Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel fiqri

Lawatan pertama Fiqri ke klinik kesihatan

Imej
Lawatan pertama Fiqri ke klinik kesihatan. Semalam. Kena gak pergi klinik kesihatan. Nurse datang. Check. Ada tanda jaundice. So. Pasti la kena gi klinik untuk check darah. Alhamdulillah. Bacaan masih berada di tahap yang OK. Tapi masih banyak kena buat supaya bacaan kembali normal. Apa pun. Kena repeat esok jam 11.00 pagi. Hope for the best.

Pepagi dah minta dipeluk

Imej
Pepagi dah minta dipeluk. Bukan nak kata bangun pagi, dari semalamnya kot. Ekekeke. Layan layan. Dah peluk, baru nak lelap. Layan kan jap sementara masih bercuti ni.

Semalaman yang teruji

Imej
Semalaman yang teruji. Semalam memang betul betul teruji aku dan mama. Malam pertama di rumah sendiri. Kalau kat spital memang la senang. Dah penat mula la panggil nurse. Minta tolong jaga, tolong kasi makan, dll. Memang super duper senang lenang lah. Walau ada juga terasa penat, tapi banyak bantuan dapat diperoleh. Semalam. Memang tinggal kami aje. Fiqri toksah cerita. Tak nak lepas. Tak aku, mama. Yang penting dapat dipeluk, dapat dipegang. Sesekali tangan terlepas dari bedung, memang dipegangnya jari, tangan, apa sahaja yang dapat dicapai. Mula jam 8 malam sampailah jam 4 pagi. Memang itu lah kerjanya. Mesti ada orang pegang, susukan. Perghhh... Tercabar beb. Aku dan mama memang betul betul teruji. Sampailah jam 4 pagi. Syukur. Akhirnya cabaran kami terhenti. Maybe memasing dah sampai had masing-masing. Fiqri akhirnya lena dipangkuan mama. Aku dah memang habis penat dah ler. Seriously. Bangun jap lepas subuh dan terus terlena sampai 6.30 pagi, di tempat mana aku sembahyang. Perr