RTM Pandang Serius Siar Kesilapan Logo PDRM


RTM Pandang Serius Siar Kesilapan Logo PDRM

Bila baca cerita ni, teringat kes aku sendiri tahun lepas. Kes logo kemerdekaan yang salah pada banner, gara-gara kebanjiran logo yang melampau. So, this budak praktikal dah salah pilih logo daa... Adakah kes ni kes salah pilih or memang dia sengaja buat. Yang pasti, yang terlibat dah kena tindakan...

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menggantung dan menamatkan perkhidmatan individu yang terlibat dalam insiden penyiaran kesilapan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui RTM Selasa.
Sambil berkata RTM memandang serius kejadian itu, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata laporan polis untuk memulihkan imej Jabatan Penyiaran telah dibuat.
"Ralat dan permohonan maaf telah disiarkan dalam Berita Nasional 12 tengah malam. Surat rasmi memohon maaf kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) juga telah dihantar," katanya dalam kenyataan.
Beliau menjelaskan jawatankuasa tata tertib telah bersidang Rabu untuk meneliti tindakan lanjut yang akan dilaksanakan susulan insiden itu.
Kenyataan dan tindakan segera yang diambil telah dimuat naik dalam laman sosial jabatan berkenaan, tambahnya.
-- BERNAMA
Just try google, kengkonon nak tengok tengok la kemungkinan kan. Entah la... Ni ler jadinya bila internet semata jadi rujukan. Sesikit pakcik google, sesikit makcik wikipedia...




Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016