Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cari makan

Jom Ronda-Ronda : Restoren Azinur, TUTA

Imej
Tarikh : 14 Oktober 2010 Masa : 1.15 petang Tempat : TUTA Mood : Best Tempat ni memang dah glamer dari dulu. Sampai beratur orang nak makan nasi kat sini. Kalau setakat nasi mamak tu memang 100 kali tak leh celen la. Nak rasa kari utara kat sini la tempatnya. Kena pulak ngan ayam goreng dia. Memang terangkat abis. Dah setel tu sempat lagi minum air kelapa kat depan caltex TUTA nih.. Dah.. jom balik sambung kije.. Klik untuk cerita penuh Enjoice...Sharing is power!!!

Jengjalan ke KFC

Tarikh : 10 Oktober 2010 Masa : 5.00 petang Tempat : KFC Tesco Bukit Indah Mood : Belasah aje la Si iqa ngan inaz dah tergoda ngan iklan doraemon tiap hari kat tv. Bukan makan sangat pun. Memang nak mainan doraemon punya pasal. Enjoice...Sharing is power!!!

Pit Stop #3 - R&R Gunung Semanggol

Imej
Tarikh : 7 September 2010 Masa : 1.20 petang Tempat : R&R Gunung Semanggol Mood : Enjoy!!! Dah dekat dah nak sampai. Ni kira last perhentian la sebelum sampai ke baling. Adik dari tadi dok tanya bila nak sampai. Jauh lagi la dik. Kalau ikut target masa gps, lam kul 3.15 petang aku sampai. Kita tengok la betul ke idak. apa pun beli makanan sikit untuk both balqis kat sini. Klik untuk cerita penuh Kerja nak memanjat jer, habis semua tembok kena panjat Iqa ngan adik nak cup corn sama apa ntah nama benda nih Antara gerai yang ada kat sini Deretan gerai buah Deretan gerai kuih raya, mama beli satu Ni ler yang bebudak ni nengok.. Dari tepi keter Ke arah jalan kuar Panorama ke arah jalan masuk Tak banyak sangat keter.. berenti pun pasal nak rehat, solat atau buang air Enjoice...Sharing is power!!!

Jom Ronda-Ronda : Restoran Singgah Selalu, KIPMart Tampoi

Imej
Kali ni kita ke KIPMart Tampoi lak. Sesaja nak nempah kek besday si Inaz ituhari. Langsung lalu depan Singgah Selalu, teringin lak sesaja nak ngoder mee ladna. Sesaja nak ngetest power kat sini maa... Iqa ngan Inaz macam biasa tak lain tak bukan, semestinya mee hoon soto. Tak lepas ngan air carrot susu. Boleh tahan gak la rasa mee ladna kat sini. Tapi masih biasa-biasa. Tapi kira boleh laa.. Harga pun.. ada sikit mahal.. Klik untuk cerita penuh Enjoice...Sharing is power!!!

Jom Ronda-Ronda : Nasi Ambeng BBU

Imej
Ni ambik gambo ni masa tengah dok buat penambahbaikan untuk SiSP1 kat Uda ituhari. Tengahari tu blank gak la tak tau nak makan kat mana. Sekali En. Kadir ajak gi medan selera BBU, kat situ ada nasi ambeng best punya. Kata dia la. Memang penuh orang kat situ. Yang tinggal nasi ambeng daging jer. Daging tu dipotong kecik-kecik. Belasah ajer la. Rasa.. quite nice la. Maybe pasal bukan taste aku kot. Tapi nengok mat nor ngan kadir memang licin. Pinggan aku jer yang masih penuh ngan tempe dan sayur. Enjoice...Sharing is power!!!

Jom Ronda-Ronda : Restoran Mana Lagi, Pontian

Jenuh cari tempat makan. Sama macam dulu. Pasal kat Batu Pahat memang kurang tempat makan yang kena ngan taste aku dan famili aku agaknya. Last-last cam dulu gak.. Cari restoran on the way balik, pasal kitaorang ikut jalan lama. Derian toksah cerita la. Memang bertabur tepi-tepi jalan tu. Nak jadi cerita, masa dok sibuk milih derian lepas pada senggarang tu, nampak la pulak restoran mana lagi ni kat tepi jalan sebelah kanan. Alamak. Belasah jer la. Pasal perut pun dah lapar. Mama order ikan siakap sederhana masak tiga rasa, tomyam campur tolak daging 2 orang makan, kailan ikan masin dua orang makan, sotong goreng tepung. Aku lak sesaja wat kelainan order mee ladna, pasal lama aku tak makan mee nih.. Rasa dia memang boleh tahan. Aku kasi 3 setengah bintang. Harga pun leh tahan. Baru RM67.. Boleh la kan. ps : tapi dia punya mee ladna aku leh kasi 4 bintang la.. ngam Enjoice...Sharing is power!!!

Kacang Pool Bomba Larkin

Petang jumaat lepas, memandangkan cuti hari wesak; kuar jugak gi makan-makan kat luar. Target kali ni medan selera sebelah balai bomba larkin. Sebabnya, disitu ada kacang pool dengan ABC spesel. Boleh tahan la rasa kacang pool kat sini. Maybe pasal kuah dia punya rasa kari yang tinggi. Pastu di letak bawang merah sama daging cincang. Mama yang tak makan daging pun belasah jer. Tapi iqa macam biasa.. tetap cari meehun sup dia la apa lagi.. Enjoice...Sharing is power!!!

Jom melantak jambu air

Imej
Ni sebenarnya aktiviti Ahad lepas. Tapi biasa la.. aku pun dah makin nak menyawangkan aku nyer blog ni.. Dari hapdet hari-hari.. La ni dah sampai tahap hapdet hujung minggu la pulak. Keadaan semasa semacam tak mengizinkan lagi aku aktif cam dedulu. Masa seharian cam air jer.. Berbalik bab melantak jambu air nih. Iqa ngan adik terkedek-kedek kat bawah pokok ni dok kutip jambu. Apa barang.. Yang tinggi-tinggi tu diaorang tak sampai.. Aku terus jer la nolong. Last-last sampai sebakul.. Cam tak ingat donia pun ada. hahahaha.. Yang bebetul makan.. sepinggan jer.. :: Klik untuk cerita penuh :: Memula iqa jer yang jadi otai pengumpul jambu. Setakat iqa mana sampai yang tingi-tinggi nu.. Dah aku take over.. ngan amik gambo sekali tu... Haaa.. kan banyak dapat.. pastu terus dah tak amik gambo lagi dah.. sibuk mengutip jer.. hahaha Enjoice...Sharing is power!!!

Jalan-jalan cari makan di Tun Aminah

Imej
Lepas jer program kat sekolah habis tadi, aku terus suruh bebudak tolong kemas dan settlekan semua peralatan high risk kat dewan. Iqa dari tadi dok sibuk nak suruh aku hantar ke sekolah agama sebelah petangnya. Aku memang dah tak larat sangat dah ni dan aku tau iqa pun dah tak larat. Tanya memember lain pun kebanyakannya tak hantar anak-anak gi sekolah agama hari ni. Iqa tak yah gi la sekolah agama petang ni. Iqa nak gi jugak. Abah dah penat, abah tau iqa pun dah penat jugak kan. Nanti ustaz tanya nak bagi tau apa. Cakap la sekolah iqa ada majlis hari ni. Abah dah penat sangat. Iqa tak nak cakap camtu. Habis Iqa nak cakap apa? Iqa cakap abah tak kasi gi sekolah agama. Pastu dia terus nangis. Ya Allah.. Beza tul Iqa ngan adik dia ni. Kalau adik dia dah terlompat-lompat dah ni ila aku cakap cenggini. Jamin oleh lever brothers lah.. Last-last ambik mama dia. Mama dia pun pujuk dia jugak. Pastu aku ajak gi tempat favourite dia, makan maggi sup. Yup.. terus senyap. Masuk keter balik terus t