaAllah tahun depan. Panduan Solat Aidilfitri / AidilAdha Solat sunat hari raya puasa (Aidilfitri) dan solat sunat hari raya haji (Aidiladha) hukumnya sunat Muakkad (sangat digalakkan). Segala rukun, syarat serta sunatnya adalah sama seperti solat biasa. Cuma ditambahkan dengan bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara setiap takbir. Solat sunat hari raya dikerjakan pada hari raya pertama iaitu pada 1 Syawal bagi solat sunat Aidilfitri dan 10 Zulhijjah bagi solat sunat Aidiladha. Waktu mengerjakannya ialah antara ketika mula terbit matahari sekadar segalah hingga tergelincirnya matahari. Solat Aidilfitri sunat dilewatkan solat untuk memberi kesempatan kepada kaum muslimin membayar zakat fitrah (kerana zakat fitrah afdal dikeluarkan sebelum solat

Gerai Jamaliah on tapau sarap

Imej
Gerai Jamaliah on tapau sarap. Sesaja gi sini pagi ni. Lama no tak gi. Alhamdulillah buka pagi ni tatkala banyak kedai dan gerai yang dah tutup. Tapau mihun, mee dan nasi goreng. Tak lupa roti kosong dan telur. Dah balik baru teringat yang aku ni puasa. A bit lebih sikit la beli tadi kan. Ehehehe. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Aza Green Haircut

Imej
Aza Green Haircut. aBit late sikit hapdet ni. Sibuk ngan kerja-kerja yang perlu dibereskan sebelum aku amik cuti nak nengok iqa UPSR. Cerita ni berlaku hari sabtu lepas. Dah rimas kepala baru reti nak gi barber. Sesuka hati aje aku ni. lagi tak rimas, lagi tu wat bodo je. Ekekeke. Ntah bila nak berubah tak tau la. Tetambah dengan sibuk kerja. Kekadang buat tak tau aje.

Sarap @Taman Mas, Gelang Patah

Imej
Sarap @Taman Mas, Gelang Patah. Pagi ni penuh ngan program. Baik mama, atau Iqa. Singgah sarap dulu kat Taman Mas. Roti Tampal cam biasa. Aku? Nasi Goreng Kampung udah la. Pasal tahu roti a bit late dan sangat ramai yang mengorder.

Jenjalan Santai di Jalan Wawasan 2

Imej
Jenjalan Santai di Jalan Wawasan 2. Lepas kena paksa ekekeke, baru la si Fiqri ni dalam jenjalan ngan aku keliling jalan wawasan. Terima kasih mama pasal berjaya paksa aku jenjalan. Mama soh kuarkan stroller dari dalam kereta. Tapi aku rather dukung aje, sebab sapa tak kenal anak aku. Mana ada sorang pun yang senyap je lepak lam stroller. Semua aktif belaka cam bapak dia. So. Jenjalan la kami serata rata jalan wawasan dua nih. Lagi pun, aku pun tengah dok paksa diri untuk tak makan ubat dan amalkan gaya hidup sihat kan. Ni ler masanya. Ehehehe

Majlis perkahwinan Aniza dan Hafizal

Imej
Majlis perkahwinan Aniza dan Hafizal. Reramai gi sini tadi. Gi awal sikit. Tu pun dah ramai sangat orang. Nak tunggu sikit lagi, kesian pulak nengok tetamu yang makin ramai. Tahniah pada kedua mempelai. Selamat pengantin baru!

Klinik 1Malaysia Taman Nusantara First Visit

Imej
Klinik 1Malaysia Taman Nusantara First Visit. Balik ja dari sesi mencari ikan laga, mama cakap Fiqri makin panas ni. Ingat pulak klinik banyak yang tutup hari ni; hasil ronda satu gelang patah cari ikan tadi. Takpe la. Jalan aje la. Nengok untung nasib. Sekali sampai kat lampu trafik taman nusantara tu, terpandang satu papantanda yang memang selalu pun aku nengok, tapi tak pernah gi. Apa kata kita try gi situ. Boleh jugak kata mama. Terus belok walau diri sendiri pun tak tau di mana letaknya klinik ni. Sekali sampai simpang empat depan flat, signboard dah arah masuk ke flat. Bio betui. Sekali memang betui. Letaknya kat tingkat paling bawah flat taman nusantara tu. Tempatnya ok. Orang pun tak berapa ramai. OK la untuk sakit sakit ringan kan. Bukak setiap hari dari jam 10 pagi sampai 10 malam. Tahniah. Jap ja setel. TQVM.

Yok Raya Johor 2015 : Kompleks CIQ

Imej
Yok Raya Johor 2015 : Kompleks CIQ. Dua buah rumah, Cikgu Yati dan Cikgu Khairani. Memula parking kat Blok A, area tengah. Ingatkan dekat blok A dan D. Rupanya... Kena bawak kereta jugak la. Terima kasih atas undangan.

Yok Raya Johor 2015 : Cik Juliana

Imej
Yok Raya Johor 2015 : Cik Juliana. Khas untuk rakan-rakan sekelas 6A iqa. Cuma iqa yang datang lambat sebab mama pun nak beraya sekali dengan ex rakannya dulu.

Yok Raya Johor 2015 : Cikgu Diyana

Imej
Yok Raya Johor 2015 : Cikgu Diyana. Raya lagi kat Johor ni yer. Sebulan beraya ja. Layan aje ler.

Fiqri's July Check-up Appointment

Imej
Fiqri's July Check-up Appointment. Kalau nak diikutkan sepatutnya Oktober baru tiba turn seterusnya. Tapi disebabkan beratnya tak sampai KPI dah kena datang jugak ini bulan. Alhamdulillah OK. So. The next one will be on October. Yihaaa... Tak boring sangat hari ni sebab Fiqri seronok main lompat-lompat ngan kawan baru. Sebaya, tua beberapa hari.

Yok Raya Johor 2015 : Mama and her students

Imej
Yok Raya Johor 2015 : Mama and her students. First round wave katanya. Ready for the next upcoming wave. Hehehe...

Yok Raya Johor 2015 : Cikgu Salmi

Imej
Yok Raya Johor 2015 : Cikgu Salmi. Sebelah malam semalam. Sambung raya lagi. Siap sesat. Nombor rumah bertaburan. Sib baik jumpa. Iqi tak cukup, menambah mihun sup. Walau daging.