Solat Sunat Aidiladha @Surau Nur Taufik

Solat Sunat Aidiladha @Surau Nur Taufik


Pagi ni kami solat di surau nur taufik. Depan rumah. Jalan kaki ja pergi. Tahun ni takde korban dari kami nampaknya. InsyaAllah tahun depan.

Panduan Solat Aidilfitri / AidilAdha

Solat sunat hari raya puasa (Aidilfitri) dan solat sunat hari raya haji (Aidiladha) hukumnya sunat Muakkad (sangat digalakkan). Segala rukun, syarat serta sunatnya adalah sama seperti solat biasa. Cuma ditambahkan dengan bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara setiap takbir.

Solat sunat hari raya dikerjakan pada hari raya pertama iaitu pada 1 Syawal bagi solat sunat Aidilfitri dan 10 Zulhijjah bagi solat sunat Aidiladha. Waktu mengerjakannya ialah antara ketika mula terbit matahari sekadar segalah hingga tergelincirnya matahari.

Solat Aidilfitri sunat dilewatkan solat untuk memberi kesempatan kepada kaum muslimin membayar zakat fitrah (kerana zakat fitrah afdal dikeluarkan sebelum solat hari raya). Manakala solat Aidiladha sunat disegerakan bagi memberi keluasan waktu untuk ibadah korban. Solat sunat hari raya lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid atau di kawasan lapang/ padang terbuka.


Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Dan Tasbih

Berikut adalah lafaz niat solat sunat aidilfitri, solat sunat aidiadha dan tasbih beserta makna.
  • Lafaz niat solat sunat aidilfitri (untuk makmum)
    lafaz niat solat sunat hari raya aidilfitri
    Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
  • Lafaz niat solat sunat aidiladha (untuk makmum)
    lafaz niat solat sunat hari raya aidiladha
    Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
  • Lafaz tasbih
    lafaz tasbih solat sunat hari raya
    Maha Suci Allah, segala pujian hanya untuk Allah; tiada Tuhan selain Allah dan Allah itu Maha Besar.

Cara Memunaikan Solat Sunat Aidilfitri / Aidiladha

Rakaat Pertama
  1. Mulai dengan lafaz takbiratul ihram, dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat solat aidilfitri/aidiladha di dalam hati.
  2. Membaca doa iftitah
  3. Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih
  4. Membaca surah al-Fatihah
  5. Membaca surah al-Quran (disunatkan membaca surah al-A’laa)
  6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama

Rakaat kedua

  1. Mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
  2. Lafaz takbir lima kali diselangselikan dengan bacaan tasbih
  3. Membaca surah al-Fatihah
  4. Membaca surah al-Quran (disunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)
  5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua
  6. Memberi salam

Khutbah Aidilfitri /  Aidiladha


Adalah disunnahkan untuk dilaksanakan khutbah sesudah mengerjakan solat Hari Raya. Khutbah Aidilfitri dan Aidiladha sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya. Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.

jalan bersama ke surau


masih awal lagi

bertakbir bersama



imam menerangkan sedikit panduan berkenaan solat


khutbah







Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied